Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daun I 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
daun1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg keluar pd batang (dahan atau akar, biasanya berhelai-helai dan berwarna hijau): ~ pisang banyak gunanya. 2 benda yg berkeping-keping tipis atau berhelai-helai: ~ terup; ~ rokok. 3 benda yg lebar dan tipis: ~ kipas; ~ tingkap. ~ biji daun pertama yg tumbuh dr biji benih. ~ emas ist daun (kepingan) drpd emas tipis (±10-6 in) spt yg terdapat dlm elektroskop. ~ luruh ist jenis (golongan) tumbuh-tumbuhan yg sebahagian atau kesemua daunnya akan luruh pd waktu-waktu tertentu dlm hayatnya. ~ pakau (terup) kepingan kadbod tipis berbentuk empat segi yg ditandai simbol, gambar rajah dsb dan digunakan dlm permainan terup atau utk melihat nasib. ~ pintu papan dll utk menutup pintu.~ sisik ist daun yg kecil dan tipis yg melindungi mata tunas (spt pd ubi kentang). ~ telinga bahagian telinga yg di luar. ~ tirus jenis pokok yg menghasilkan (mengeluarkan) kon; konifer. berdaun 1 ada daunnya: Pokok yg hampir mati itu tidak ~. 2 tumbuh (mengeluarkan) daun: Pokok kacangnya baru ~. daun-daunan berbagai-bagai jenis daun; beberapa banyak jenis daun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gaba-gabaId 1. perhiasan drpd daun-daun (terutamanya daun nyiur): jalan menuju ke balai raya itu dihiasi dgn ~ drpd daun nyiur; 2. pintu gerbang kehormatan yg dihiasi dgn daun nyiur dll; 3. atap pondok drpd daun kabung atau rumbia;menggaba-gabai menghiasi dgn gaba-gaba.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelepah1 tulang daun yg terbesar (bkn daun kelapa, daun pisang dll); tangkai daun kelapa, daun betik dll. 2 tulang bulu ayam dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pucuk I1. daun yg baru terbit, daun muda (di puncak pokok atau di hujung ranting): memakan ~-~ kayu; ~ nipah yg muda utk menggulung rokok; mati ~ a) mati pd pucuk­nya (tumbuh-tumbuhan); b) lemah zakar; 2. hujung yg tajam (runcing), puncak (api, ombak, pohon, dll): daun-daun masih terlekat di ~ pokok; 3. yg tertinggi, yg terpenting, yg berkuasa; ditanam ~ Mn didirikan penghulu; ~ pimpinan (pemerintahan) a) pusat atau tampuk kekuasaan (pimpinan); b) orang yg memegang kekuasaan tertinggi; 4. pen­jodoh bilangan bagi surat (senjata api dll): se~ surat; beberapa ~ senapang; 5. ki sesuatu perasaan yg baru tumbuh (perasaan cinta dll): ~ cinta; ~ kemesraan; ~ api lidah api (hujung nyala api); ~ biji pucuk yg akan tumbuh menjadi batang (daun dll), bakal batang; ~ bulat orang yg memegang kekuasaan tertinggi; ~ jala pusat jala; ~ ombak kepala ombak; ~ pangkal pokok pangkal (asal usul); ~ rebung a) rebung yg masih muda; b) ukiran atau lukisan yg berbentuk gerigi (pd tepi sesuatu benda); ~ tiang puncak tiang; ~ dicita ulam tiba = hendak ulam ~ menjulai prb beroleh sesuatu lebih drpd apa yg diharap­kan; bagai ~ (enau) dilancarkan (diluncurkan) prb sangat laju atau luncur perginya; lebih ~ lebih pelepah prb pertanyaan kerana membandingkan dua sahabat yg baharu dgn yg lama (mana yg lebih pucuk atau pelepah); menghendaki ~ alu = minta ~ pd alu prb menghendaki (meminta) sesuatu yg tidak akan dapat; sedangkan ~ lagi tak merah, konon pula selaranya prb sedang ia lagi kaya tidak berderma apalagi apabila tidak berwang; spt ~ dgn pelepah prb sama juga (kiasan pd orang yg bersaudara yg sama pangkat atau darjatnya); spt ~ eru, ke mana angin yg keras ke sana condongnya prb tiada tetap pendiri­an sebentar begini sebentar begitu (mana orang yg menang atau kuat itulah yg diikut); tidak (ber)pucuk di atas enau prb Mn perihal seseorang yg sangat angkuh (senantiasa meman­dang rendah kpd orang lain); umpama ~ dan umbut, tiada lauk baru dibaham prb sesuatu yg kurang berguna akan dipakai juga apabila yg lain-lain tiada lagi; berpucuk 1. keluar pucuknya: pokok getah ~ selepas musim kemarau; 2. ada pucuknya; kata tidak ~ putusan yg terakhir (muktamad); ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang prb jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelepah1 tulang daun yg terbesar (bkn daun kelapa, daun pisang dll); tangkai daun kelapa, daun betik dll. 2 tulang bulu ayam dll.Kamus Pelajar
luruhgugur kerana sudah masak (bkn buah-buahan); gugur kerana sudah sampai masanya (bkn bulu, daun dll). musim ~ musim daun-daun gugur (antara musim panas dgn musim sejuk). meluruh 1 mula gugur atau luruh (bkn daun-daunan); meranggas. 2 bertukar bulu (bkn ayam dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
pucuk1 daun muda atau daun yg baru terbit (di hujung ranting atau di puncak pokok). 2 hujung sesuatu yg tajam dan runcing; puncak: ~ api; ~ jala. 3 penjodoh bilangan utk surat atau utk senjata api: se~ surat; sepuluh ~ senapang patah. 4 ki sesuatu yg di atas dan mempunyai kuasa: ~ pimpinan pemimpin tertinggi. ~ anjur pucuk yg menganjur pd junjung (bkn pokok memanjat). ~ batang pucuk pd batang pokok.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hijau1. warna spt warna daun atau rumput (banyak peringkatnya); ~ bemban (warna) hijau yg pekat atau yg gelap spt bemban; ~ daun a) (warna) hijau spt daun; b) sj pigmen yg terdapat pd daun-daun yg hijau; ~ kepala itik Kl (warna) hijau kebiru-biruan; ~ laut hijau spt air laut; ~ muda = ~ pucuk pisang (warna) hijau yg keputih-putihan; ~ serindit (warna) hijau yg lebih muda drpd (warna) hijau pucuk pisang; ~ tua (warna) hijau yg kehitam-hitam­an; 2. ki masih mentah (dlm berbagai-bagai erti), kurang pengalaman: anak-anak itu masih ~, masih belum mengerti erti hidup; naik kuda ~ ki mabuk; menghijau 1. menjadi hijau (warnanya): padi sedang ~; 2. nampak hijau (warnanya): di seberang jalan raya itu kelihatan padang bola Kolej Melayu ~ rata; menghijaukan menjadikan berwarna hijau, mewarnakan dgn warna hijau; kehijauan keadaan hijau: beberapa kawa­san yg dulunya megah dgn ~nya, kini telah berubah menjadi kawasan industri; kehijau-hijauan agak hijau warnanya: gas itu berwarna kuning ~ dan berbau sengit.Kamus Dewan Edisi Keempat
terkuak1. terbuka sedikit (bkn daun pintu, tabir, dll yg ditolak): pintu terkuak lebar; 2. merenggang dan bercelah-celah (bkn awan, daun-daun yg bergerak dsb): awan hitam pun ~; 3. menyisi (menghindar) ke kiri ke kanan (bkn orang atau sesuatu yg berkumpul): barang di mana ia lalu orang-orang ~ memberi ia jalan; 4. menjadi besar atau lebar (bkn lubang dll), berpisah (dgn); ~ (terbuka) darah tersirap darah;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkuak1. terbuka sedikit (bkn daun pintu, tabir, dll yg ditolak): pintu terkuak lebar; 2. merenggang dan bercelah-celah (bkn awan, daun-daun yg bergerak dsb): awan hitam pun ~; 3. menyisi (menghindar) ke kiri ke kanan (bkn orang atau sesuatu yg berkumpul): barang di mana ia lalu orang-orang ~ memberi ia jalan; 4. menjadi besar atau lebar (bkn lubang dll), berpisah (dgn); ~ (terbuka) darah tersirap darah;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas