awan kumulus | tompokan awan yg dasarnya rata dan struktur atas yg berkepul-kepul dan berwarna putih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kumulus | ; awan ~ tompokan awan yg dasarnya rata dan struktur atas yg berkepul-kepul dan berwarna putih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dasar mudasir | bp, Id memang sudah dasarnya begitu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mudasir | ; dasar ~ bp, Id memang sudah dasarnya begitu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
program | 1. rancangan yg menentukan dasardasar yg akan dijalankan (dlm pembangunan negara, perekonomian dll); 2. acara pertandingan (pertunjukan dll): tiket-tiket sedang dicetak dan ~nya sedang disusun; 3. susunan rancangan spt drama, muzik, filem dsb yg ditonton di TV atau didengar di radio; 4. arahan berupa kod yg dimasukkan ke dlm sistem komputer utk membolehkannya memproses atau mengendalikan data secara tertentu, atur cara; memprogramkan 1. mengatur (menyusun) program atau rancangan, merancang; 2. memasukkan program ke dlm komputer: ~ komputer; terprogram telah diprogramkan: sistem ~ yg sangat efisien; pemprograman 1. proses mengatur sesuatu (rancangan, program dsb), perencanaan: ~ semula atom-atom boleh menghasilkan sesuatu yg lebih kecil; 2. pengaturcaraan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pokok | 1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pd ~nya; 2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga; 3. ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu (induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam; 4. wang pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal; ~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting, asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pendapat); ~ hujan mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg hidupnya memanjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita, perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~ penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat, ibu (induk) tentera; sepokok satu pokok, sama pokoknya, sama dgn harga beli (modal); berpokok 1. ditumbuhi pokok, terdapat atau ada pokok: sebidang tanah lapang yg langsung tidak ~; 2. berasal (drpd), bermula (dr); 3. berasas (pd), berdasar (pd); ~ pangkal pd berpunca drpd, mempunyai sesuatu sbg asasnya; 4. berlantaran, bersebab; 5. bermodal; memokoki memodali, memberi modal; memokokkan memusatkan (pd), menumpukan (pd); terpokok 1. terpenting sekali, terutama sekali; 2. mempunyai harga spt yg ditetapkan, berharga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pohon I | 1. tumbuhan yg berbatang besar serta keras, pokok: ~ beringin; ~ kenanga; ~ sena; 2. ki asal mula, pangkal, pokok; ~ segala kejahatan asal usul segala kejahatan; ~ angin awan (mendung) yg bergumpal-gumpal di kaki langit menandakan angin ribut akan turun; ~ bahasa dasar-dasar bahasa; ~ buah (buah-buahan) pokok yg mengeluarkan buah-buahan; ~ kayu batang kayu, pokok kayu; ~ mata sudut mata sebelah dalam yg hampir dgn hidung; ~ telinga pangkal telinga; ada angin ada ~nya = hujan berpohon, panas berasal prb segala perkara itu ada sebab-sebabnya (asal mulanya); bagaimana ~ tiada akan tumbang dipanah halilintar, sebab baluhan kulit ada di batangnya prb orang yg bersahabat dgn orang jahat (walaupun ia drpd orang besar) akhirnya rosak juga; spt ~ beringin ditiup angin prb menentang kekerasan orang tanpa berlemah-lembut; pohonan ki berbagai-bagai pohon (terutamanya digunakan dlm karya sastera); pohon-pohonan, pepohonan Jk sekumpulan pohon yg berbagai-bagai jenis, pohon kayu-kayuan; pepohon pohon-pohon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ironi | keadaan atau kejadian yg menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yg dijangkakan dgn yg menjadi hakikatnya: ~nya jika “Dasar Belia Nasional” ini mahu diterima, maka dgn sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketuhanan | 1. sifat keadaan Tuhan: Maha Suci bagi Allah yg tinggi ~-Nya dan tiada sekutu bagi-Nya; menunjukkan ~-Nya menunjukkan sifat-sifat keadaan-Nya sbg Tuhan; 2. perihal Tuhan; ilmu ~ ilmu mengenai Tuhan dan agama; 3. kepercayaan (kebaktian) kpd Tuhan, dasar percaya kpd Tuhan yg Maha Esa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alasan | sebab-sebab yg menjadi pendorong utk membuat sesuatu; keterangan atau bukti yg dijadikan dasar: Apa ~nya maka ia tidak mahu menghadiri majlis itu? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |