cium | perbuatan menyedut dgn hidung (utk mengetahui bau atau utk menyatakan kasih sayang). bercium 1 menyedut dgn hidung antara satu dgn yg lain (utk melepaskan rasa rindu, sayang dll): Selepas berpeluk ~ dgn anak-anaknya, beliau pun berangkat pergi. 2 berkucup. bercium-ciuman saling menyedut dgn hidung atau saling mengucup (antara dua orang utk melepaskan rasa rindu dan sayang); berkucup-kucupan: Mereka berpeluk-pelukan dan ~. mencium 1 menyedut dgn hidung utk mengetahui baunya; menangkap bau dgn hidung: ~ bunga cempaka. 2 meletakkan hidung pd pipi: Ia memeluk dan ~ anak itu. 3 melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu; mengucup. 4 ki mendapat atau mengetahui (sesuatu berita dll): Belum apa-apa lagi, kami sudah dpt ~ maksudnya. menciumi 1 mencium berkali-kali. 2 ki mencari-cari (sesuatu keterangan dsb). menciumkan membiarkan atau menyebabkan dicium: Jururawat tsb telah ~ ubat bius kpd orang sakit itu. tercium 1 (sudah) dicium; tidak sengaja mencium; mendapat bau. 2 ki terdengar khabar; mendapat keterangan. ciuman 1 sedutan dgn hidung; hasil mencium. 2 kucupan. penciuman perbuatan atau hal mencium. pencium 1 pancaindera utk mencium. 2 orang yg mencium. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cium | ; bercium 1. menyedut dgn hidung antara satu dgn lain (utk menyatakan rindu, sayang, dll): semuanya berpeluk ~ dgn Indrajit; 2. berkucup; bercium-ciuman saling menyedut dgn hidung atau saling mengucup (utk melahirkan perasaan kasih, berahi, rindu, dsb): cinta bebas bukanlah bererti bebas berpeluk-pelukan dan ~; mencium 1. menyedut sesuatu dgn hidung (utk mengetahui bau): kalau tidak dicium, manakan tahu busuk wanginya bedak ini; 2. menyedut pipi (ubun-ubun dll) orang dgn hidung: maka baginda pun segeralah memeluk dan ~ anakanda dgn tangisnya; 3. melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu, mengucup; 4. ki mendapat berita (khabar, tahu, keterangan, dll), mengetahui sesuatu hal yg terselindung (dirahsiakan dll), menjejaki (menyelidiki) rahsia, perkara, hal, dll: belum pun dia habis bercakap, saya sudah dapat ~ maksudnya yg sebenar; 5. bp melanggar, berantuk, terbentur (pd): kalau kena penumbuknya, ~ tanah mukamu nanti; 6. menikmati: melainkan tidak akan ~ bau syurga; menciumi 1. mencium berulang kali: dia ~ anaknya utk melepaskan perasaan rindu dendamnya; 2. ki menjejaki (mencari-cari, mengusut) sesuatu perkara: mata-mata gelap sedang ~ jejak orang yg disyaki bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu; tercium 1. dapat mencium, mendapat bau; 2. mencium atau dicium dgn tidak sengaja; 3. ki mendapat tahu (maklumat, keterangan, dll), telah diketahui: telah ~ olehnya jejak kita; ciuman 1. sedutan dgn hidung; 2. kucupan; perciuman perbuatan bercium; penciuman 1. perihal (perbuatan) mencium(i); 2. pencium: ~ Si Tenggang sangat tajam; pencium 1. deria bau, pancaindera utk mencium: tiap-tiap manusia memiliki hidung sbg alat ~; 2. orang yg mencium. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cium | perbuatan menyedut dgn hidung (utk mengetahui bau atau utk menyatakan kasih sayang). bercium 1. menyedut dgn hidung antara satu dgn yg lain (utk melepaskan rasa rindu, sayang dll): Selepas berpeluk ~ dgn anak-anaknya, baginda pun berangkat pergi. 2. berkucup. bercium-ciuman saling menyedut dgn hidung atau saling mengucup (antara dua orang utk melepaskan rasa rindu dan sayang); berkucup-kucupan: Mereka berpeluk-pelukan dan ~. mencium 1. menyedut dgn hidung utk mengetahui baunya; menangkap bau dgn hidung: ~ bunga cempaka. 2. meletakkan hidung pd pipi: Ia memeluk dan ~ anak itu. 3. melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu; mengucup. 4. ki mendapat atau mengetahui (sesuatu berita dll): Belum apa-apa lagi, kami sudah dpt ~ maksudnya. menciumi 1. mencium berkali-kali. 2. ki mencari-cari (sesuatu keterangan dsb). menciumkan membiarkan atau menyebabkan dicium: Jururawat tsb telah ~ ubat bius kpd orang bsakit itu. tercium 1. (sudah) dicium; tidak sengaja mencium; mendapat bau. 2. ki terdengar khabar; mendapat keterangan. ciuman 1. sedutan dgn hidung; hasil mencium. 2. kucupan. penciuman perbuatan atau hal mencium. pencium 1. pancaindera utk mencium. 2. orang yg mencium. | Kamus Pelajar |
membaui | mencium-cium supaya dpt diketahui baunya: Kebanyakan binatang ~ apa-apa saja yg hendak dimakannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membaui | mencium-cium supaya dpt diketahui baunya: Kebanyakan binatang ~ apa-apa saja yg hendak dimakannya. | Kamus Pelajar |
membaui | 1. mencium-cium (bau), menghidu-hidu (bau): anjing itu ~ bangkai; 2. menyelidiki secara sulit, merisik, mengesani: mereka sampai ke tempat persembunyian yg tidak dapat dibaui oleh Jepun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senggeruk | Jw 1. sj tumbuhan utk dihidu-hidu (dicium-cium); 2. sj ubat bius. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bau | apa-apa yg dpt dicium dgn hidung, spt wangi, busuk: Busuk benar ~ bangkai tikus ini. ~-~ bacang pertalian keluarga yg sudah jauh. berbau mengeluarkan bau: Bangkai binatang bersepah-sepah dan ~ sangat busuk. membaui mencium-cium supaya dpt diketahui baunya: Kebanyakan binatang ~ apa-apa saja yg hendak dimakannya. bau-bauan segala yg berbau harum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bau | apa-apa yg dpt dicium dgn hidung spt wangi, busuk dll:Busuk benar ~ bangkai tikus ini. ~ - ~ bacang pertalian keluarga yg sudah jauh. berbau mengeluarkan bau:Bangkai binatang bersepah-sepah dan ~ sangat busuk. membaui mencium-cium supaya dpt diketahui baunya: Kebanyakan binatang ~ apa-apa saja yg hendak dimakannya. bau-bauan segala yg berbau harum. | Kamus Pelajar |
tapak I | 1. bidang kaki (kasut, tangan) sebelah bawah, telapak; 2. = ~ kaki bekas kaki, jejak kaki; 3. langkah: belum lagi beberapa ~ kami berjalan aku nampak cahaya lampu suluh dr belakang; 4. bahagian sebelah bawah dr sesuatu, dasar: ~ piramid; 5. ki asas (dasar atau tempat) melakukan atau memulakan sesuatu;~ ani bahagian alat tenun yg dihubungkan oleh belebas; ~ bangunan tanah tempat membina bangunan; ~ besi ladam pd kuku kuda (kasut dll); ~ binaan tempat akan didirikan bangunan dsb; ~ cangkir alas cangkir; ~ catur petak-petak pd papan catur; ~ cindai corak selirat yg cerah (pd kain); ~ itik Kd roda besi pd traktor membajak sawah yg menghasilkan corak spt tapak itik apabila digunakan utk membajak sawah; ~ jalak tanda palang yg hujungnya bercabang; ~ kadam bekas pijakan kaki; ~ kaki a) telapak kaki; b) bekas pijakan kaki; ~ kasut alas kasut; ~ kedidi sj corak membubuh papan utk dinding rumah; ~ kek bangku tempat duduk (pd alat tenun): ~ kuku telapak kaki kuda; ~ lawang cembul pd buah manggis; ~ rata Id telapak kaki yg tidak lekuk-lekuk; ~ rumah tanah tempat mendirikan rumah; ~ semaian tempat menyemai benih atau menanam anak pokok; ~ sulaiman gambar bintang yg bersegi enam; ~ tangan a) telapak tangan; b) Id tandatangan; ~ tukul kesan melakukan sesuatu; tengah ~ bayang tengah hari benar (ketika matahari tepat di atas kepala); tiga ~ bayang-bayang waktu ketika bayang-bayang tiga telapak tangan panjangnya;cium ~ tangan, berbaukah atau tidak prb lihat diri sendiri, terlebih dahulu sebelum mencela orang lain; kecil ~ tangan nyiru saya tadahkan prb menyatakan sangat berterima kasih atas nasihat atau pertolongan orang;setapak 1. sebesar tapak tangan; 2. sepanjang tapak kaki: alamat akan jauh lakinya yg selama ini belum pernah bercerai dgn dia barang ~ jua; 3. ki selangkah: ~ demi ~ dia undur; ~ jangan lalu, ~ jangan surut prb tetap pendiriannya, tidak berkocak hati atau iman ketika menghadapi sesuatu kejadian;tapak-tapak sj lapik (alas kaki), sandal, selipar, capal;bertapak 1. mempunyai tapak, ada tapaknya: kon yg ~ bulat; 2. berjejak, berpijak, melangkah: seolah-olah kakinya tidak ~; ~ maju melangkah maju; 3. mendapat tempat utk melakukan sesuatu dll: Datuk Bendahara tidak suka Kompeni ~ di negeri kita; 4. bermula (melangkah dsb) drpd sesuatu pangkalan (dasar, asas, dsb), menjadikan sesuatu asas (dasar dsb) utk melakukan sesuatu (kegiatan, usaha, dsb); 5. = bertapakkan mendapatkan sokongan dr: pemerintahan yg ~ kehendak rakyat; 6. Ml teguh dan kuat kedudukannya (kaya, bangsawan, dll): Kamal dan keluarganya itu orang ~; menapak 1. memijakkan kaki pd, mengenakan kaki pd: kakinya ~ tanah; 2. mengukur dgn tapak (kaki atau tangan); 3. melangkah: dgn langkah yg tidak bermaya ia pun ~lah ke kamar datuk; 4. mengikut jejak (binatang dll); 5. berjalan kaki: dia terpaksa ~ ke surau kerana basikalnya rosak; menapaki menyelidiki, mengusuti; ketapakan = ~ balai = tapakan sl tempat kehormatan di balai penghadapan: bentara seramai empat puluh orang berdiri di ~ balai di saat orang menghadap dan menjunjung duli; pertapakan 1. pelan yg menunjukkan susunan bahagian-bahagian drpd sesuatu; 2. asas kedudukan, tempat bertapak (utk melakukan sesuatu dsb): sementara itu kaum bukan Melayu masing-masing pula amat kukuh ~ masing-masing dlm ekonomi pasaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |