dari-dari | labi-labi, kedari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dedari | dari-dari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedari | sejak dari, bermula dari: hidupnya miskin dan melarat ~ kecil lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suruhan pergerakan data(data movement instruction) | Suruhan mikropemproses yang berkaitan dengan kawalan pergerakan perkataan data dari suatu kedudukan ke kedudukan lain. Ini termasuk pergerakan dari suatu ingatan ke ingatan lain, pergerakan dari suatu daftar ke suatu ingatan, proses menindan, dan pengendalian, iaitu yang mengerakkan data. | Kamus Komputer |
dari | 1 kata sendi nama yg menerangkan tempat bermulanya sesuatu (bergerak, bertolak, berasal dll): Saya berjalan kaki ~ Juaseh ke Kuala Pilah. Pukul berapa awak bertolak ~ rumah? Saya berasal ~ negeri Perak. 2 kata sendi nama yg menerangkan permulaan sesuatu jangka waktu; sejak: Dia pergi ~ pagi hingga ke malam. Mereka belajar ~ pukul lapan hingga pukul sepuluh. sedari mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi, dia sudah belajar berniaga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dari kerana | disebabkan oleh, kerana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dari | 1. kata sendi yg menerangkan tempat bermulanya sesuatu (bergerak, bertolak, berasal dll): Saya berjalan kaki ~ Juaseh ke Kuala Pilah. Pukul berapa awak bertolak ~ rumah? Saya berasal ~ negeri Perak. 2. kata sendi yg menerangkan permulaan sesuatu jangka waktu; sejak: Dia pergi ~ pagi hingga ke malam. Mereka belajar ~ pukul lapan hingga pukul sepuluh. sedari mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi dia sudah belajar berniaga. | Kamus Pelajar |
sampukan luaran(external interrupt) | Sampukan yang datang dari peranti luar atau persisian, bukannya yang dijana dari dalam atur cara. | Kamus Komputer |
alihan(move) | 1. Tindakan memindahkan data dari satu kedudukan ke kedudukan lain. 2. Tindakan memindahkan objek dari satu titik koordinat paparan grafik ke titik koordinat yang lain. | Kamus Komputer |
dari | 1. sendi kata yg menerangkan atau menyatakan tempat mula bergerak (bertolak, muncul, jatuh, dll): saya berlepas ~ Ipoh pagi tadi; ~ mana hendak ke mana?; dia terjun ~ tingkat lima bangunan itu; berbilang ~ esa; 2. sendi kata yg menerangkan atau menyatakan permulaan sesuatu jangka waktu: ~ sekarang kita tidak boleh main-main lagi; ~ kecil lagi; ~ sehari ke sehari; ~ dahulu hingga sekarang; 3. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) titik permulaan sesuatu jarak yg diukur: kampung itu terletak kira-kira dua puluh kilometer ~ bandar; 4. sendi kata yg menerangkan (menyatakan) titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan (pergerakan dll): pasukan itu melancarkan serangan ~ kawasan pergunungan; usaha membina pengetahuan tentang bahasa perlu dimulakan ~ peringkat sekolah rendah lagi; 5. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) tempat asal seseorang (sesuatu barang dll): dia berasal ~ Medan; surat ~ London; dia mengangkat air ~ perigi ke dapur; sedari sejak dari, bermula dari: hidupnya miskin dan melarat ~ kecil lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |