datang(melihat, membawa, mendapat) bulan | mendapat kain kotor, datang kotor, haid; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
darah haid | darah yg turun (keluar) tiap-tiap bulan dr rahim perempuan yg sudah baligh. 2 turun (keluar) darah haid; mendapat kain kotor; datang bulan (bagi orang perempuan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
haid | 1 = darah ~ darah yg turun (keluar) tiap-tiap bulan dr rahim perempuan yg sudah baligh. 2 turun (keluar) darah haid; mendapat kain kotor; datang bulan (bagi orang perempuan). putus ~ (sudah) tidak datang bulan atau tidak ada haid lagi (biasanya bermula ketika berumur antara 45 dgn 50 tahun). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bulan I | 1. satelit semula jadi bumi yg bergerak mengelilingi bumi sekali dlm 28 hari, dan bersinar pd waktu malam oleh cahaya yg dibalikkan dr matahari: ~ bercahaya pd malam hari; kapal angkasa Rusia sudah berhasil mendarat di ~; 2. masa antara mula nampak bulan sehingga hilang balik (29 atau 30 hari): ~ Muharam ialah ~ pertama tahun Islam; 3. masa yg lamanya tahun Masihi (pd 12 bulan dlm setahun): saya akan ke Singapura dlm ~ Ogos; ~ adik maulud Rabiulakhir; ~ apit = ~ berapit = ~ terapit Zulkaedah; ~ arwah Syaaban; ~ bahasa bulan (yg tertentu atau yg ditetapkan) yg pd sepanjang tempohnya berbagai-bagai kegiatan kebahasaan dijalankan; ~ bintang gambar bulan dan bintang sbg lambang beberapa negara Islam (biasanya lambang ini terdapat pd bendera); ~ datang = ~ muka bulan selepas bulan ini; ~ gerhana (kapangan, dimakan Rahu) tidak tampak bulan kerana berada dlm bayangan bumi; ~ haji Zulhijah; ~ kenduri apam Rejab; ~ madu masa pengantin baru menikmati perkahwinannya dgn berpergian ke tempat lain; ~ mati bulan gelap; ~ maulud Rabiulawal; ~ muda bulan (yg tampak) antara 1 hingga 10hb; ~ nahas Safar; ~ purnama bulan penuh (14 hingga 15hb); ~ puasa Ramadan; ~ raya Syawal; ~ sabit bulan yg nampak spt sabit; B~ Sabit Merah pertubuhan sukarela antarabangsa di negaranegara Islam (yg berlambangkan bulan sabit berwarna merah) yg sama fungsinya dgn Palang Merah; ~ sura (api, Hasan-Hussain, takut, penceraian tahun) Muharam; ~ susut (tua, surut) bulan yg nampak bertambah kecil (sesudah 20hb); ~ timbul bulan terbit; datang (melihat, membawa, mendapat) ~ mendapat kain kotor, datang kotor, haid; ~ dipagar bintang prb sudah patut benar, sangat cocok; bagai ~ empat belas prb peri keelokan muka perempuan; (bagai) ~ kesiangan prb pucat (tidak jernih, terang); jirus bagai ~ akan habis prb makin lama makin kurang (modal dll); spt ~ dgn matahari prb sudah sepadan (sejodoh dll); spt ~ dimakan Rahu prb menyatakan betapa asyiknya seorang laki-laki memeluk kekasihnya; (spt) kejatuhan ~ prb menyatakan keuntungan yg besar; siang bagai hari, terang bagai ~ prb sudah terang sekali (kesalahan dll); bulan-bulan, bulan-bulanan 1. benda (gambar dll) yg spt bulan; 2. sasaran (utk menembak dll); berbulan 1. mempunyai bulan; 2. hingga sebulan (lamanya): pekerjaan ini dilakukan hingga ~; 3. = bulanan: gaji pekerja dihitung ~, dan bukan berminggu;berbulan-bulan hingga beberapa bulan (lamanya): telah ~ hal itu berlaku;membulan merupakan bulan, tampak spt bulan;bulanan (berlaku atau diadakan) setiap bulan: gaji ~; penyata ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kotor | 1. tidak bersih, tidak jernih, cemar: mencuci pakaian ~; longkang yg ~ airnya; (mendapat) kain ~ datang haid; ~ bolor sangat kotor; 2. ki lucah (bkn perkataan), keji, tidak baik (bkn perkataan, perbuatan), tidak senonoh: alangkah ~nya kata-kata yg dikeluarkannya; ~ mulut = mulut ~ mulut lucah (suka bercakap perkara-perkara yg tidak senonoh); ~ namanya cemar namanya; penyakit ~ penyakit perempuan, sifilis; perbuatan ~ perbuatan jahat (tidak baik); 3. Id kasar, tidak bersih, bruto: pendapatan (keuntungan dll) ~; ~ dicuci, berabu dicentik (dijentik) prb segala yg tidak baik hendaklah dilupakan; mengotori menyebabkan kotor pd: bekas kasut yg ~ lantai; mengotorkan 1. menyebabkan menjadi kotor (tidak bersih), membuat menjadi kotor: dia dimarahi kerana ~ rumah; 2. mencemarkan (nama baik), menodai, memburukkan: dunia sebenarnya suci tetapi manusia yg mengisi seluruhnyalah yg ~nya; engkau bukan mendatangkan nama baik tetapi ~ nama baik keluargamu; terkotori telah dikotori: tubuh tidak ~ oleh nafsu syahwat badani; kotoran barang apa yg kotor (spt najis, sampah, dll), benda kotor, sesuatu (spt tanda dsb) yg kotor yg melekat pd pakaian dll: air yg mengandungi habuk dan ~ hendaklah dimasak; apa-apa ~ yg ada pd luka itu hendaklah dibersihkan dahulu; kekotoran perihal kotor (tidak bersih), keburukan, kecemaran, kekejian: ~ udara boleh menyebabkan penyakit; buku tersebut mengandungi peristiwa-peristiwa yg menggambarkan ~ moral; pengotoran perihal mengotori atau mengotorkan; pengotor (orang yg) tidak menghiraukan kebersihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haid | 1. = darah ~ darah yg turun (keluar) tiap-tiap bulan dr rahim perempuan yg sudah baligh. 2. turun (keluar) darah haid; mendapat kain kotor; datang bulan (bagi orang perempuan). putus ~ (sudah) tidak datang bulan atau tidak ada haid lagi (ketika berumur antara 45 dgn 50 tahun). | Kamus Pelajar |
(mendapat) kain kotor | datang haid; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haid | 1. = darah ~ darah kotor yg turun setiap bulan (biasanya berselang 28 hari) drpd rahim perempuan yg sudah baligh; 2. turun darah haid, datang bulan, mendapat kain kotor; mati ~ Id = putus ~ sudah tidak datang bulan lagi (bkn perempuan yg dlm lingkungan umur 50 tahun ke atas). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
(mendapat) kain kotor (cemar) | datang haid; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerumun | ; berkerumun berkumpul atau berhimpun beramai-ramai atau banyak-banyak (berhampiran atau di sekeliling seseorang atau sesuatu), berkerubung: anak-anak muda datang ~ spt semut mendatangi gula; lalat yg ~ di tempat yg kotor; mengerumuni datang beramai-ramai (banyak-banyak) mengelilingi seseorang atau sesuatu, mengerubungi: setibanya di rumah, dia dikerumuni anak-anaknya; semut ~ gula; mengerumunkan = memperkerumunkan ark mengerumuni: maka dikerumunkanlah oleh perahu-perahu Siak itu; kerumunan kumpulan orang yg berkerumun: dlm beberapa saat itu, aku hilang dlm ~ mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |