dsb | kep dan sebagainya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedegilan | perihal (sifat, sikap, dan sebagainya) berdegil, ketegaran, kekerasan hati: kerana kedegilan mereka¬lah maka mereka menjadi mangsa kemalangan bom itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencerah | bahan yang mencerahkan (kulit dan sebagainya): krim atau losen mencerahkan kulit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pah palih | (berkenaan sifat sesuatu benda, orang dan sebagainya) lebih sangat daripada yang biasa atau melampau; 1)Pah palih besarnya rumah dia! 2) Pah palih nakalnya budak ni!; Pahang. | Kamus DBP versi dalam Talian |
membenih | mulai wujud (timbul) sesuatu perasaan (keadaan dan sebagainya): perasaan cinta sedang membenih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercalit | kotor kerana kena sesuatu seperti lum¬pur dan sebagainya, berpalit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perancangan | perbuatan (tindakan, usaha) merancang sesuatu: ~ ekonomi, perusahaan, kebajikan, dan sebagainya; ~ bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naratif | 1. cerita atau kisah tentang peristiwa, pengalaman, dll: bolehlah dikatakan bahawa sesuatu ~ spt cerpen, cereka dan sebagainya adalah merupakan hasil drpd prestasi linguistik; 2. yg menceritakan (mengisahkan): gaya ~nya juga mirip karangan biasa; puisi ~ puisi (sajak) yg mengisahkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barakah | (berkenaan dengan rezeki, ilmu, amalan dan sebagainya) mendapat reda daripada Allah | Kamus DBP versi dalam Talian |
pascanilai | penilaian terhadap sesuatu kegiatan, program dan sebagainya yang telah dijalankan | Kamus DBP versi dalam Talian |