Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cirit 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cirit1 tahi cair. 2 = ~-birit (-mirit) sakit terberak-berak cair. 3 hampas drpd sesuatu; endapan. 4 = mencirit mengeluarkan cirit (kerana sakit perut). ~ bintang bintang yg kelihatan spt jatuh; bintang beralih. ~ kopi (minyak) hampas atau keladak kopi (minyak). menciriti mengeluarkan cirit di (pd); mengotorkan sesuatu dgn cirit. tercirit terberak cair; terkeluar cirit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cirit1. tahi cair; 2. keladak, endap-endap, hampas; 3. = ~-birit sakit terberak-berak; ~ bintang tahi bintang, bintang beralih (gugur); ~-birit (-mirit) (sakit) terberak-berak atau buang-buang air; ~ kopi (madat, minyak) keladak atau hampas kopi (madat, minyak); menghendakkan ~ harimau tergantung di ekornya prb menginginkan sesuatu yg tidak mungkin diperoleh; termakan (di) ~ berendang prb termakan ubat guna-guna maka dikuasai (mengikut sahaja apa kata) orang; mencirit terberak cair; menciriti mengeluarkan cirit di, mengotori dgn cirit: maka ia turun ke kolam hamba yg dua buah itu lalu diciritinya kolam itu kedua-duanya; menciritkan memberakkan; ~ tunjang Mn beranak; tercirit terkeluar cirit, terberak cair.Kamus Dewan Edisi Keempat
cirit1. tahi cair. 2. = ~-birit (mirit) sakit terberak-berak cair. 3. hampas drpd sesuatu; endapan. ~ bintang bintang yg kelihatan spt jatuh; bintang beralih. ~ kopi (minyak) hampas atau keladak kopi (minyak). mencirit mengeluarkan cirit (kerana sakit perut). menciriti mengeluarkan cirit di (pd); mengotorkan sesuatu dgn cirit. tercirit terberak cair; terkeluar cirit.Kamus Pelajar
terbirit1. terberak-berak, tercirit-cirit; 2. lari dgn cepat (kerana ketakutan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
terbirit-birit1. terberak-berak, tercirit-cirit; 2. lari dgn cepat (kerana ketakutan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
biritJk pantat;terbirit, terbirit-birit 1. terberak-berak, tercirit-cirit; 2. lari dgn cepat (kerana ketakutan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
buang; ~ air besar berak. ~ air darah disenteri. ~ air kecil kencing. ~ daerah (negeri) hukuman mengeluarkan seseorang dr daerah (negeri) asal dan tidak dibenarkan pulang kerana melakukan kesalahan. ~-~ air cirit-birit. membuang 1 menyebabkan sesuatu bergerak di udara kerana dilepaskan dr tangan; melemparkan; mencampakkan: Dlm permainan bola keranjang, kita dibenarkan ~ bola dan tidak boleh menyepaknya. 2 mencampakkan sesuatu kerana tidak berguna: Kita tidak dibenarkan ~ sampah di merata-rata tempat. 3 menjadikan tidak ada lagi; menghilangkan; menghapuskan: Pihak penyunting telah ~ ayat penting dlm karangan saya. 4 menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan; membazirkan; mensia-siakan: Projek yg dicadangkannya itu hanya ~ wang dan tenaga saja. 5 menghukum dgn cara mengasingkan seseorang ke tempat yg jauh atau terasing. ~ adat tidak mengendahkan adat. ~ baka merosakkan nama baik keluarga. ~ belakang melarikan diri. ~ diri mengasingkan diri ke tempat yg jauh. ~ kerja menghentikan seseorang drpd sesuatu pekerjaan. ~ masa tidak menggunakan masa dgn membuat sesuatu yg berguna; mensia-siakan masa. ~ mata (pandang) melayangkan pandangan. ~ mulut mengatakan sesuatu tidak dgn terus terang. ~ sial melakukan sesuatu supaya tidak ditimpa sial. ~ tangan mengayunkan tangan ketika berjalan. ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; mengundi. membuangkan membuang utk orang lain. pembuangan perbuatan atau hal membuang: Pengumpulan dan ~ sampah dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sula1. = penyula, sulaan sj pancang yg runcing lagi tajam hujungnya (utk mengopek kelapa, menghukum orang, dll); 2. = hukum ~ = hukuman ~ hukuman bunuh dgn menikam dr dubur hingga ke perut dgn sula: kedua-dua orang yg melakukan durjana itu kemudian dihukum ~; ~ laut sakit perut dgn cirit-birit; menyula 1. mengopek buah kelapa dgn sula: ~ kelapa; 2. = menyulakan menikam drpd dubur hingga ke perut dgn sula, membunuh dgn sula: beberapa orang ketua mereka disula tetapi yg lain diampunkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
rendang1. goreng; pisang ~ pisang goreng; ~ kasturi kuih kasturi, kuih rengas; 2. sj lauk yg dibuat drpd daging dll yg dirempah-rempahi (dibubuh santan dan dimasak sampai kering): ~ Johor; ~ Padang; berendang yg direndang; termakan cirit ~ prb termakan ubat guna-guna maka dikuasai orang; merendang 1. menggoreng: ~ ikan; 2. memasak hingga kering dgn santan, memasak rendang; 3. menggoreng tanpa minyak: ~ bertih; ~ biji kopi; perendangan periuk (belanga dll) yg dipakai utk merendang. merendang menjadi rendang: pokok itu tidak mungkin tumbuh ~ sepenuhnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
cengkam I1. pegangan (geng­gaman) dgn kuku atau cakar, cengkeraman: ia tidak dapat melepaskan dirinya drpd ~ beruang itu; Mawi menguatkan ~ tangannya pd rambut Zaini; 2. kekuasaan yg menindas, (memeras, menekan, menyebabkan pende­ritaan, dsb): seluruh rakyat telah menderita sewaktu dlm ~ Jepun; hasil program kawalan penyakit 1978, kanak-kanak bebas drpd ~ cirit-birit; mencengkam 1. memegang kuat-kuat dgn kuku (cakar), mencengkeram: rambut anaknya itu dicengkamnya lalu ditariknya; 2. mengapit (menyepit), mencantumkan kain dll (dgn menjahit); 3. ki menguasai (memeras, menindas): perjuangan sekarang adalah utk menghalang kaum kapitalis ~ semula kemakmuran negara; mencengkamkan menekankan (kuku, ca­kar, dll) utk mencengkam; pencengkam (Kej) sj alat utk mencan­tumkan atau melekatkan alat-alat lain: ~ rata; ~ U.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas