fikrah | Ar daya berfikir, pemikiran: hubungan ~nya dgn realiti sejarah sosial dan politik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fikiran | 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
minda | akal fikiran; daya berfikir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
intelek | (intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar; mengintelekkan menjadikan seseorang intelek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerja pengetahuan(knowledge work) | Pekerjaan yang memerlukan daya berfikir dan biasanya berkisar pada kegiatan pengumpulan, pemprosesan, dan penyebaran pengetahuan. | Kamus Komputer |
intelektualisme | (inteléktualisme) 1. pengabdian kpd penggunaan intelek atau daya berfikir: Islam membawa semangat rasionalisme dan ~ bukan sahaja di kalangan istana malah merebak di kalangan rakyat jelata; perkembangan profesional memberi fokus kpd ~; 2. doktrin yg menekankan bahawa pengetahuan terhasil dgn taakulan tulen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
afektif | (aféktif) berkaitan dgn perasaan dan emosi (dan bukannya fikiran atau daya berfikir): utk memperkembang minat dan motivasi membaca, alam ~ kanak-kanak haruslah berkembang serentak dgn alam-alam kognitif mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sindrom Down | kecacatan sejak lahir yg disebabkan oleh kerosakan pd kromosom, yg dicirikan oleh daya berfikir yg lembap dan keadaan fizikal yg tidak normal (spt kepala dan muka yg lebar, mata yg sepet, hidung yg kemik, serta tangan dan kaki yg pendek). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fikiran | 1 daya berfikir; akal: hilang ~ tidak tahu akan apa yg harus dilakukan; hilang akal. 2 hasil berfikir; pendapat: Itu bukan ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fikiran | 1. daya berfikir; akal: hilang ~ tidak tahu akan apa yg harus dilakukan; hilang akal. 2. hasil berfikir; pendapat: Itu bukan ~nya. | Kamus Pelajar |