dalam II | 1 mengenai; tentang; berkenaan dgn: Dia memang pakar ~ hal itu. 2 selama masa tertentu; pd waktu tertentu: ~ masa dua jam lagi, ia akan sampai. 3 di kalangan; di antara: ~ mereka yg ramai itu, ada yg pandai bermain piano. 4 mengalami; ditimpa: Para nelayan ~ keadaan susah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dalam II | 1. mengenai; tentang; berkenaan dgn: Dia memang pakar ~ hal itu. ~ beberapa hal, memang benar segala yg dikatakannya itu. 2. selama masa tertentu; pd waktu tertentu: ~ masa dua jam lagi, ia akan sampai. 3. di kalangan; di antara: ~ mereka yg ramai itu, ada yg pandai bermain piano. 4. mengalami; ditimpa: Para nelayan ~ keadaan susah. | Kamus Pelajar |
dalam II | 1. antara, di kalangan: ~ mereka yg bertiga belas itu ada yg bergirang-girang; 2. di dalam (bukan di luar lingkungan dsb sesuatu): ~ Wilayah Persekutuan; ~ bidang mata pelajaran tersebut; 3. sambil: ~ kita berharap keadaan akan bertambah baik kita mesti juga beringat-ingat; 4. pd waktu (tertentu): kita berharap keadaan akan bertambah baik ~ tahun hadapan; dia masih ~ pantang lagi; ~ idah masa belum boleh berkahwin lain (bagi perempuan yg baru menjadi janda); ~ negeri (dlm) lingkungan sesebuah negeri itu sahaja; ~ tangan dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; ~ dua tengah tiga prb tidak jujur; kilat di ~ kilau prb tujuan (maksud) yg terkandung dlm percakapan atau tingkah laku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
acap II | 1. penuh dgn air, terendam dlm air (kayu dll), tergenang oleh air (padang, sawah, dll); 2. terbenam dalam-dalam (kaki dlm lumpur, mata keris pd tubuh seseorang, dll); mengacapi menggenangi, merendam (dgn air). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renung II | ; merenung diam memikirkan sesuatu, termenung memikirkan sesuatu: beberapa lama ia tinggal ~ di dlm biliknya; ~ hari depan memikir-mikirkan masa depannya; merenungkan memikirkan dalam-dalam (masak-masak, sungguh-sungguh), memenungkan: ia mengambil masa yg lama utk ~ nasihat-nasihat yg diberikan oleh ibunya; renungan sesuatu yg direnungkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ajuk II | ; mengajuk 1. menduga (dalamnya laut dll): dalam laut boleh diajuk, dalam hati siapa tahu; 2. menguji utk mengetahui isi hati (perasaan, fikiran): dlm mengkaji inilah terkeluar kata-kata ~, duga-menduga; ajukan dugaan, ujian, terkaan; keajukan diketahui dalam (isi hati, perasaan); dalam sudah ~, dangkal sudah keseberangan prb telah diketahui benar isi hatinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simis II | kain dalam wanita (dipakai di bawah skirt, kain kembang, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaung II | lubang yg dalam di antara bukit-bukit atau gunung-gunung. menggaung menggali atau mengorek lubang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
katuk II | ; seluar ~ seluar dalam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaung II | jurang yg dalam;menggaung mengorek (lubang dll), menggali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |