rotan cucur | = ~ atap cucur sj rotan, Calamus castaneus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cucur II | kuih yg dibuat drpd tepung dan bahan-bahan lain dan digoreng. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cucur atap | hujung atap tempat air hujan jatuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cucur (goreng, kuih) kodok | sj kuih yg dibuat drpd adunan tepung, gula, pisang, dll dan digoreng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cucur VI | sj burung, burung segan, Batrachostomus auritus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cucur V | ; (daun) ~ atap sj tumbuhan (pokok renek), Baeckia frutescens; atap ~ = rotan (atap) ~ sj rotan, Calamus castaneus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cucur IV | muncung atau jongor perahu; layar ~ layar yg di depan sekali, jib. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cucur III | kuih drpd tepung dan bahan-bahan lain yg digoreng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cucur II | Kl, Tr; mencucurkan memulangkan wang (baki drpd membeli barang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cucur I | aliran (pancaran) ke bawah (air dll): tanah yg dibelinya dgn harta ~ peluhnya sendiri; bercucuran mengalir ke bawah, memancur ke bawah, berpancaran ke bawah: seraya ia menangis ~ air matanya bagai manik diurai; mencucuri 1. menuang air dsb pd, menyirami, menjirus: dia ~ kakinya yg berlumpur dgn air; 2. melimpahkan rahmat dsb ke atas atau pd seseorang: Tuhan ~ makhluk-Nya dgn rahmat; semoga Allah ~ kita dgn rahmat dan hidayah-Nya; mencucurkan 1. mengalirkan turun, memancarkan, memancurkan; ~ air mata menangis; 2. memberikan (mengurniakan dsb) banyak-banyak, melimpahkan: semoga Allah sentiasa ~ rahmat-Nya ke atas roh kedua-dua orang tua kami yg sangat dikasihi; cucuran aliran ke bawah, pancaran, pancuran; ~ atap hujung atap tempat air hujan jatuh; ~ harta pembahagian harta kpd waris (kewarisan harta). | Kamus Dewan Edisi Keempat |