Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[co.rong] | چوروڠ

Definisi : 1. saluran yg berbentuk kelongsong dan bermuncung di hujungnya utk menuang air (minyak dll) supaya jangan tumpah; 2. = ~ bicara (suara) alat yg berbentuk kelong­song utk menguatkan suara; 3. = ~ asap salur tempat asap keluar, cerobong, serombong; 4. = ~ lampu salur kaca utk melindungi nyala lampu, cimni lampu; 5. teropong (utk melihat jauh); 6. alat penguat suara, mikrofon; ~ Baermann (Bio) radas yg digunakan utk mengasingkan organisma kecil drpd suatu sampel (biasanya tanah); ~ dengar alat utk mendengar yg dipakai oleh orang yg agak pekak; ~ radio alat yg menangkap suara utk disiarkan melalui radio; ~ telefon gagang telefon; mencorong 1. bersinar dgn terangnya (bkn lampu, matahari, dll); 2. menyuluhi (mene­rangi) dgn lampu corong; mencorongkan 1. menyinarkan, menerang­kan; 2. memancarkan (cahaya, suara, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[co.rong] | چوروڠ

Definisi : 1 alat yg mulutnya berbentuk spt kelongsong dan diberi berpaip pd bahagian bawahnya (digunakan ketika menuang sesuatu supaya tidak tumpah). 2 = ~ asap paip utk menyalurkan asap keluar; serombong. 3 = ~ lampu pembuluh kaca utk melindungi nyala api; cemeni lampu. 4 = ~ suara alat utk menguatkan suara. ~ Baermann ist alat utk mengeluarkan atau mengasingkan organisma kecil dr suatu sampel tanah. ~ dengar alat utk mendengar (bagi orang pekak). ~ radio alat penangkap suara utk disiarkan. ~ telefon corong pd telefon tempat mendengar dan tempat berkata-kata; gagang telefon. ~ turas corong yg dibuat drpd kaca dan digunakan di makmal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[co.rong] | چوروڠ

Definisi : ; lampu ~ lampu yg dpt memancarkan cahayanya jauh-jauh. mencorong 1 bercahaya terang (ttg bulan, matahari dsb). 2 menyuluh dgn lampu corong. mencorongkan memancarkan cahaya (suara, sinar dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata corong


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dengar; panggil tak ~ ki jauh (sekali); corong ~ Id corong alat mendengar; salah ~ salah me­nangkap (percakapan, kata-kata yg di­tutur­kan, dll); dengar-dengar menurut khabar yg diterima, menurut yg diketahui: ~nya Idah selalu bergaduh di sana; ~ angin menurut khabar angin; engar-dengaran 1. mempedulikan, meng­endahkan, mendengar (menerima, menurut, percaya, dsb): jangan tuanku ~ akan sembah orang yg tiada sebenarnya; 2. perasaan seolah-olah mendengar (sesuatu), perasaan spt terdengar-dengar: cuma ~ saya sahaja agaknya; berdengar Mn didengar(kan), dipedulikan, diturut(kan); mendengar 1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll), mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; 3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk mengikutnya, memper­timbangkannya, dsb), mempedulikan, me­ngikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~, mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan dgn) proses membuat sesuatu ke­putusan (resolusi); dengar cakap enggang, makan buah beluluk, dengar cakap orang, terjun masuk lubuk prb hendaklah berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan, jangan men­dengar cakap orang; didengar ada, dipakai tidak prb tidak mengikut nasihat; men­dengarkan, mendengari 1. men­de­ngar akan (sesuatu): fikiran Khatijah semakin terang apabila ~ suara takbir memuji Tuhan; kemudian Datuk Ujang men­ceritakan kisah yg pernah didengarinya drpd seorang ko­munis yg ditawan; 2. meng­endahkan, mem­pedulikan, mengikutkan (na­sihat, bujuk­an, dll): jangan kamu dengarkan sangat cakap orang; memperdengarkan 1. melakukan sesuatu (spt memainkan alat muzik, menyanyikan lagu, dsb) supaya didengar oleh orang lain, menyiarkan (lagu dsb) melalui radio: Hamzah sering diundang utk ~ gesekan biolanya dlm majlis yg besar-besar; 2. menyiarkan (menge­mukakan dsb) supaya diketahui umum atau orang lain: keluhan para isteri tentang kelakuan suami yg keterlaluan banyak sekali diperdengarkan menerusi majalah; terdengar 1. (sudah) didengar: apabila ~ oleh Pak Pandir bunyi itu, ia pun lari lintang-pukang; 2. dapat (boleh) didengar: sebelum dia masuk, ~ olehnya bunyi orang mencuci baju; 3. ki sanggup (tahan) didengar: tenarlah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir, hingga tiada ~ oleh anjing dan kucing; 4. didengar, diketahui: berita itu sudah ~ merata-rata; terdengar-dengar seolah-olah (masih) men­­­dengar, seolah-olah belum luput dr telinga; kedengaran 1. (dapat) didengar, terdengar: dr jauh ~ bunyi loceng sayup-sayup dibawa angin; 2. diperoleh berita, diketahui: setelah ~lah ke benua Siam, maka paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah; pendengaran 1. pancaindera utk men­dengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga): kalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi; 2. perihal mendengar(kan), apa yg dapat didengar: Kak Bedah meng­angkat kepalanya utk menjelaskan ~nya; pendengar 1. alat (perkakas, benda) utk mendengar(kan); 2. orang yg mendengar (bunyi, percakapan, dsb): ~ radio; 3. = pen­dengaran pancaindera utk mendengar; 4. Id mahasiswa tidak berdaftar tetapi mengikuti (mendengar sahaja) kuliah-kuliah.Kamus Dewan Edisi Keempat
corong turascorong yg dibuat drpd kaca dan digunakan di makmal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
corong telefoncorong pd telefon tempat mendengar dan tempat berkata-kata; gagang telefon.Kamus Pelajar Edisi Kedua
serombong1 alat spt tabung yg kembang ke hujung dan disambungkan pd hujung serunai dll; corong. 2 = ~ asap corong pd kapal dll utk menyalurkan asap ke luar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
corong radioalat penangkap suara utk disiarkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
corong dengaralat utk mendengar (bagi orang pekak).Kamus Pelajar Edisi Kedua
corong Baermannist alat utk mengeluarkan atau mengasingkan organisma kecil dr suatu sampel tanah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
corong telefongagang telefon;Kamus Dewan Edisi Keempat
corong radioalat yg menangkap suara utk disiarkan melalui radio;Kamus Dewan Edisi Keempat
corong dengaralat utk mendengar yg dipakai oleh orang yg agak pekak;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678

Kembali ke atas