Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang-datang 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
datang1 sampai (tiba) di sesuatu tempat: Ia ~ ke rumah saya pd pukul empat petang. 2 berasal (dr): Dia ~ dr Sabah. 3 akan tiba; kemudian: Emaknya hendak pergi ke Mekah pd tahun yg akan ~. 4 bergerak menghampiri (menemui) seseorang atau sesuatu tempat: Setibanya di situ, dia terus ~ ke tempat kami. 5 muncul; timbul: Setelah lama berfikir, ~ satu ilham di kepalanya. 6 diwahyukan (diturunkan): Syariat Allah yg ~ sebelum Islam, diturunkan utk kaum, masa dan keadaan tertentu. ~ akal mendapat akal atau ilham. ~ bulan (haid) turun atau keluar darah haid (bagi perempuan). ~ hati sampai hati; tergamak. datang-datang 1 setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2 kerap (sering) datang: Apabila ada masa lapang, ~lah ke rumah saya. berdatang; ~ sembah berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah. mendatang 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. mendatangi 1 menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2 datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb): Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3 menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. mendatangkan 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. kedatangan 1 perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2 ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. pendatang orang yg mendatang (tidak asli): ~ haram (tanpa izin) orang asing yg memasuki sesebuah negara tanpa kebenaran drpd (pihak) kerajaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
datang1. sampai, tiba (di sesuatu tempat): setelah ~ di balai, maka surat itu pun disuruh baca; hari telah jauh malam, tetapi Ali tidak ~ juga; 2. bergerak menghampiri seseorang atau sesuatu tempat: dia melambai-lam­baikan tangan dan terus ~ ke tempat kami sedang duduk; 3. pergi (berjalan, bergerak, dsb) sehingga sampai di sesuatu tempat (atau utk menemui seseorang dsb): saya akan men­cuba ~ dua kali seminggu; 4. berasal (dr): dia ~ dr Kedah; 5. hingga, sampai (bkn jangka masa dsb): adapun tempat Merah Silu beroleh gelang-gelang itu, Padang Gelang-Gelanglah namanya ~ sekarang; 6. muncul, timbul: tiba-tiba ~ suatu fikiran di kepalanya; ~ seleranya hendak makan; 7. ark = (yg) akan ~ yg akan tiba, hadapan, kemudian (bkn jangka masa dsb); masa ~ kelak, kemudian, kemudian nanti; minggu ~ minggu hadapan; ~ akal datang (mendapat) ilham; ~ bulan = ~ haid turun atau keluar darah haid (pd pe­rempuan); ~ hati sampai hati, tergamak; ~ nampak (tampak) muka, pergi nampak (tampak) belakang (punggung) prb datang dgn baik pergi pun hendaklah dgn baik juga; ~ spt ribut, pergi spt semut prb sesuatu penyakit itu cepat datangnya tetapi lambat perginya; ~ tak berjemput, pulang tak berhantar prb tetamu yg tidak penting; datang-datang 1. setibanya, baru atau se­baik-baik sahaja datang: ~ dia ke mari hendak makan; 2. selalu (kerap) datang: ~ lah ke rumah apabila senang; berdatang; ~ sembah sl berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: maka si penyadap pun masuklah mengadap Betara, maka ia ~ sembah, menuntut jan­jinya; berdatangan datang beramai-ramai, datang dr berbagai-bagai tempat; mendatang 1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2. (yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bu­kan sahaja oleh ciri-ciri yg didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli); 3. ark terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang: kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan penge­luaran senjata; pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; mendatangi 1. datang ke, mengunjungi, melawati, menziarahi: sejak pukul sebelas sampailah petang tidak putus-putus rumah Bidin didatangi kawan-kawannya; rakyat negeri ini dibenarkan ~ negara-negara asing; 2. datang utk menyerang (memeriksa, menangkap, dll): Sultan Zainal Abidin sudah didatangi oleh orang Pasai pula; polis telah ~ rumah beliau malam tadi; 3. menimpa (bkn bala, penyakit, dsb); didatangi penyakit ditimpa (kena) penyakit; 4. Id ark menjadikan kata terbitan (dgn memberi awalan atau akhiran); datang-mendatangi saling berkunjung, zia­rah-menziarahi, lawat-melawati; kedatangan 1. perihal datang (mendatang), tibanya, sampainya: ~ orang-orang Minang­kabau itu disambut dgn mesra; 2. diserang (musuh dsb), ditimpa (kemalangan dll), didatangi: ~ gerombolan penjahat; ~ musuh; ~ bencana; ~ bulan datang bulan (haid); pendatangan perihal (perbuatan dsb) menda­tangi atau mendatangkan; pendatang 1. orang mendatang, orang asing yg datang ke, atau memasuki sesebuah negeri lain; ~ haram bk pendatang tanpa izin; ~ tanpa izin orang asing yg memasuki sesebuah negara lain dgn tidak mendapat kebenaran drpd kerajaan negara tersebut; 2. tiang atau penyokong utk menguatkan (meneguhkan); 3. perasaan yg timbul dlm hati (terlebih dahulu), gerak, firasat.Kamus Dewan Edisi Keempat
datang-datang1 setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2 kerap (sering) datang: Apabila ada masa lapang, ~lah ke rumah saya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
datang-datang1. setibanya, baru atau se­baik-baik sahaja datang: ~ dia ke mari hendak makan; 2. selalu (kerap) datang: ~ lah ke rumah apabila senang;Kamus Dewan Edisi Keempat
datang-datang1. setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2. kerap (sering) datang:Apabila ada masa lapang, ~ lah ke rumah saya.Kamus Pelajar
memanggil1 menyuruh datang atau kembali dgn meneriakkan namanya: Ibunya ~, “Ali, pulang”. 2 menyilakan datang; menjemput datang; meminta datang: Dia pergi ~ doktor. 3 memberikan gelaran atau julukan; menyebut: Orang ~nya “Ali Pendek”.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mendatang1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2. (yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bu­kan sahaja oleh ciri-ciri yg didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli); 3. ark terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang: kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan penge­luaran senjata; pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki;Kamus Dewan Edisi Keempat
memanggil1 menyuruh datang atau kembali dgn meneriakkan namanya: Ibunya ~, “Ali, pulang”. 2menyilakan datang; menjemput datang; meminta datang: Dia pergi ~ doktor. 3 memberikan gelaran atau julukan; menyebut: Orang ~nya Ali Pendek.Kamus Pelajar
panggil; memanggil 1 menyuruh datang atau kembali dgn meneriakkan namanya: Ibunya ~, “Ali, pulang”. 2 menyilakan datang; menjemput datang; meminta datang: Dia pergi ~ doktor. 3 memberikan gelaran atau julukan; menyebut: Orang ~nya “Ali Pendek”. memanggilkan 1 memanggil utk: Dia ~ ibunya sebuah teksi. 2 menyebut atau menggelar dgn: Dia marah kalau kita tidak ~ tuan kpdnya. panggilan 1 bunyi orang berteriak; suara orang memanggil: Kami terdiam sebentar kerana mendengar ~ meminta tolong. 2 gelar yg diberikan kpd seseorang; gelaran: Nama sebenarnya Osman, tetapi ~nya Man saja. 3 yg dipanggil: orang ~. ~ kejut panggilan telefon yg bertujuan utk menyedarkan atau utk mengejutkan tetamu yg menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas permintaan tetamu. ~ nasional panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran terperinci. ~ tempatan panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg dlm lingkungan 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya butiran terperinci tidak akan dicetak pd bil telefon, cuma terdapat jumlah unit keseluruhan yg digunakan, kadar bayaran per unit dan caj yg dikenakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyerbu1. (datang, pergi) melanggar (menyerang): tentera Jepun sudah mulai ~ Siam; 2. masuk (datang, pergi) beramai-ramai dgn meluru: selesai sahaja imam memberi salam, anak-anak ~ keluar; 3. merempuh, meluru: seorang laki-laki yg besar badannya ~ ke dlm kamar kerjanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas