Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ci] | چوچي

Definisi : ; ~ calat bersih sebersihnya; ~ darah a) membersihkan darah dgn memakan ubat; b) proses membersihkan darah dgn meng­gunakan sj mesin (darah yg beredar ditapis melalui membran separa telap dlm mesin tersebut utk membuang keluaran buangan), hemodialisis; ~ mata a) membersihkan mata dgn air dll; b) melihat-lihat perempuan dll utk menyeronokkan hati; ~ muka a) mem­basuh muka; b) Id tempat air utk membasuh muka; ~ perut a) julap, urus-urus, pencahar; b) membersihkan perut dgn julap dll; ~ tangan a) membersihkan tangan; b) Id tempat air basuh tangan; c) tidak mahu terlibat dlm hal orang; bercuci ki bersunat, berkhatan; mencuci 1. membersihkan dgn air, mem­basuh: ~ pinggan mangkuk; ~ kain; 2. membersihkan (mengesat atau menyapu dgn penyapu bulu ayam, dll): setiap pagi, meja saya dicuci oleh peon; ~ filem menjadikan filem negatif drpd filem dan positif (gambar) drpd filem negatif; ~ mata cuci mata; mencucikan 1. mencuci sesuatu utk orang lain; 2. memberikan (menghantar) sesuatu supaya dicuci: saya pergi ~ baju tadi; 3. ki menyunatkan, mengkhatankan; cucian 1. barang-barang yang dicuci (spt kain, baju, dll); 2. cara mencuci, hasil mencuci: ~nya tidak bersih; pencucian 1. perihal (perbuatan) mencuci; 2. tempat mencuci; pencuci 1. orang yg mencuci, tukang cuci; 2. alat (benda dll) yg digunakan utk mencuci; ~ mulut benda manis (spt buah-buahan dsb) yg dimakan selepas makan nasi dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ci] | چوچي

Definisi : bp mencuci. ~ darah a. ubat utk membersihkan darah. b. membersihkan darah dgn ubat. ~ mata a. membersih­kan mata dgn air dll. b. bersenang-senang dgn melihat sesuatu yg indah. ~ muka a. membasuh muka. b. tempat membasuh muka. ~ perut ubat utk membersihkan perut. ~ tangan a. membasuh tangan. b. mangkuk tempat membasuh tangan. c. tidak mahu bertanggungjawab atau tidak mahu terlibat dlm sesuatu perkara atau hal orang lain. mencuci 1 menghilangkan kotoran dgn air dll; membersihkan; membasuh: ~ pakaian. 2 membersihkan sesuatu (dgn penyapu dll). ~ filem mengerjakan supaya sesuatu filem menjadi negatif atau positif. ~ gambar membuat gambar drpd filem yg sudah dicuci. mencucikan 1 mencuci utk orang lain. 2 ki memotong kulup; mengkhatankan; menyunatkan. cucian 1 apa-apa yg dicuci. 2 cara mencuci. pencucian 1 perbuatan atau hal mencuci. 2 tempat mencuci. pencuci 1 orang yg kerjanya mencuci; tukang cuci. 2 sesuatu yg digunakan utk mencuci: serbuk ~ kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuci

Puisi
 

Dayang menyuci kain putih,
     Setengah cuci sabun pun hilang;
Tuan berbudi saya pun kasih,
     Setengah kasih direbut orang.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cuci tangana. membasuh tangan. b. mangkuk tempat membasuh tangan. c. tidak mahu bertanggungjawab atau tidak mahu terlibat dlm sesuatu perkara atau hal orang lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cuci perutubat utk membersihkan perut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cuci mukaa. membasuh muka. b. tempat membasuh muka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cuci mataa. membersih­kan mata dgn air dll. b. bersenang-senang dgn melihat sesuatu yg indah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cuci daraha. ubat utk membersihkan darah. b. membersihkan darah dgn ubat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cuci mengkalashabis kalas, habis semua.Kamus Dewan Edisi Keempat
cuci makicaci maki, berbagai-bagai cercaan (celaan dll); mencuci maki memaki-maki.Kamus Dewan Edisi Keempat
cuci tangana) membersihkan tangan; b) Id tempat air basuh tangan; c) tidak mahu terlibat dlm hal orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
cuci peruta) julap, urus-urus, pencahar; b) membersihkan perut dgn julap dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
cuci mukaa) mem­basuh muka; b) Id tempat air utk membasuh muka;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas