kama | (Sanskrit) 1. cinta, asmara; 2. dewa cinta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asmara | cinta, kasih, cinta berahi; bermain ~ bercinta-cintaan, bercumbu-cumbuan; berasmara 1. bercinta-cintaan, berkasih-kasihan: mereka sedang mabuk ~; 2. bercumbu-cumbuan; keasmaraan 1. jatuh cinta, dlm percintaan, kasmaran; 2. asmara, cinta berahi: angkatan muda yg masih hijau dan gila ~ sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cinta | 1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharapharapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesayangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perlip | IB bp 1. jatuh cinta, sangat cinta; 2. kekasih; perlip-perlipan bp bercinta-cintaan, berkasih-kasihan, bersuka-sukaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasih sayang | 1. cinta kasih; 2. (perasaan) belas kasihan; berkasih sayang menaruh kasih sayang (pd): kamu tidak dinamakan beriman sehingga kamu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercinta-cintaan | 1. cinta-mencintai, berkasih-kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesayangan | 1. perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2. yg disukai, kesukaan: itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu; 3. yg disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya; 4. perasaan kesal (rugi dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cinta | 1 (perasaan atau berperasaan) sangat sayang kpd negara, ibu bapa dll: ~nya kpd ibunya sungguh luhur. Kerana sangat ~ kpd negaranya, beliau sanggup berkorban nyawa utk mempertahankannya. 2 (perasaan atau berperasaan) sangat berahi, asyik, kasih dsb; sangat tertarik (kpd laki-laki atau perempuan): ~nya yg tidak berbalas terhadap gadis itu menjadikannya hampir tidak siuman. Si isteri yg setia itu sangat ~ kpd suaminya. 3 perasaan sangat ingin dan berharap-harap akan sesuatu: Sungguh besar ~nya hendak pulang ke kampung halamannya sesudah lama di perantauan. ~ monyet cinta kasih yg keanak-anakan. ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dgn orang berkenaan. ~ sebelah cinta yg tidak berbalas. bercinta 1 menaruh perasaan cinta atau berani. 2 menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negara. bercintakan 1 menaruh cinta atau berahi akan. 2 berasa rindu akan. bercinta-cintaan 1 saling menaruh perasaan cinta (antara pasangan lelaki dgn perempuan); saling mengasihi; berkasih-kasihan. 2 bercengkerama; bercumbu-cumbuan. mencintai menaruh kasih sayang pd; mengasihi: Dia sangat ~ isterinya. percintaan 1 hal berkasih-kasihan atau bercinta-cintaan (antara laki-laki dgn perempuan). 2 perasaan sedih (susah dsb); rindu dendam; gundah-gulana. pencinta orang yg sangat suka (akan); penggemar: ~ seni. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berahi | 1 perasaan cinta atau kasih yg amat sangat: Apabila melihat gadis yg cantik itu, maka timbullah ~ dlm hatinya. 2 sangat suka; sangat gemar: Ia sangat ~ mendengar muzik Melayu asli. memberahikan 1 menaruh rasa cinta atau berahi terhadap; mencintai seseorang dgn amat sangat: Banyak perempuan yg ~ Hang Tuah ketika ia di Majapahit. 2 mendatangkan rasa cinta yg amat sangat; membuat orang jatuh berahi: Senyumannya sungguh ~. keberahian rasa atau keadaan berahi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keasmaraan | 1. jatuh cinta, dlm percintaan, kasmaran; 2. asmara, cinta berahi: angkatan muda yg masih hijau dan gila ~ sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |