pada I | 1. kata sendi nama yg bererti di: ~ bulan Januari; dlm ~ itu sementara (sambil) itu; 2. kata sendi nama yg bererti terhadap: Bang Uda marah tak ~ Ida? 3. dalam, menurut, mengikut: ~ fikirannya; ~ hatinya; ~ sangkanya; 4. buat, bagi: ~nya dunia ini bukan tempat mencari kesusahan; 5. sl akan, untuk: bab ~ menyatakan; 6. dari, daripada: ~ bercerai mahulah mati; ~ jadi Komunis biarlah dia mati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usahkan | 1. jangankan: wahai nenek, ~ kami berjumpa, mendengar namanya baru ini-lah; 2. bukannya, jangankan, tidak pula: makin lama ~ makin pandai, makin pula bodoh; 3. daripada, dari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usah | 1. mustahak, perlu: tak ~lah bimbang, kami datang hanya menyampaikan perintah menyuruh kakak datang ke balai polis; 2. jangan: ~ menangis, bawalah bertenang; ~ dibimbangkan hal itu; usahkan 1. jangankan: wahai nenek, ~ kami berjumpa, mendengar namanya baru ini-lah; 2. bukannya, jangankan, tidak pula: makin lama ~ makin pandai, makin pula bodoh; 3. daripada, dari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penempatan semula dinamik(dynamic relocation) | Pemindahan keseluruhan atau sebahagian daripada atur cara aktif dari satu kedudukan dalam ingatan ke satu kedudukan lain. Dalam pemindahan ini, semua alamat yang dirujuk oleh atur cara diubahsuai supaya dapat berjalan dengan betul di kedudukan baru itu. | Kamus Komputer |
gambar rajah keadaan terhingga(finite state diagram) | Gambar rajah yang terdiri daripada nod keadaan dan lengkung yang menyambungkan satu nod dengan nod lain. Bermula dari nod mula, pemprosesan berpindah ke salah satu nod terhingga, jika keadaannya wujud. Lebih daripada satu nod boleh ditentukan sebagai nod akhir. | Kamus Komputer |
mesin keadaan terhingga(finite state machine) | Peranti pengkomputeran yang dimodelkan pada struktur yang terdiri daripada nod dan lengkung yang menyambungkan satu nod ke nod lain. Bermula dari nod mula, pemprosesan akan berpindah ke salah satu nod terhingga jika wujud keadaan tertentu, dan jika terdapat lebih daripada satu nod, peranti ini boleh ditentukan sebagai nod akhir. | Kamus Komputer |
modem | Peranti elektronik yang terdiri daripada pemodulat dan penyahmodulat isyarat yang membolehkan data dari sebuah komputer dihantar ke komputer lain melalui talian telefon. | Kamus Komputer |
pencabangan(branching) | 1. Proses atur cara keluar dari aliran pelaksanaannya dan pergi ke kedudukan pelaksanaan yang lain. 2. Pembentukan cabang daripada buku untuk memegang data yang berkaitan dalam struktur data bentuk pepohon. | Kamus Komputer |
kitar ambil(fetch cycle) | Kitar dalam pengendalian unit pemproses utama yang terdiri daripada jujukan tindakan mengambil suruhan atau arahan dari kedudukan ingatan yang dinyatakan oleh alamat dalam pembilang atur cara. | Kamus Komputer |
baldi bit(bit bucket) | Tempat takungan maya yang ditentukan untuk menerima bit lebihan daripada anjakan atau tindakan membuang kata dari daftar atau ingatan. Konsep baldi bit ini diwujudkan untuk menyenangkan pengimbangan data. | Kamus Komputer |