Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.cu.kan]/[cu.cu/.kan] | چوچوقن

Definisi : hasil perbuatan mencucuk, tusukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cucukan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cucukanhasil perbuatan mencucuk, tusukan;Kamus Dewan Edisi Keempat
karangan1. gubahan bunga, cucukan (manik dsb), susunan: di atas meja, terletak sebuah ~ bunga yg indah; 2. ciptaan (cerita, lagu, dll), karya: novel itu ialah ~ Samad Said; 3. re­kaan, khayalan; 4. sl ahli, pandai, tukang: maka oleh ~ itu, ditarahnyalah kepala budak itu; 5. yg dikarang oleh, gubahan, ciptaan: antologi cerpen ~ beberapa orang penulis muda;Kamus Dewan Edisi Keempat
karang IIsunting, gubahan (bunga dll); berkarang digubah (disusun, dicucuk, dsb) hingga kelihatan indah atau menarik (bunga, permata, manik, dll): bunga ~; intan ~; mengarang 1. menyusun dsb (bunga, per­mata, manik, dll) hingga kelihatan menarik, menggubah: puteri itu memetik bunga dan ~ kuntum; sebentuk cincin intan dikarang; ~ telur bertelur, mengandungi telur; 2. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), men­cipta (sajak dll), menggubah (lagu): tuan itulah yg ~ kitab loghat bahasa Melayu; ~ novel dan cerpen; 3. mengadakan, mereka-reka: kalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yg bukan-bukan; karang-mengarang perihal mengarang (cerita dll), perbuatan (pekerjaan) mengarang; mengarangkan mengarang utk seseorang; terkarang (sudah) dikarang: sebuah senarai Melayu-Cina yg dikatakan ~ sebelum kurun ke-15; karangan 1. gubahan bunga, cucukan (manik dsb), susunan: di atas meja, terletak sebuah ~ bunga yg indah; 2. ciptaan (cerita, lagu, dll), karya: novel itu ialah ~ Samad Said; 3. re­kaan, khayalan; 4. sl ahli, pandai, tukang: maka oleh ~ itu, ditarahnyalah kepala budak itu; 5. yg dikarang oleh, gubahan, ciptaan: antologi cerpen ~ beberapa orang penulis muda; kepengarangan perihal yg berkaitan dgn pengarang: usia ~ seseorang pengarang, haruslah berpanjangan; pengarang 1. tali (benang dll) utk menga­rang manik (bunga dll): bagai manik putus ~; 2. orang yg mengarang cerita (lagu, sajak, dll), penggubah (lagu dll), pencipta; 3. orang yg menyunting karangan utk diterbitkan (disiarkan); ~ berita orang yg menyunting berita dlm akhbar; ~ bersama orang yg bersama-sama mengarang (sesebuah buku dll); ~ gigi gusi; ~ jantung kekasih, buah hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
cucuk I1. sesuatu yg tajam yg digunakan utk menusuk dll (spt jarum, cuban, penyemat, dll); ~ hidung tali yg ditusukkan pd hidung lembu (kerbau dll), keluan; ~ rambut (sanggul) penyemat rambut, tusuk kondai; 2. penjodoh bilangan utk barang yg ditusuk dgn lidi (tali dll): sepuluh sen se~; enam belas ~ sate; 3. suntik (utk memasukkan ubat dll ke dlm badan): ia menggosok-gosok bekas kena ~; bercucuk; ~ ikan ark berderet rapat-rapat, bersesak-sesak; ~ tanam (tanah) bertani, bekerja menanam tumbuh-tumbuhan di sawah, ladang, dll; mencucuk 1. menusuk (dgn barang yg tajam spt peniti, lidi, pin, dll), menebuk, menikam (dgn keris, pisau, dll), mencacah (dgn jarum): ia masih ~ rojak dgn sebilah garpu; 2. melubangi atau mengeluani (hidung lembu, kerbau, dll); dicucuk orang hidung = spt kerbau dicucuk hidung prb menurut sahaja kemahuan orang (tidak mahu membantah); 3. menyuntik (utk memasukkan ubat dlm badan): utk mencegah penyakit taun, semua orang mesti dicucuk; 4. merangkai-rang­kaikan (menganggit) dgn cucuk (tusuk): ~ atap; 5. ki menghasut, mengacum, mengapi-apikan, menimbulkan kemarahan orang: dialah yg ~-orang itu hingga mereka bergaduh; 6. ki menusuk atau masuk ke dlm: bau nasi lemak yg ~ hidung; ~ hati ki a) menyakiti hati; b) memilukan hati; ~ mata a) mencolok mata; b) ki sangat nyata, tampak benar, mudah tampak; c) ki menyakiti hati, memberi malu; mencucuk-cucuk 1. mencucuk berulang kali: mereka akan ~ lengan mereka dgn anak batu sehingga luka; 2. berasa sakit spt dicucuk-cucuk dgn jarum, duri dsb: bisa di dadanya ~; berasa sakit yg ~; cucuk-mencucuk ki saling menghasut: hindarilah sifat-sifat yg keji dan jijik spt fitnah-memfitnah, ~, dengki-mendengki dsb drpd kehidupan kita; mencucukkan menusukkan, menembuskan, merangkaikan, menyematkan, dll: ~ anak mancis ke dlm cerut; tercucuk tertusuk, tertembus; ~ hidung (mata) prb Mn tertipu kerana kebodohan (spt membeli barang yg tidak elok dgn harga yg tinggi); cucukan hasil perbuatan mencucuk, tusukan; pencucuk 1. cucuk; 2. ki penghasut, pe­ngacum, batu api.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas