Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datangnya

Puisi
 

Baju Melayu butangnya lima,
     Datangnya asal di Teluk Belanga;
Jangan tuan suka menghina,
     Kita sama-sama hidup di dunia.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Mendaki bukit berkaki dua,
     menurunnya berkaki seribu.

Bermaksud :

Hendak mencapai kesenangan sangat sukar dan lambat, tetapi kemusnahan dan kerosakan sangat cepat datangnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menghujanspt hujan (datangnya dll banyak-banyak): panah pun ~ datangnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
prahaidsebelum datangnya haid: gejala-gejala ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengejuttidak semena-mena datangnya (ber­lakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak dijangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu;Kamus Dewan Edisi Keempat
cahaya1. pancaran yg datangnya dr objek yg bersinar (matahari, lampu, api, dll) yg membolehkan sesuatu (objek, sekitaran, dll) dilihat, sinar: ~ bintang; 2. kilauan (emas, intan, berlian, dll): ~ permata; 3. seri, kejernihan (air muka); ~ mata a) kilau mata, sinar mata; b) kekasih, buah hati; c) anak; ~ muka a) rupa air muka; b) seri yg kelihatan pd muka; 4. penyuluh (kpd rohani), petunjuk: sesungguhnya telah datang kpd kamu ~ kebenaran drpd Allah; bercahaya memancarkan cahaya, bersinar, berkilat, berkilau, berseri, gilang-gemilang: bintang-bintang ~ dgn sangat terangnya; muka Tuan Bujang ~ spt bunga raya; mencahayai memberi cahaya kpd, mene­rangi, menyinari, menyuluh: bulan purnama ~ sekalian alam dgn sinarnya yg lembut; mencahayakan 1. mengeluarkan atau me­mancarkan cahaya, menyinarkan; 2. menjadi­kan bercahaya, mengilatkan, menyinarkan: berlian boleh dicuci utk ~nya; pencahayaan 1. perihal mencahayakan, penyinaran; 2. penggunaan alat, perkakas yg mengeluarkan cahaya dan penghasilan caha­ya yg sesuai bagi usaha pementasan atau peng­gambaran: seorang pereka set sentiasa menjadi orang rujukan kpd pereka-pereka kostum, ~ dan petugas-petugas teater yg lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
prangkoId 1. setem: hantaran itu datangnya dr seberang laut, dgn ~nya berhiaskan gambar tugu pahlawan; 2. telah dibayar belanja mengirim (barang dagangan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
arah1. hala, jurusan: ia mencari ~ datangnya suara itu; 2. maksud, tujuan: bercakap tidak tentu ~; ~ aliran arah sesuatu pergerakan, perkem­bangan (sama ada makin meningkat atau menurun); ~ ke = ke ~ hala ke, menuju ke, menghadap ke; searah sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan; arah-arah Mn serupa, hampir sama; berarah mempunyai arah, berhala, ber­ha­luan, bertujuan: ~ ke selatan; mengarah 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jam­batan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, menge­tuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau menge­lolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup; mengarah-arahi 1. menyamai, menyerupai: rupanya ~ ayahnya; 2. mengecamkan, menandai (melihat utk mengenal): ~ rupa orang; mengarahkan 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perin­tah: polis diarahkan bersikap sopan; terarah 1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): peran­cangan dan perkembangan yg ~; arahan 1. pimpinan, pengawasan: filem ~ pengarah Hussain Haniff; 2. petunjuk, pe­rintah: duta itu berkata, ~ mengenai perkara ini sedang ditunggu dr Kaherah; ~ bank (Eko) arahan pelanggan kpd bank utk mem­buat pembayaran bagi pihaknya kpd bank lain; 3. ark orang yg menjadi pembantu; pengarahan 1. perbuatan mengarahkan (menghalakan), penghalaan: ~ peluru ber­pandu; 2. perihal mengarah (memberi teka­n­an pd sesuatu, condong terhadap sesuatu, dsb): ~ kpd sesuatu sumber itu bergantung pd sifat pertembungan kebudayaan dan hubungan sosial; pengarah 1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2. orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~ Per­khidmatan dan Perjawatan; ~ bukan eksekutif pengarah sesebuah syarikat yg bukan ahli sepenuh masa syarikat itu, tetapi mem­berikan khidmatnya dlm mena­sihati pengarah-pengarah lain; ~ eksekutif ahli lembaga sesebuah syarikat yg juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yg mempunyai tanggungjawab tertentu, mis yg berkaitan dgn kewangan dan pengeluaran; ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syari­kat yg bertanggungjawab kpd lembaga peng­arah dan terhadap keseluruhan pengu­rusan dan perjalanan syarikat; kepengarahan perihal (sifat, bakat, ke­boleh­an dsb) yg berkaitan dgn pengarah: sedia­kanlah diri dgn ilmu ~ dahulu, bukan­nya sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi.Kamus Dewan Edisi Keempat
mematah balikmenukar haluan ke arah tempat datangnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menceterakanmenceritakan: Setelah itu, Pak Mat pun ~ perihal datangnya orang India itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kerehatankeadaan rehat: jika tidak ada ~ maka mudahlah datangnya penyakit; ® isti­­rahat.Kamus Dewan Edisi Keempat
gula demeraragula tebu berwarna perang muda yg datangnya dr Demerara;Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas