luput drpd dakwaan | terlepas drpd dakwaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dakwaan | aduan yg dikemukakan kpd hakim; tuduhan; tuntutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dakwaan | 1. tuduhan (tuntutan, aduan) yg dikemukakan utk diadili (di mahkamah): sesuatu ~ terhadap perbuatan jenayah dimajukan oleh Jabatan Peguam Negara atau pihak polis; 2. sesuatu yg dikatakan (dikemukakan dsb) supaya diterima sbg satu kenyataan atau kebenaran: beliau membuat ~ tentang kemenangan pasukan tenteranya itu dlm satu sidang akhbar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dakwaan | aduan yg dikemukakan kpd hakim; tuduhan; tuntutan. | Kamus Pelajar |
luput | 1. hilang, lenyap: zaman dongeng-mendongeng sudah ~ sekarang; ~ drpd hati (di hati) hilang drpd hati (lenyap drpd ingatan); ~ drpd mata (di mata) hilang drpd mata; ~ drpd ingatan; 2. terhindar (drpd), terjauhkan (drpd), terlepas (drpd): ~ drpd bahaya; ~ drpd dakwaan terlepas drpd dakwaan; 3. tidak mengena (pd sasaran), menyimpang (drpd sasaran), salah: dilemparinya budak itu tapi ~; meluputkan 1. menghilangkan, melenyapkan; ~ drpd ingatan menghilangkan drpd ingatan; 2. melepaskan; ~ diri melepaskan diri; 3. mengelakkan (pukulan, serangan, dll), menangkis: ditikamnya dada Hang Jebat, serta diluputkan oleh Hang Jebat tikaman Laksamana itu; terluput terhindar drpd, terjauhkan drpd, terlepas drpd: sbg manusia biasa, dia juga tidak ~ drpd salah dan silap; ~ drpd bencana; keluputan perihal luput, kelenyapan, kemusnahan; peluputan perihal meluputkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tukasan | dakwaan yg tidak beralasan; tugas II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gugatan | dakwaan, tuntutan, celaan, sanggahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menuduhkan | melemparkan dakwaan kpd, mendakwakan: beliau telah menyangkal keras segala yg dituduhkan kepadanya itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pretensi | (préténsi) dakwaan atau gambaran kononnya mempunyai atau melakukan sesuatu yg istimewa (padahal tidak kelihatan atau terbukti demikian): tidak ada ~ di sini utk bersikap objektif apatah lagi utk mengatakan pendapat yg dikemukakan muktamad atau tidak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelah II | IB; pengaduan, tuduhan, dakwaan; mengelah melaporkan atau mengadukan (sesuatu kpd pihak berkuasa), membuat pengaduan, menuduh, mendakwa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |