dangdut | 1. irama lagu pop Melayu (yg melebihkan bunyi gendang); 2. orkes atau kumpulan muzik Melayu; berdangdut berjoget (menari) mengikut rentak dangdut: di kota itu, kamu boleh berdisko atau ~, semuanya ada. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segala | 1. semua (tiada kecuali), sekalian, se-luruh: ~ negeri yg bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan; 2. seluruh, segenap: ~ badannya berlumuran darah; 3. semuanya, serba; ~ salah serba salah; 4. Jk, bk memangnya, sungguh (utk memaki); segalanya termasuk apa sahaja (tidak ter-kecuali), semua sekali, semuanya, segala-galanya: ~ kabur dan dangkal; di kelab dangdut itulah ~ bermula dan berakhir; segala-galanya seluruhnya sekali, sekalian-nya (tiada kecuali): mereka itu menguasai ~; disegalaapakan ark dilakukan dgn sekehendak hati (sewenang-wenangnya); kesegalaan keseluruhan: ~ yg wujud dlm masyarakat Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |