azali | sejak dahulu kala; sejak permulaan zaman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
azali | sejak dahulu kala; sejak permulaan zaman. | Kamus Pelajar |
asal- muasal | asal mulanya, sejak dahulukala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muasal | = asal-~ asal mulanya, sejak dahulukala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adat | peraturan yg lazim dilakukan sejak dahulu kala: Majlis perkahwinan itu telah dilakukan mengikut ~ orang-orang Melayu. ~ istiadat berbagai-bagai adat yg diikut. ~ resam adat yg menjadi kebiasaan kpd sesuatu kaum (daerah dll). beradat 1. mempunyai adat; tahu bersopan santun. 2. mengikut adat (ketika melakukan sesuatu). | Kamus Pelajar |
dahulu kala | zaman dahulu, purbakala; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tua | 3 sudah lama; tidak baru lagi; sudah ada sejak dahulu kala lagi: Kerisnya ~ tetapi masih berharga. | Kamus Pelajar |
betapa | 1. bagaimana; dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan? 2. sebagaimana; spt yg sepatutnya: Mereka telah dikahwinkan ~ adat orang-orang dahulu kala. 3. alangkah; bukan main: ~ girangnya hatiku mendapat seorang anak, tidak dpt kuceritakan. 4. walau bagaimanapun; meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. | Kamus Pelajar |
kala I | masa, waktu, ketika; ada ~nya, ada masanya (ketikanya), kadangkadang; barang ~ sebarang waktu; dahulu ~ zaman dahulu, purbakala; pd ~ pd masa, pd waktu; sekala; projek ~ projek yg dilaksanakan sekali sahaja dgn peruntukan khas; sekali ~ sekali-sekali, kadang-kadang; berkala (keluar, terbit, dsb) berulang-ulang pd waktu yg tetap (mengikut jangka waktu yg tertentu); majalah ~ majalah yg terbit berulang-ulang pd waktu yg tetap (pd tarikh yg ditetapkan); tiada ~ tiada tetap waktunya; berkala-kala terkadang-kadang, dr semasa ke semasa; keberkalaan keadaan (hal) berkala: ~ yg terangkum dlm alam fizikal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kala I | masa; ketika; waktu:pd ~ pd masa; ada ~nya ada ketikanya; sekali-sekali; dahulu (purba) ~ zaman dahulu. berkala berulang-ulang diterbitkan pd waktu yg tetap (bkn majalah dll). berkala-kala sekali-sekali; terkadang-kadang. sekala;sekali-~ kadang-kadang. | Kamus Pelajar |