Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cinta akan, mencintai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cintakan

Puisi
 

Akar keramat akar bertuah,
     Akar bertepuk di gua batu;
Nabi Muhammad cintakan Allah,
     Di mana tuan masa itu?


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cintakancinta akan, mencintai;Kamus Dewan Edisi Keempat
nasionalisme1. perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam: sekolah rakyat dlm cerita itu akan menjadi simbol ~; 2. pergerakan utk mencapai kebebasan ekonomi dan politik drpd kuasa asing, se­mangat kebangsaan: kaum intelek yg berpen­didikan Barat menjadi pelopor ~, politik dan kebudayaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
memberhalakanmemuja, mendewakan: kalau aku cintakan tanah air, maka bukanlah aku ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
salih IIsl datang atau pergi: silakan tuanku ~ kembali, paduka adinda cintakan tuan; ~ berlancang pergi dgn perahu lancang.Kamus Dewan Edisi Keempat
berhalapatung dewa-dewa; menyembah ~ menyembah patung; memberhalakan memuja, mendewakan: kalau aku cintakan tanah air, maka bukanlah aku ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelekatusj anai-anai yg bersayap (kerap berterbangan berkeliling lampu), laron; ~ hendak terbang ke langit prb berkehendakkan atau mengerjakan sesuatu yg tidak mungkin berhasil; spt ~ masuk api, tidak tahukan mati lakunya prb umpama orang yg cintakan sesuatu hingga tidak menghiraukan bahaya; ®kelekati I.Kamus Dewan Edisi Keempat
memupuk1. menyuburkan tanah (tanam-­tanaman) dgn pupuk, membubuh pupuk (atau baja) pd, membajai: tanah itu dipupuk dgn baja; 2. menggemukkan (badan, binatang, dll): ayam biri meskipun tidak dipupuk, gemuk juga; 3. menjadikan atau menyebabkan subur (maju, berkembang, dll): karya-karya dan tulisan pengarang boleh ~ semangat dan kemajuan masyarakat; menyemai dan ~ semangat cintakan tanah air;Kamus Dewan Edisi Keempat
topeng(topéng) 1. sesuatu yg dipakai utk menutup muka yg berupa muka orang atau binatang dll (dibuat drpd kertas, kulit, dll), kedok; 2. penutup muka (supaya jangan di­kenali dll); 3. = main ~ sj pertunjukan wayang yg seluruh pelakonnya memakai topeng; 4. ki perkataan (perbuatan dll) yg muluk-muluk utk mengabui mata orang: dgn ~ simpati dan cintakan orang Melayu mereka hendak men­jajah; ~ gas alat bantu pernafasan yg dipakai utk melindungi seseorang drpd tersedut gas beracun; bertopeng menutup muka dgn topeng, memakai topeng, berkedok; bertopengkan, mempertopeng ki memakai sesuatu sbg topeng, memperkedok: dgn ~ tujuan mahu membela ekonomi bangsa, mereka memeras orang kampung; menopeng bermain topeng; menopengi 1. memberi (menjadikan) ber-topeng; 2. ki menyelindungkan (menyem­bunyikan) maksud sebenar.Kamus Dewan Edisi Keempat
cinta1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-­kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-­cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharap­harapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesa­yangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku.Kamus Dewan Edisi Keempat
pupuk I1. benda yg digunakan utk menyu­burkan tanah (tanam-tanaman), baja; 2. se­suatu yg boleh menyebabkan subur (maju, ber­kembang, dll): nasihat itu dirasainya sbg ~ bagi cita-citanya yg ingin maju; kekalahan Jepun menjadi ~ yg memanaskan perkembangan baharu menuju kemerdekaan; ~ alam pupuk asli spt tahi binatang atau daun­daun (bukan yg dibuat oleh manusia), baja asli; ~ buatan pupuk yg dibuat secara kimia, baja buatan, baja tiruan; ~ hijau pupuk drpd daun atau tumbuh-tumbuhan, baja hijau; ~ kandang pupuk drpd tahi binatang (spt tahi lembu, kerbau, dll), baja kandang; ~ kuda pupuk drpd tahi kuda; memupuk 1. menyuburkan tanah (tanam-­tanaman) dgn pupuk, membubuh pupuk (atau baja) pd, membajai: tanah itu dipupuk dgn baja; 2. menggemukkan (badan, binatang, dll): ayam biri meskipun tidak dipupuk, gemuk juga; 3. menjadikan atau menyebabkan subur (maju, berkembang, dll): karya-karya dan tulisan pengarang boleh ~ semangat dan kemajuan masyarakat; menyemai dan ~ semangat cintakan tanah air; pupukan hasil (perbuatan) memupuk: masyarakat mulai menerima ~ fikiran moden; pemupukan perbuatan (cara, usaha, dsb) memupuk: ~ pengaruh harus banyak mendapat perhatian kita; ~ satu kesedaran dan semangat kemalaysiaan; pemupuk yg digunakan (dipakai) utk memu­puk.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas