pulau | tanah atau daratan dikelilingi oleh air (di laut, di sungai, dll); belayar di ~ kapuk Id, bp tidur; ~ sudah lenyap, daratan sudah tenggelam gagal sama sekali; ~ harapan (perca) Id Pulau Sumatera; ~ karang (Geog) pulau yg terjadi drpd batu karang (jauh dr daratan), terumbu; belayar menentang (mengadang, menuju) ~ prb sesuatu pekerjaan itu harus ada tujuannya; spt batu di ~ prb amat banyak; berpulau, berpulau-pulau 1. bertompok-tompok (orang, kampung, dll); 2. mempunyai pulau (lautan dll); pulau-memulau saling memulaukan: kejadian ~ juga berlaku dlm masyarakat itu; memulaukan 1. memisahkan drpd yg lain, mengasingkan, menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri daripadanya (sehingga tidak ada perhubungan antaranya dgn orang lain): mereka yg melanggar pantang larang kadangkala dipulaukan oleh keluarga sendiri; orang itu telah dipulaukan drpd masyarakat setempat; 2. enggan menyertai atau berurusan dgn sesuatu, memboikot: hanya Parti Buruh sahaja yg ~ pilihan raya kali ini; terpulau dipulaukan, disingkirkan; kepulauan sekumpulan pulau, gugusan beberapa buah pulau: ~ Melayu; ~ Riau; pemulauan perbuatan memulaukan, pemboikotan, pengasingan: ~ terhadap barang-barang dr Afrika Selatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daratan | kawasan tanah yg luas (lw laut atau pulau): Lautan lebih luas drpd ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
daratan | kawasan tanah yg luas (lwn laut dan pulau): mereka sekarang tercampak ke sebuah pulau yg kecil terpencil jauh dr ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daratan | kawasan tanah yg luas (lw laut atau pulau): Lautan lebih luas drpd ~. | Kamus Pelajar |
lupa daratan | berbuat sesuatu sehingga melampaui batas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susur daratan | bahagian tepi pantai atau dataran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lupa daratan | berbuat sesuatu yg melampaui batas (tidak berkira-kira); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lenyap daratan | hilang akal, lupa akan dirinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persisiran | daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai: kawasan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pulau sudah lenyap, daratan sudah tenggelam | gagal sama sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |