comel (comél) I | 1. cantik dan menarik (bkn kanak-kanak); 2. cantik dan menarik serta kecil orangnya (bkn gadis atau wanita), kecil molek; 3. kecil dan cantik (bkn benda, binatang, dsb) kecil dan cantik; mencomelkan menjadikan comel; kecomelan perihal comel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
comel (comél) II | 1. perkataan yg diucapkan dgn tidak tentu biji butirnya (spt perkataan orang berleter, menggerutu, dsb); 2. = pencomel suka merungut (mengomel, berleter), pengomel, peleter; mencomel mengucapkan perkataan yg tidak tentu biji butirnya (spt orang yg sedang berleter, menggerutu, dsb), merungut, mengomel; mencomeli, merunguti, mengomeli, meleteri; comelan sungutan, leteran, omelan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyiur gading | a) pohon kelapa yg agak kekuning-kuningan warna pelepah dan buahnya (biasanya ditanam sbg perhiasan), Cocos plumosa; b) Kl anak gadis yg comel-comel (kesayangan ibu bapa); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
comel | /comél/ II; mencomel mengeluarkan kata-kata atau ucapan yg tidak tentu biji butirnya; berleter; merungut. mencomeli berleter kpd; meleteri; mengomeli. comelan apa-apa yg dileterkan; kata-kata yg tidak tentu biji butirnya; leteran; sungutan. | Kamus Pelajar |
comel | /comél/ I 1. cantik dan menarik (ttg kanak-kanak): Bayi itu sangat ~. 2. cantik dan manis (ttg gadis atau wanita); kecil molek. 3. kecil dan cantik (ttg benda, binatang dsb). | Kamus Pelajar |
comel II | /comél/; mencomel mengeluarkan kata-kata atau ucapan yg tidak tentu biji butirnya; berleter; merungut. mencomeli berleter kpd; meleteri; mengomeli. comelan apa-apa yg dileterkan; kata-kata yg tidak tentu biji butirnya; leteran; sungutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
comel I | /comél/ 1 cantik dan menarik (ttg kanak-kanak): Bayi itu sangat ~. 2 cantik dan manis (ttg gadis atau wanita); kecil molek. 3 kecil dan cantik (ttg benda, binatang dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
comel lote | Kl cantik sungguh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyiur | sj tumbuhan (palma dan buahnya), kelapa, Cocos nucifera; ~ bawang = ~ manis kelapa yg boleh dimakan dgn sabut-sabutnya; ~ bisu Kl orang tua yg pendiam tetapi berakal; ~ cungkilan = ~ sungkuran buah kelapa yg isinya baru hendak keras; ~ dara pohon kelapa yg belum berbuah; ~ gading a) pohon kelapa yg agak kekuning-kuningan warna pelepah dan buahnya (biasanya ditanam sbg perhiasan), Cocos plumosa; b) Kl anak gadis yg comel-comel (kesayangan ibu bapa); ~ ingusan buah kelapa yg baru hendak berisi; ~ kapal Kl nyiur yg berbatang kecil dan rendah; ~ koman Kl, ki orang yg tidak berguna kpd masyarakat; ~ masam Kl a) nyiur yg busuk kerana rosak; b) perempuan yg tidak berguna; apabila patah tumbuh ~ itu, tumbuh ~ juga akan gantinya prb ganti yg hilang itu mestilah yg sama pula; laksana ~, mumbang dibuat pincuk hendak menghilangkan kelat prb tidak boleh orang yg bukan bangsawan itu disuruh mengatur kedudukan orang besar-besar dlm sesuatu majlis; orang yg bertanam pokok ~, terkadang-kadang tiada makan buahnya prb orang yg menghimpun harta atau berbuat sesuatu itu adakalanya tidak mendapat faedah daripadanya; umpama memerah ~, santan diambil hampas dibuang prb mendengar perkataan orang hendaklah dipilih mana-mana yg baik dan benar, dan yg buruk dibuang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencomel | suka merungut (mengomel, berleter), pengomel, peleter; | Kamus Dewan Edisi Keempat |