psikedelik | (psikédélik) 1. (Ubat) menyebabkan atau mengakibatkan halusinasi (bkn dadah): dadah ~; 2. (S.Lukis) mempunyai pelbagai warna yg sangat terang atau garang, dan bentuk yg berbelit-belit spt yg diilhamkan melalui khayalan (bkn lukisan abstrak, hiasan, pakaian dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halusinasi | pengalaman melihat, mendengar, merasai dsb sesuatu yg sebenarnya tidak wujud, akibat gangguan kesihatan atau fikiran, atau kerana pengambilan dadah: Dadah boleh menyebabkan ~. berhalusinasi mengalami halusinasi: Dia meracau dan ~ bertemu dgn manusia zaman purba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
najis dadah | dadah yg membahayakan orang yg menyalahgunakannya | Kamus Dewan Edisi Keempat |
najis | 1. kotoran (spt air kencing, tahi) yg membatalkan sembahyang: orang Islam tidak boleh kena air liur anjing, ~; 2. sesuatu yg mencemarkan: awak semua selalu buat kotor dan suka menabur ~ di tengah jalan; ~ besar tahi; ~ kecil air kencing; 3. bp jijik: ~ melihat kelakuannya itu; ~ dadah dadah yg membahayakan orang yg menyalahgunakannya; membasuh ~ dgn mala prb menutup kesalahan atau rasa malu dgn cara yg lebih menghinakan lagi; bernajis dinodai, dikotori atau dicemari najis: pakaian itu masih ~;menajiskan 1. menjadikan kotor, mencemarkan, mengotorkan: ~ benda yg suci; 2. menganggap najis (tidak suci, cemar): jangan dekati barang yg dinajiskan agama; ternajis menjadi kotor, menjadi cemar, tercemar: hati itulah yg hendak dijaga supaya tidak ~ dan tercemar; kenajisan perihal najis, kekotoran, kecemaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halusinasi | pengalaman seolah-olah dapat melihat, mendengar atau menyentuh sesuatu yg sebenarnya tidak wujud akibat gangguan kesihatan (fikiran) atau pengambilan dadah: penggunaan dadah boleh menyebabkan penggunanya mengalami ~; berhalusinasi mengalami halusinasi: dia meracau-racau dan ~ bertemu dgn manusia zaman purba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
antidadah | menentang segala kegiatan dan amalan yg berkaitan dgn najis dadah (spt penghasilan, pengedaran, penggunaan dll najis dadah): pakar-pakar dan pejuang ~; kempen ~ usaha utk membanteras penyalahgunaan dadah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dadah | 1 bahan yg digunakan utk ubat-ubatan. 2 bahan (biasanya yg mengetagihkan) yg digunakan sbg ubat tidur dan dpt menyebabkan khayal atau tidak sedarkan diri, spt candu dan heroin: Jauhilah ~ yg membahayakan diri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dadah | 1. bahan yg digunakan utk ubat-ubatan. 2. bahan (biasanya yg mengetagihkan) yg digunakan sbg ubat tidur dan dpt menyebabkan khayal atau tidak sedarkan diri, spt candu, heroin dsb:Jauhilah ~ yg membahayakan diri. | Kamus Pelajar |
penagih dadah | orang yg ketagihan dadah | Kamus Dewan Edisi Keempat |
narkotik | dadah yg melemahkan deria, melalikan, melegakan rasa sakit, ketagihan, dsb, najis dadah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |