cik puan | panggilan utk orang-orang perempuan yg sudah bersuami; kep drpd encik perempuan (nyonya rumah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cik | 1 kep encik (panggilan kpd orang laki-laki atau perempuan yg sederhana kedudukannya atau tidak dikenali): ~ Ali; ~ Munah. 2 kep kecil: pak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cik puan | panggilan kpd perempuan yg sudah bersuami, nyonya (lwn tuan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cik IV | sr kata utk menghalau anjing dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cik III | Mn tahi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cik II | singkatan bagi encik (biasanya digunakan sebelum nama perempuan yg belum berkahÂwin atau sewaktu bercakap dgn perempuan atau lelaki yg tidak begitu dikenali): C~ Aminah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cik I | singkatan bagi kecik (kecil): pak ~ a) bapa saudara yg muda sekali; b) panggilan yg biasanya digunakan oleh kanak-kanak (kpd bapa kawannya atau orang yg sebaya dgn bapanya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cik | 1. kep drpd encik (panggilan kpd orang laki-laki atau perempuan yg sederhana kedudukannya atau tidak dikenali): ~ Ali; ~ Munah. 2. kep drpd kecil: pak ~. | Kamus Pelajar |
gaduh | 1 hura-hura atau gempar kerana perkelahian dll: Mereka berbuat ~ kerana harga barang-barang terlalu tinggi. 2 berasa gelisah atau bimbang kerana sesuatu sebab; berasa tidak tenteram: Pak cik jangan ~, anak pak cik ini akan segera sembuh. Tiap-tiap hari, dia ~ sakit kepala. bergaduh 1 berbuat gempar atau huru-hara; berbuat gaduh: Orang sedang mengaji, kamu semua jangan ~ di sini. 2 berkelahi, sama ada dgn bertumbuk, bertengkar saja atau sampai berbunuh-bunuhan: Mereka yg menjadi ahli kongsi gelap selalu saja ~ antara satu dgn yg lain. menggaduhkan 1 membuat supaya huru-hara atau gempar; menjadikan tidak tenteram; menjadikan gempar; mengharu-birukan: Pihak komunis berusaha hendak ~ negara kita. 2 menyebabkan berasa runsing atau risau; mengkhuatirkan: Di rumah ini semuanya cukup, apa pula yg ~ engkau? pergaduhan perbuatan bergaduh: Ngah Ibrahim tidak dpt berbuat apa-apa utk menghentikan ~ itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cu I | kep bongsu; pak ~ pak bongsu (pak cik); mak ~ mak bongsu (mak cik). | Kamus Dewan Edisi Keempat |