dalaman | 1 isi perut (spt hempedal, hati, paru-paru). 2 berkaitan dgn sesuatu pihak, organisasi itu sendiri: urusan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dalaman | 1. isi perut; 2. yg tersembunyi dan tidak mudah difahami (bkn makna ayat, kata-kata, dsb): kita seharusnya menyelami makna ~ kata-kata yg diucapkannya itu; 3. (yg) berkaitan dgn atau perlu diuruskan dsb oleh sesuatu organisasi itu sendiri; struktur ~ (Lin) (dlm tatabahasa generatif) gambaran yg diandaikan terdapat dlm struktur sesuatu ayat pd peringkat dasarnya (hubungan gramatis atau hubungan logik dijelaskan sebelum struktur ayat tersebut mengalami perubahan kerana peraturan transformasi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dalaman | isi perut (spt hempedal, hati, paru-paru dll). | Kamus Pelajar |
juruhias dalaman | orang yg pekerjaannya mereka bentuk cara menghiasi ruang dalaman sesebuah bangunan (rumah) dgn memilih warna atau perabot yg sesuai dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
juruhias | orang yg pakar (mahir) melakukan kerja membuat hiasan, penghias; ~ dalaman orang yg pekerjaannya mereka bentuk cara menghiasi ruang dalaman sesebuah bangunan (rumah) dgn memilih warna atau perabot yg sesuai dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
psikik | (Psi) 1. yg berkaitan dgn jiwa atau fikiran manusia; 2. berkaitan dgn atau mempunyai kekuatan dalaman yg luar biasa, mis telepati; 3. orang yg mempunyai kekuatan dalaman yg luar biasa: benarkah dia seorang ~? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
psikik | ist 1 berkaitan dgn jiwa atau minda manusia. 2 berkaitan dgn fikiran atau fenomena yg tidak dpt dijelaskan oleh hukum alam, spt mempunyai kekuatan dalaman yg luar biasa atau mempunyai kebolehan meramal sesuatu yg akan berlaku: kuasa ~. 3 orang yg mempunyai kebolehan, spt kekuatan dalaman yg luar biasa atau yg boleh meramal sesuatu yg akan berlaku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jam dalaman | (Komp) peranti atau isyarat denyut yg digunakan utk penyegerakan atau pembilangan dlm sistem komputer; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hiasan dalaman | seni menghias dan melengkapi perabot sesebuah rumah, pejabat, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
struktur dalaman | (Lin) (dlm tatabahasa generatif) gambaran yg diandaikan terdapat dlm struktur sesuatu ayat pd peringkat dasarnya (hubungan gramatis atau hubungan logik dijelaskan sebelum struktur ayat tersebut mengalami perubahan kerana peraturan transformasi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |