ciri II | sl doa atau mantera yg dibaca sewaktu raja ditabalkan: Batala membaca ~nya, maka Sang Nila Utama digelar oleh Batala, Seri Teri Buana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iras II | Mn; seiras, iras-iras hampir serupa (dgn), hampir semacam atau sama (dgn): mukanya iras-iras Mussolini; mereka mempunyai bahasa sendiri iras-iras bahasa Melayu; ada iras-iras dgn hampir serupa dgn, mirip kpd; mengiras-iras menyerupai, mirip; mengiras-irasi menyama-nyamakan, membanding-bandingkan rupa orang (muka dll); keirasan sifat (ciri-ciri dsb) yg hampir serupa dgn atau mirip kpd sesuatu: ada ~ dgn konsep heroisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumbang II | ; ~ saran perbincangan intensif utk menyelesaikan masalah tertentu, mendapatkan idea-idea baru, dsb. menyumbang 1. memberikan sesuatu kpd orang yg mengadakan keramaian (sbg bantuan, sokongan), memberi solok: banyak orang yg ~ ketika ia mengadakan kenduri; 2. turut membantu atau menyokong (dgn tenaga, wang, dll): mereka ~ ke arah penubuhan Universiti Kebangsaan dgn masa dan tenaga; menyumbangkan memberikan sesuatu (tenaga, wang, dll) sbg sokongan atau bantuan, memberikan bantuan (pertolongan): beberapa orang anak muda kami masuk hutan ~ tenaga dlm gerakan gerila melawan Jepun; namun Islamlah yg ~ ciri-ciri yg dominan dlm kebudayaan Islam; sumbangan 1. sesuatu yg diberikan sbg bantuan (kpd keramaian dll); 2. bantuan atau pertolongan yg diberikan, sokongan: mahasiswa kita masih sedikit sekali memberi ~ kpd tanah air; senarainya telah digunakan di peringkat antarabangsa dan telah memberi ~ yg besar terhadap kajian cerita rakyat; penyumbangan perihal memberikan sumbangan; penyumbang orang yg memberikan sumbangan, orang yg menyumbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pedologi II | (pédologi) kajian saintifik tentang pembentukan, ciri, penggunaan dsb tanah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |