wujud | 1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll yg dapat dilihat; berwujud 1. memang ada (boleh dipandang, dipegang, dll), berupa benda yg nyata; 2. konkrit, maujud, nyata; mewujudkan 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata; terwujud sudah diwujudkan (dilaksanakan): ada suatu waktu ketika alam belum lagi ~; kewujudan perihal wujud (sesuatu), adanya (sesuatu); perwujudan 1. bentuk atau rupa (yg benarbenar dapat dilihat dll); 2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu yg konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll); pewujudan perbuatan atau proses mewujudkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halimun | 1. (Sunda) kabus; 2. = halimunan tidak dapat dilihat; orang halimunan orang bunian; doa (ilmu) halimunan jampi yg menjadikan seseorang tidak dapat dilihat orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampak I | 1. tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan: di sana sini ~ pula pohon kelapa; 2. memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul, timbul (bulan, matahari): lama benar ia tidak ~; pd bulan ~ Id pd satu hari bulan; 3. nyata kelihatan, ketara: ~ kasih sayangnya; ~ duri tak akan mengait = ~ ranggas tak akan meleting prb mengetahui seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut; tampaknya kelihatannya, pd zahirnya, rupanya: meletusnya perang dgn Jepun ~ tidak dapat dielakkan lagi; tampak-tampak 1. = ~ apung tidak dapat dilihat (dgn nyata), sebentar kelihatan sebentar tidak; tidak ~ tidak kelihatan-kelihatan (muncul-muncul); 2. sebentar-sebentar terbayang (dlm ingatan, fikiran, dll); menampak (dapat) melihat, nampak: kalau ia berjalan-jalan dlm kota dan ~ rumah yg besar-besar dan indah-indah, kerap kali ia tegak tercengang; menampakkan menjadikan dapat dilihat, melihatkan, memperlihatkan: kemudian perasaannya agak lega sedikit kerana orang itu tidak ~ tanda terperanjat;tertampak terlihat, kelihatan, ternampak; ketampakan keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek dapat dilihat dlm keadaan cahaya atau cuaca tertentu: istilah ini ditakrifkan sbg kekaburan yg ~nya kurang drpd satu kilometer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenampakan | dapat dilihat, kelihatan, ketahuan: kemarahan ibu telah ~; ® tampak I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melanus | dapat dilihat (benda yg dibungkus atau dibalut). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menampakkan | menjadikan dapat dilihat, melihatkan, memperlihatkan: kemudian perasaannya agak lega sedikit kerana orang itu tidak ~ tanda terperanjat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pegari | sl dapat dilihat, muncul, menjelma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelihatan | boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tercelik | sl dapat dilihat, kelihatan, tampak: sekali digosoknya, tiga empat panau ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampak apung | tidak dapat dilihat (dgn nyata), sebentar kelihatan sebentar tidak; 2. sebentar-sebentar terbayang (dlm ingatan, fikiran, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |