Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tang.men.da.ta.ngi] | داتڠ-منداتڠي

Definisi : saling berkunjung, zia­rah-menziarahi, lawat-melawati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang-mendatangi


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
datang-mendatangisaling berkunjung, zia­rah-menziarahi, lawat-melawati;Kamus Dewan Edisi Keempat
datang1. sampai, tiba (di sesuatu tempat): setelah ~ di balai, maka surat itu pun disuruh baca; hari telah jauh malam, tetapi Ali tidak ~ juga; 2. bergerak menghampiri seseorang atau sesuatu tempat: dia melambai-lam­baikan tangan dan terus ~ ke tempat kami sedang duduk; 3. pergi (berjalan, bergerak, dsb) sehingga sampai di sesuatu tempat (atau utk menemui seseorang dsb): saya akan men­cuba ~ dua kali seminggu; 4. berasal (dr): dia ~ dr Kedah; 5. hingga, sampai (bkn jangka masa dsb): adapun tempat Merah Silu beroleh gelang-gelang itu, Padang Gelang-Gelanglah namanya ~ sekarang; 6. muncul, timbul: tiba-tiba ~ suatu fikiran di kepalanya; ~ seleranya hendak makan; 7. ark = (yg) akan ~ yg akan tiba, hadapan, kemudian (bkn jangka masa dsb); masa ~ kelak, kemudian, kemudian nanti; minggu ~ minggu hadapan; ~ akal datang (mendapat) ilham; ~ bulan = ~ haid turun atau keluar darah haid (pd pe­rempuan); ~ hati sampai hati, tergamak; ~ nampak (tampak) muka, pergi nampak (tampak) belakang (punggung) prb datang dgn baik pergi pun hendaklah dgn baik juga; ~ spt ribut, pergi spt semut prb sesuatu penyakit itu cepat datangnya tetapi lambat perginya; ~ tak berjemput, pulang tak berhantar prb tetamu yg tidak penting; datang-datang 1. setibanya, baru atau se­baik-baik sahaja datang: ~ dia ke mari hendak makan; 2. selalu (kerap) datang: ~ lah ke rumah apabila senang; berdatang; ~ sembah sl berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: maka si penyadap pun masuklah mengadap Betara, maka ia ~ sembah, menuntut jan­jinya; berdatangan datang beramai-ramai, datang dr berbagai-bagai tempat; mendatang 1. datang (timbul, berlaku, dll) dgn tiba-tiba: siapakah dapat menduga kalau hari esoknya hujan ~; jika ada aral ~; 2. (yg) datang dr tempat lain (tidak asli): penyesuaian sosioekonomi dicorakkan bu­kan sahaja oleh ciri-ciri yg didatangkan atau ~, tetapi oleh ciri-ciri yg sudah sedia ada; orang ~ orang yg datang atau berasal dr negeri lain (bukan bumiputera atau penduduk asli); 3. ark terbitan; kata-kata ~ kata-kata terbitan; 4. akan datang: kalaulah perjanjian pd masa ~ dapat mengurangkan penge­luaran senjata; pucuk dicita ulam ~ prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; mendatangi 1. datang ke, mengunjungi, melawati, menziarahi: sejak pukul sebelas sampailah petang tidak putus-putus rumah Bidin didatangi kawan-kawannya; rakyat negeri ini dibenarkan ~ negara-negara asing; 2. datang utk menyerang (memeriksa, menangkap, dll): Sultan Zainal Abidin sudah didatangi oleh orang Pasai pula; polis telah ~ rumah beliau malam tadi; 3. menimpa (bkn bala, penyakit, dsb); didatangi penyakit ditimpa (kena) penyakit; 4. Id ark menjadikan kata terbitan (dgn memberi awalan atau akhiran); datang-mendatangi saling berkunjung, zia­rah-menziarahi, lawat-melawati; kedatangan 1. perihal datang (mendatang), tibanya, sampainya: ~ orang-orang Minang­kabau itu disambut dgn mesra; 2. diserang (musuh dsb), ditimpa (kemalangan dll), didatangi: ~ gerombolan penjahat; ~ musuh; ~ bencana; ~ bulan datang bulan (haid); pendatangan perihal (perbuatan dsb) menda­tangi atau mendatangkan; pendatang 1. orang mendatang, orang asing yg datang ke, atau memasuki sesebuah negeri lain; ~ haram bk pendatang tanpa izin; ~ tanpa izin orang asing yg memasuki sesebuah negara lain dgn tidak mendapat kebenaran drpd kerajaan negara tersebut; 2. tiang atau penyokong utk menguatkan (meneguhkan); 3. perasaan yg timbul dlm hati (terlebih dahulu), gerak, firasat.Kamus Dewan Edisi Keempat
mendatangi1. datang ke, mengunjungi, melawati, menziarahi: sejak pukul sebelas sampailah petang tidak putus-putus rumah Bidin didatangi kawan-kawannya; rakyat negeri ini dibenarkan ~ negara-negara asing; 2. datang utk menyerang (memeriksa, menangkap, dll): Sultan Zainal Abidin sudah didatangi oleh orang Pasai pula; polis telah ~ rumah beliau malam tadi; 3. menimpa (bkn bala, penyakit, dsb); didatangi penyakit ditimpa (kena) penyakit; 4. Id ark menjadikan kata terbitan (dgn memberi awalan atau akhiran);Kamus Dewan Edisi Keempat
membanjiri1. menggenangi, mengempohi (sawah dll): dlm musim hujan, beberapa bahagian kota dibanjiri air; 2. mendatangi spt banjir, datang banyak-banyak: pd pertengahan tahun 1943, negeri Brunei dibanjiri oleh kuli-kuli dr Jawa;Kamus Dewan Edisi Keempat
datang1 sampai (tiba) di sesuatu tempat: Ia ~ ke rumah saya pd pukul empat petang. 2 berasal (dr): Dia ~ dr Sabah. 3 akan tiba; kemudian: Emaknya hendak pergi ke Mekah pd tahun yg akan ~. 4 bergerak menghampiri (menemui) seseorang atau sesuatu tempat: Setibanya di situ, dia terus ~ ke tempat kami. 5 muncul; timbul: Setelah lama berfikir, ~ satu ilham di kepalanya. 6 diwahyukan (diturunkan): Syariat Allah yg ~ sebelum Islam, diturunkan utk kaum, masa dan keadaan tertentu. ~ akal mendapat akal atau ilham. ~ bulan (haid) turun atau keluar darah haid (bagi perempuan). ~ hati sampai hati; tergamak. datang-datang 1 setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2 kerap (sering) datang: Apabila ada masa lapang, ~lah ke rumah saya. berdatang; ~ sembah berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah. mendatang 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. mendatangi 1 menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2 datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb): Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3 menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. mendatangkan 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. kedatangan 1 perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2 ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. pendatang orang yg mendatang (tidak asli): ~ haram (tanpa izin) orang asing yg memasuki sesebuah negara tanpa kebenaran drpd (pihak) kerajaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kerumun; berkerumun berkumpul atau ber­himpun beramai-ramai atau banyak-banyak (berhampiran atau di sekeliling seseorang atau sesuatu), berkerubung: anak-anak muda datang ~ spt semut mendatangi gula; lalat yg ~ di tempat yg kotor; mengerumuni datang beramai-ramai (ba­nyak-banyak) mengelilingi seseorang atau se­suatu, mengerubungi: setibanya di rumah, dia dikerumuni anak-anaknya; semut ~ gula; mengerumunkan = memperkerumunkan ark mengerumuni: maka dikerumunkanlah oleh perahu-perahu Siak itu; kerumunan kumpulan orang yg berkeru­mun: dlm beberapa saat itu, aku hilang dlm ~ mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkerumunberkumpul atau ber­himpun beramai-ramai atau banyak-banyak (berhampiran atau di sekeliling seseorang atau sesuatu), berkerubung: anak-anak muda datang ~ spt semut mendatangi gula; lalat yg ~ di tempat yg kotor;Kamus Dewan Edisi Keempat
datang1. sampai (tiba) di sesuatu tempat: Ia ~ ke rumah saya pd pukul empat petang. 2. berasal (dr): Dia ~ dr Sabah. 3. akan tiba; kemudian: Emaknya hendak pergi ke Mekah pd tahun yg akan ~. 4. bergerak menghampiri (menemui) seseorang atau sesuatu tempat: Setibanya di situ, dia terus ~ ke tempat kami. 5. muncul; timbul: Setelah lama berfikir; ~ satu ilham di kepalanya. 6. diwahyukan (diturunkan): Syariat Allah yg ~ sebelum Islam, diturunkan utk kaum, masa dan keadaan tertentu. ~ akal mendapat akal atau ilham. ~ bulan (haid) turun atau keluar darah haid (bagi perempuan). ~ hati sampai hati; tergamak. datang-datang 1.setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2. kerap (sering) datang:Apabila ada masa lapang, ~ lah ke rumah saya. berdatang; ~ sembah berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah. mendatang 1. timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd masa itu, satu fikiran yg baik ~. 2. datang dr tempat lain:kaum yg ~. mendatangi 1. pergi menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2. datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb):Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3. menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. mendatangkan 1. membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman Barat. 2. mengakibatkan; menyebabkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. kedatangan 1. perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2. ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. pendatang orang yg mendatang (tidak asli): ~ haram orang asing yg memasuki sesebuah negara tanpa kebenaran drpd (pihak) kerajaan.Kamus Pelajar
mendatangi1 menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2 datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb): Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3 menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membanjiri1 datang menggenangi atau menenggelami: Apabila hujan lebat, air sungai akan ~ kawasan lembah di sekitarnya. 2 ki mendatangi banyak-banyak: Orang ramai ~ stadium itu sejak petang tadi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas