dagang II | Mn; mendagang memikul, mengusung; dagangan barang-barang yg dipikul; pedagang benda (spt kandar) yg digunakan utk memikul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rawah II | ark sj persekutuan dagang yg setengah ahlinya memberi modal dan yg lainnya memberi tenaga sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tawar II | bp = menawar; bidan ~ bidan yg diundang (ditempah) terlebih dahulu, lwn bidan terjun; adat dagang, tahan ~ barang dagangan sudah semestinya boleh dikurangkan harganya; bertawar-tawaran tawar-menawar; menawar 1. menyebut harga (sewa dll) yg berani dibayar, minta membeli (menyewa sesuatu): sehelai kain panjang perkalungan, sudah ditawarnya lapan rupiah; 2. meminta dikurangkan harga dll yg ditetapkan oleh penjual: Pak Dolah tidak ~ lagi, dia mengeluarkan duit dr dlm dompetnya dan membayar; 3. menyebutkan berapa “kurangnya” drpd harga yg diletakkan oleh penjual dll: boleh ~ sedikit; tawar-menawar saling meminta dikurangkan harganya (sewanya, tuntutan, dll): dgn tiada bertangguh dan tiada ~ lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; kuasa ~ mereka lebih kuat lagi drpd seluruh kekuatan negara masing-masing; menawari ark mengunjuk seseorang supaya dibeli (disewa, dipakai, dll): seorang pemuda yg sedang duduk telah bangun dan ~ gadis itu tempat duduknya; menawarkan mengunjukkan (mengemukakan dsb) sesuatu supaya dibeli (dipakai, diterima, dll), menyatakan kesediaan memberikan dsb sesuatu (spt pertolongan, khidmat, dll): se-orang anak Cina mendekati dan ~ barang-barang jajaannya; kemudian dia sendiri duduk dan dgn santun ~ rokok kpd tamu-tamunya; dlm hal ini Persatuan ~ khidmat pd peringkat permukaan;tawaran 1. harga yg dikemukakan oleh pem-beli (penyewa dll): ~ dipelawa bagi menyewa gerai menjual minuman; 2. sesuatu yg ditawarkan: mendengar ~ gaji tinggi yg dibuat melalui surat khabar mereka pun datang melamar; dia menolak ~ orang tua itu utk dijodohkan dgn seorang pemuda; 3. sebut harga (upah) utk membuat sesuatu: ~ drpd pemborong utk membina bangunan itu akan diterima mulai 11 Januari;penawaran perihal menawar(kan): kedua-dua ~ dan penerimaan ini mestilah diucapkan dlm satu perjumpaan; sebarang bencana alam atau kegagalan tanaman akan menye-babkan ~ beras dunia semakin berkurangan; penawar orang yg menawar, pemohon, pelamar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gali II | sj kapal yg digerakkan oleh dayung atau layar yg digunakan pd zaman dahulu atau pd zaman pertengahan sbg kapal perang atau kapal dagang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saing II | banding, imbang, tanding: gadis yg hemat selalu mendalihkan lamaran orang yg bukan ~nya dgn pelbagai helah; sesaing Mn sebanding, sepadan, setanding; bersaing, bersaingan atas-mengatasi, dahulu-mendahului, berlawanan berlumba-lumba: orang-orang Melayu telah bergerak hendak bangkit ~ dgn bangsa-bangsa yg maju; menyaingi menandingi, melawan (atas-mengatasi dll): spt anak dagang yg serba miskin cuba-cuba ~ orang terkenal; saingan tandingan, lawan: Rusia dan China Komunis tidak lagi mendapat ~ dr Amerika Syarikat dlm memberi bantuan ekonomi kpd Yaman; persaingan perihal bersaing, perlawanan (utk atas-mengatasi), pertandingan: getah asli sekarang ini sedang menghadapi ~ yg kuat drpd getah tiruan; pesaing orang (pihak dll) yg bersaing(an): dlm era tersebut syarikat perfileman Amerika telah menguasai hampir keseluruhan pasaran dunia dan berjaya menangkis ~ lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |