Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.sar] | داسر

Definisi : 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang; 3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen; 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~ kain batik pd umumnya ber­warna perang; corak yg terdiri drpd kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap; 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn se­seorang): dia pantang ditegur memang begitu ~nya; 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu? 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~ sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara; 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; 9. Id memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri; 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan di­jadikan asas utk menggunting pakaian;berdasar 1. ada (memakai, mempunyai) dasar: kain songket itu ~ biru; 2. berasas, ber­sandar: ~ keterangan-keterangan yg diterima, memang orang itu bersalah; 3. ark = berdasarkan; berdasarkan berasaskan, bersandarkan, ber­landaskan: tulisan saya itu ~ berita yg tersiar di sebuah akhbar; tuduhan yg ~ bukti-bukti yg nyata;mendasar bersifat dasar atau asas: ke­perluan-keperluan yg paling ~ bagi zaman­nya; mendasari menjadi dasar atau asas kpd: konflik antara Hang Tuah dgn Hang Jebat yg ~ drama ini adalah cukup dramatik; kita akan dapat melihat ideologi yg ~ pe­nu­lisannya; mendasarkan menggunakan (memakai) sbg dasar: perkahwinan harus didasarkan pd cinta dan kasih sayang;pendasaran proses menjadikan sesuatu dasar: situasi masyarakat yg saintifik dibantu oleh ~ sifat-sifat sandiwara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.sar] | داسر

Definisi : 1 bahagian yg di bawah sekali (bkn laut, sungai, botol, kuali dll): Air sungai itu sangat jernih hingga nampak ~nya. 2 asas; panduan (pendapat, falsafah, aturan dll): ~ kerajaan ialah meninggikan taraf ekonomi rakyat Malaysia. ~ Ekonomi Baru dasar yg membuka jalan ke arah penyelesaian masalah ekonomi yg tidak seimbang. 3 lantai: ~ rumah itu dibuat drpd simen. 4 lapisan yg di bawah sekali (pd gambar dll): latar: ~ gambar itu berwarna biru muda. 5 bp memang begitu (perangainya, sifatnya dsb): ~ hidung belang, di mana pun, dia suka mengganggu perempuan. berdasar 1 mempunyai dasar: Selendang itu ~ warna merah jambu. 2 bersandar; berasas: Aduan-aduan itu ~ pd bukti yg nyata. berdasarkan berdasar pd; berasaskan: Laporan itu ~ kejadian-kejadian yg betul-betul berlaku. mendasarkan memakai sbg dasar: Kekuatan sesebuah negeri itu biasanya didasarkan pd kekuatan tenteranya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dasar


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pohon bahasadasar-dasar bahasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
politik1. = ilmu ~ ilmu (pengetahuan) bkn cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dll), ilmu siasah, ilmu kenegaraan: pentingnya pengetahuan ~ kpd setiap rakyat negara yg mengamalkan pemerintahan demokrasi sudah tidak dapat disangkal lagi; 2. segala sesuatu bkn pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dgn negara lain: dasar luar negeri kita adalah bebas tetapi menentang penjajahan dlm ~ antarabangsa; diayah ~ penyebaran pengetahuan (ajaran) politik; parti ~ pertubuhan yg bergiat dlm bidang politik; tokoh ~ ahli politik yg terkemuka (terkenal); 3. kelicikan, muslihat, tipu muslihat; ~ parti kegiatan politik yg dijalankan utk, melalui atau oleh parti: beliau telah diberi peluang berkecimpung dlm kegiatan ~ parti walaupun pengalamannya masih cetek; ~ wang kegiatan menyogokkan atau memberi­kan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang atau individu tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya utk pemilihan sesua­tu jawatan penting dlm parti dsb; berpolitik mengambil bahagian dlm politik, menjalankan (mengamalkan) politik: keadilan ~ adalah subjektif; mempolitikkan memasukkan ke dlm urusan politik, menjadikan sbg urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan ada kaitannya dgn politik: Menteri Pendidikan telah menjelaskan bahawa banyak pihak telah ~ isu-isu tersebut tanpa memahami perkara yg sebenar yg akan dijalankan oleh kerajaan; kepolitikan perihal politik; pempolitikan perbuatan mempolitikkan sesuatu perkara (isu).Kamus Dewan Edisi Keempat
interpelasiIB soalan mengenai dasar-dasar kerajaan dlm parlimen oleh ahli-ahli parlimen kpd kerajaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
program1. rancangan yg menentukan dasar­dasar yg akan dijalankan (dlm pembangunan negara, perekonomian dll); 2. acara pertandingan (pertunjukan dll): tiket-tiket sedang dicetak dan ~nya sedang disusun; 3. susunan rancangan spt drama, muzik, filem dsb yg ditonton di TV atau didengar di radio; 4. arahan berupa kod yg dimasukkan ke dlm sistem komputer utk membolehkannya mem­proses atau mengendalikan data secara ter­tentu, atur cara; memprogramkan 1. mengatur (menyusun) program atau rancangan, merancang; 2. me­masukkan program ke dlm komputer: ~ komputer; terprogram telah diprogramkan: sistem ~ yg sangat efisien; pemprograman 1. proses mengatur sesuatu (rancangan, program dsb), perencanaan: ~ semula atom-atom boleh menghasilkan sesuatu yg lebih kecil; 2. pengaturcaraan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ilmu politikilmu (pengetahuan) bkn cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dll), ilmu siasah, ilmu kenegaraan: pentingnya pengetahuan ~ kpd setiap rakyat negara yg mengamalkan pemerintahan demokrasi sudah tidak dapat disangkal lagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
dewan Rakyatmajlis tertinggi yg membuat undang-undang (menentukan dasar-dasar kerajaan serta mengawasi pelaksanaannya).Kamus Pelajar Edisi Kedua
USDEK(usdék) Id akronim bagi Undang-Undang Dasar 45, Sosialisme ala Indonesia, Demokrasi terpimpin, Ekonomi terpimpin, Keperibadian Indonesia (dasar-dasar politik bekas Presiden Soekarno).Kamus Dewan Edisi Keempat
berkempenmelancarkan (menjalankan) kem­pen: pegawai penerangan parti itu sedang giat ~ membidas dasar-dasar ekonomi parti yg memerintah.Kamus Dewan Edisi Keempat
penggubahanperbuatan (usaha dsb) menggubah: kita harus meninjau sejarah perkembangan sains moden serta dasar-dasar ~ falsafahnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menggubalmembuat, menyusun, mencipta (undang-undang, perlembagaan, dll), membentuk dan mengatur (menyusun): jawatankuasa itu telah ~ satu perlembagaan yg baru; terpulanglah kpd kerajaan kelak utk ~ dasar-dasar utk menggalakkan bumiputera dlm perniagaan dan perdagangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas