datang-datang | 1 setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2 kerap (sering) datang: Apabila ada masa lapang, ~lah ke rumah saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semenjak | mulai dari, sejak: ia tidak pernah datang-datang lagi ~ lamarannya dahulu ditolak; sejak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lamaran | 1. perihal melamar, peminangan: semenjak ~nya dahulu ditolak, ia tidak datang-datang lagi ke mari; 2. permohonan (utk bekerja dll), permintaan: masakan baginda tidak menerima ~ kita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memanggil | 1 menyuruh datang atau kembali dgn meneriakkan namanya: Ibunya ~, “Ali, pulang”. 2 menyilakan datang; menjemput datang; meminta datang: Dia pergi ~ doktor. 3 memberikan gelaran atau julukan; menyebut: Orang ~nya “Ali Pendek”. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
panggil | ; memanggil 1 menyuruh datang atau kembali dgn meneriakkan namanya: Ibunya ~, “Ali, pulang”. 2 menyilakan datang; menjemput datang; meminta datang: Dia pergi ~ doktor. 3 memberikan gelaran atau julukan; menyebut: Orang ~nya “Ali Pendek”. memanggilkan 1 memanggil utk: Dia ~ ibunya sebuah teksi. 2 menyebut atau menggelar dgn: Dia marah kalau kita tidak ~ tuan kpdnya. panggilan 1 bunyi orang berteriak; suara orang memanggil: Kami terdiam sebentar kerana mendengar ~ meminta tolong. 2 gelar yg diberikan kpd seseorang; gelaran: Nama sebenarnya Osman, tetapi ~nya Man saja. 3 yg dipanggil: orang ~. ~ kejut panggilan telefon yg bertujuan utk menyedarkan atau utk mengejutkan tetamu yg menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas permintaan tetamu. ~ nasional panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran terperinci. ~ tempatan panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg dlm lingkungan 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya butiran terperinci tidak akan dicetak pd bil telefon, cuma terdapat jumlah unit keseluruhan yg digunakan, kadar bayaran per unit dan caj yg dikenakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meringani | Mn; ~ datang dgn suka hati datang, sudi datang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meringani datang | dgn suka hati datang, sudi datang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pula | 1 agaknya; gerangan: Siapa ~ yg datang malam-malam begini? 2 berulang lagi; sekali lagi: Pagi tadi sudah datang, sekarang datang ~. 3 juga: Ada ~ orang yg menyokongnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyerbu | 1 masuk atau datang melanggar; pergi atau datang menyerang: Ceritakan bagaimana keberanian askar-askar Raja Haji ~ pasukan tentera Belanda di Teluk Ketapang. 2 datang (pergi) beramai-ramai utk mendapatkan sesuatu atau utk mengerumuni seseorang: Penduduk yg kelaparan itu ~ makanan yg disediakan. Artis kesukaan ramai itu diserbu peminat. 3 datang kpd atau masuk ke sesuatu tempat beramai-ramai; masuk atau pergi beramai-ramai dgn meluru: Mereka ~ ke padang bola sambil bersorak-sorak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serbu | ; menyerbu 1 masuk atau datang melanggar; pergi atau datang menyerang: Ceritakan bagaimana keberanian askar-askar Raja Haji ~ pasukan tentera Belanda di Teluk Ketapang. 2 datang (pergi) beramai-ramai utk mendapatkan sesuatu atau utk mengerumuni seseorang: Penduduk yg kelaparan itu ~ makanan yg disediakan. Artis kesukaan ramai itu diserbu peminat. 3 datang kpd atau masuk ke sesuatu tempat beramai-ramai; masuk atau pergi beramai-ramai dgn meluru: Mereka ~ ke padang bola sambil bersorak-sorak. menyerbukan menggerakkan dll supaya menyerbu; melurukan: Ketiga-tiga hulubalang itu telah ~ pasukan masing-masing ke dlm barisan pertahanan Belanda. serbuan serangan secara menyerbu; hasil menyerbu: ~ musuh itu telah dpt dipatahkan. ~ perangkap serbuan yg dilakukan setelah memerangkap terlebih dahulu. penyerbuan perbuatan atau hal menyerbu. penyerbu orang yg menyerbu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |