Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daÖ.wah]/[da/.wah] | دعوه

Definisi : 1. kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu keper­cayaan; golongan ~ golongan (kumpulan) yg bergiat dlm dakwah; ~ songsang bp pe­nyampaian atau penyebaran ajaran yg ber­tentangan dgn syariat-syariat Islam; 2. bp patuh kpd (mengikut) ajaran agama Islam dgn lebih sempurna (sebagaimana yg ke­lihatan pd tingkah laku dan pergaulan, cara berpakaian, dll): dulu dia selalu bergaul bebas dan berpakaian moden tetapi se­karang ini sudah ~; berdakwah menjalankan kegiatan menye­barkan sesuatu kepercayaan; mendakwahi berdakwah kpd: Tok Haji cuba ~ pemuda-pemuda yg berambut panjang itu; mendakwahkan menyebarkan sesuatu ke­per­­cayaan: Rasulullah ~ Islam sbg Din yg menjamin tamadun manusia; pendakwahan perihal mendakwahkan, pe­nye­baran atau penyampaian ilmu agama: tamadun yg tidak berasaskan tauhid, tidak terlepas drpd menjadi objektif ~ golongan fundamentalis; pendakwah orang (golongan) yg berdakwah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[daÖ.wah]/[da/.wah] | دعوه

Definisi : penyebaran ajaran sesuatu agama: ~ Islamiah penyebaran agama Islam. berdakwah menyebarkan ajaran sesuatu agama. pendakwah orang (golongan) yg menyebarkan ajaran sesuatu agama; mubaligh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dakwah


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dakwah Islamiahpenyebaran agama Islam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dakwahpenyebaran ajaran sesuatu agama: ~ Islamiah penyebaran agama Islam. berdakwah menyebarkan ajaran sesuatu agama. pendakwah orang (golongan) yg menyebarkan ajaran sesuatu agama; mubaligh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dakwahpenyebaran ajaran sesuatu agama: ~ Islamiah penyebaran agama Islam. berdakwah menyebarkan ajaran sesuatu agama. pendakwah orang (golongan) yg menyebarkan ajaran sesuatu agama; mubaligh.Kamus Pelajar
dakwah1. kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu keper­cayaan; golongan ~ golongan (kumpulan) yg bergiat dlm dakwah; ~ songsang bp pe­nyampaian atau penyebaran ajaran yg ber­tentangan dgn syariat-syariat Islam; 2. bp patuh kpd (mengikut) ajaran agama Islam dgn lebih sempurna (sebagaimana yg ke­lihatan pd tingkah laku dan pergaulan, cara berpakaian, dll): dulu dia selalu bergaul bebas dan berpakaian moden tetapi se­karang ini sudah ~; berdakwah menjalankan kegiatan menye­barkan sesuatu kepercayaan; mendakwahi berdakwah kpd: Tok Haji cuba ~ pemuda-pemuda yg berambut panjang itu; mendakwahkan menyebarkan sesuatu ke­per­­cayaan: Rasulullah ~ Islam sbg Din yg menjamin tamadun manusia; pendakwahan perihal mendakwahkan, pe­nye­baran atau penyampaian ilmu agama: tamadun yg tidak berasaskan tauhid, tidak terlepas drpd menjadi objektif ~ golongan fundamentalis; pendakwah orang (golongan) yg berdakwah.Kamus Dewan Edisi Keempat
YADIMakronim bagi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.Kamus Dewan Edisi Keempat
hikmah1 kebijaksanaan drpd Allah; kecerdikan: Kegiatan dakwah Islam hendaklah dijalankan dgn penuh ~.2 kelebihan atau tujuan sebenar di balik sesuatu perkara, kejadian dsb; hikmat: Rupa-rupanya ada ~ di balik kemalangan yg berlaku itu. berhikmah mempunyai hikmah; bijaksana: Cara yg ~ dilaksanakan dlm menangani masalah remaja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hikmah1. kebijaksanaan drpd Allah, kecer­dikan: dakwah Islam yg dijalankan mestilah dgn penuh ~ serta bertepatan dgn budaya dan iklim kemalaysiaan; Allah melakukan apa sahaja menurut kehendak-Nya dan sesuai dgn ~ yg telah ditetapkan oleh-Nya; 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di se­balik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb): rupa-rupanya kemalangan itu ada ~ di sebaliknya; poligami harus dilihat sbg syariat Allah yg pasti ada ~ dan perlu ditegakkan sekiranya mampu; berhikmah mempunyai hikmah (kebijak­sanaan dsb): pendekatan yg ~ dan berhati-hati perlu diambil dlm usaha menyeragam­kan undang-undang syariah itu; generasi muda yg sering diperkatakan sbg golongan yg bermasalah harus ditangani dgn cara yg ~ dan penuh rahmat serta kasih sayang.Kamus Dewan Edisi Keempat
islamiahAr yg berkaitan dgn atau berasaskan agama Islam: kegiatan dakwah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
penghukum1. orang, badan dsb yg men­jatuhkan (membuat atau menjalankan) huku­m­an: rakyat mengakui kuasa raja sbg pe­ngadil dan ~ bagi yg melanggar undang-undang negeri; 2. orang yg menentukan hukum (hal yg berkaitan dgn dosa, pahala dsb): beliau menegaskan bahawa kita pen­dakwah, bukan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
hukum1. peraturan yg dibuat oleh sesuatu kekuasaan (negara dll), adat yg dianggap mesti dipatuhi, undang-undang: ~ mengerjakan sembahyang; ia telah banyak mendalami soal ~ dan undang-undang; ahli ~ Id orang yg tahu (pakar) dlm ilmu hukum; badan ~ Id perkumpulan (persatuan dll) yg diperlakukan oleh undang-undang sbg orang; ilmu ~ penge­tahuan atau falsafah mengenai undang-undang; lawan ~ Id melawan hak; tata~ Id aturan (peraturan, sistem, susunan) mengikut hukum; 2. ketentuan (kaedah, kepastian, ketetapan) mengenai sesuatu peristiwa atau kejadian (alam dll): ~ alam; ~ bahasa; ~ Ampere menyatakan bahawa dua arus selari yg mempunyai haluan yg sama menarik satu sama lain; 3. = hukuman keputusan (per­tim­bangan) yg dibuat oleh hakim (dlm mah­kamah dll); memutuskan (menjatuhkan) ~ membuat keputusan; kena ~ dijatuhi hukuman; 4. sl perintah, kekuasaan: raja-raja dlm dunia ini dr masyrik datang ke maghrib semuanya dlm ~ Maharaja Rawana; ~ acara (tuntutan) Id peraturan-peraturan mengenai penuntutan serta pemeriksaan dan pemutusan perkara; ~ adat peraturan-per­aturan yg berdasarkan adat (kebiasaan), lwn hukum syarak; ~ alam aturan yg tentu bkn ke­jadian alam; ~ Allah takdir Allah (ke­tentuan Allah); ~ asasi perlembagaan negara; ~ Boyle (Fiz) hukum yg menyatakan bahawa pd suhu yg malar, isi padu sesuatu gas berkadaran songsang dgn tekanan; ~ Coulomb (Fiz) hukum yg memberikan nilai magnitud daya elektrik di antara dua zarah bercas; ~ dagang Id sistem yg mengatur hal-hal perniagaan (jual beli dll); ~ dunia hukum alam; ~ Faraid peraturan pembahagian harta pusaka dlm agama Islam; ~ fiqah hukum dlm agama Islam tentang perkara-perkara spt ibadat, muamalat, munakahat, dan jinayat; ~ gan­tung hukum mati dgn gantung; ~ gereja Id peraturan-peraturan bkn kehidupan yg ber­dasarkan ajaran Kristian; ~-hakam pelbagai jenis hukum agama Islam; ~ Islam = ~ syarak (syariah) peraturan (ketentuan) mengenai kehidupan menurut Islam; ~ keabadian jisim (Kim) hukum yg menyatakan bahawa dlm tindak balas kimia, jumlah jisim bahan selepas tindak balas kimia adalah sama dgn jumlah jisim bahan sebelum tindak balas; ~ keabadian tenaga (Kim) hukum yg menyatakan bahawa tenaga tidak dapat dicipta atau dimusnahkan tetapi dapat diubah kpd bentuk tenaga yg lain; ~ kuasa dua songsang (Fiz) hukum yg menyatakan bahawa keamatan sesuatu kesan (cahaya, daya graviti, bunyi, dll) pd sesuatu titik, berkadaran songsang dgn jarak kuasa dua dr sumber kesan ke titik tersebut; ~ perdata = ~ sipil = ~ warganegara Id per­aturan-peraturan dan ketentuan-ketentuan bkn hak dan kewajiban dll warganegara; ~ perkadaran tentu = ~ komposisi tetap (Kim) hukum yg menyatakan bahawa sesuatu sebatian kimia sentiasa mengandungi unsur-unsur yg sama mengikut perkadaran jisim yg sama tanpa mengira cara sebatian itu disediakan; ~ pidana Id peraturan dan ketentuan mengenai hukuman; ~ resam hukum adat; ~ sains peraturan-peraturan (ketentuan, kaedah) dlm sains; ~ sejarah ketentuan sejarah; ~ tatanegara Id peraturan dan ketentuan bkn susunan kerja dll kenegaraan; berhukum 1. menggunakan hukum, ada hukum­nya; 2. = ~ (kpd) berhakim (kpd); menghukum 1. memberi keputusan (kete­tapan dll) berdasarkan undang-undang (oleh hakim), memberi seksaan (kurungan dlm penjara dll) kerana berbuat kejahatan dll: kalau tidak dihukum atau didenda orang yg membuat kesalahan makin lebih berani lagi ia berbuat demikian; pembunuh itu telah dihukum gantung; 2. mengkritik, mencela keras, sama sekali tidak bersetuju: hampir semua negara dunia ~ dasar perbezaan warna kulit Afrika Selatan; menghukumkan 1. menghukum: sekalian itu perkakas Hollanda menyeksakan dan ~ orang adanya; 2. menjadikan undang-undang (hukum), membuat hukumnya (undang-undang­nya); 3. menetapkan hukum menurut agama Islam (spt halal, haram, mubah, najis, sunat, dsb); 4. sl memerintah (negeri, rakyat, dll): menteri itulah yg ~ empat puluh menteri lain; terhukum kena hukum, dihukum: saya berasa spt ~ kerana terpaksa berjauhan dgn orang yg saya kasihi; hukuman 1. penderitaan dsb yg dikenakan atas orang yg melakukan kesalahan (melang­gar undang-undang); 2. keputusan yg dibuat oleh hakim (Tuhan, kerajaan, dll): mah­ka­mah menjatuhkan ~ penjara seumur hidup terhadap kedua-dua orang pengkhianat itu; kesalahan awam tidak akan membawa kpd ~ kesalahan jenayah; orang ~ orang yg dihukum penjara dsb; ~ bunuh = ~ mati hukuman yg dijalankan dgn membunuh (menembak, menggantung) orang yg bersalah; ~ gantung hukuman mati dgn digantung; ~ kawalan Id hukuman yg menyekat kebebasan bergerak (orang yg di­hukum tidak dibenarkan bergerak bebas dan harus selalu melaporkan diri kpd polis); ~ kerakal Id ark hukuman kerja paksa (mem­buat jalan, memecah batu, dsb); ~ kurungan (tutupan) Id hukuman yg dijalankan dgn mengurung orang yg bersalah dlm penjara (bukan kerana kejahatan); ~ penjara huku­m­an kurung dlm penjara; ~ rotan hukuman yg dijalankan dgn menyebat orang yg bersalah dgn rotan; kehukuman hal ehwal yg menurut hukum; penghukum 1. orang, badan dsb yg men­jatuhkan (membuat atau menjalankan) huku­m­an: rakyat mengakui kuasa raja sbg pe­ngadil dan ~ bagi yg melanggar undang-undang negeri; 2. orang yg menentukan hukum (hal yg berkaitan dgn dosa, pahala dsb): beliau menegaskan bahawa kita pen­dakwah, bukan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas