kesemenanjungan | keadaan yg menunjukkan ciri-ciri semenanjung: ciri-ciri ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pewanitaan | (Bio) 1. perkembangan ciri-ciri kewanitaan; 2. pencetusan atau perkembangan ciri-ciri seks sekunder wanita pd lelaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percampuran | 1. perihal bercampur atau bercampur aduk: walau bagaimanapun, ~ antara ciri-ciri budaya tradisional dgn ciri-ciri moden tetap berlaku dlm hidup masyarakat di mana-mana; 2. pergaulan: dia sudah mabuk kepayang akibat ~ yg terlalu bebas itu; 3. perkongsian (pergaulan) hidup suami isteri: ia dapat menyatukan jiwa Barat dan Timur dlm ~nya dgn isterinya itu; ~ tangan perihal turut campur tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semenanjung | tanah yg menganjur panjang ke laut, jazirah: S~ Tanah Melayu; ~ Arab; kesemenanjungan keadaan yg menunjukkan ciri-ciri semenanjung: ciri-ciri ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
abstraksi | proses membentuk gagasan atau konsep umum dgn memilih ciri-ciri umum drpd contoh-contoh yg khusus: dlm kebanyakan kes, pembinaan model biasanya melibatkan ~ ciri-ciri fenomena yg dikaji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
variasi | 1. penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard, kelainan: ~ bahasa; 2. bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll): ~ reka bentuk kraftangan tempatan terhad dan tidak banyak berubah; 3. penyimpangan pd ciri-ciri organisma drpd yg biasa bagi kumpulannya; bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaaan (bentuk, ciri atau sifatnya dsb): kehidupan kesusasteraan mulai beragam dan ~; latihan selalunya dijalankan dlm bentuk permainan kecil yg ~ supaya pemain tidak merasa bosan semasa menjalani latihan; memvariasikan menjadikan bervariasi: ~ teknik pengajaran dan pemelajaran dapat mengelakkan perasaan jemu dan meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maskulin | 1. berkaitan dgn ciri-ciri lelaki atau kelelakian; 2. (Lin) berkaitan dgn kata yg memiliki ciri yg dikaitkan dgn kelelakian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendatang | 1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2. (yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bukan sahaja oleh ciri-ciri yg didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli); 3. ark terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang: kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan pengeluaran senjata; pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
feminin | (féminin) 1. berkaitan dgn ciri-ciri wanita atau kewanitaan: tugas-tugas seumpama itu amat sesuai dgn sifat mereka yg lemah lembut dan ~; 2. (Lin) berkaitan dgn kata yg memiliki ciri yg dikaitkan dgn keperempuanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemulhidan | keadaan mulhid: segala ciri kafir Musyrikin Mekah menepati ciri-ciri ~ aliran kebendaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |