daya cipta | kebolehan mencipta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
daya cipta | keupayaan (kebolehan) mencipta; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daya cipta | kebolehan fikiran utk mereka sesuatu (karya seni dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kraf tangan | 1. perusahaan (kerja, seni, dsb) yg memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan: tumpuan juga boleh dialih kpd bidang ~ yg sering menarik minat pelancong; 2. yg memerlukan (dihasilkan dgn dsb) kemahiran menggunakan tangan: barang-barang ~; perusahaan ~; seni ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ilham | Ar 1. petunjuk drpd Tuhan (terbit dlm hati): ibu Nabi Musa mendapat ~ drpd Tuhan supaya memasukkan Musa ke dlm peti dan menghanyutkannya di Sungai Nil; 2. sesuatu yg menggerakkan hati atau menimbulkan daya cipta dsb utk menghasilkan atau mencapai sesuatu: aku hendak tahu bagaimana kau mendapat ~ utk mencipta buku ini; berilhamkan mempunyai sesuatu sbg ilham: konsep itu ~ teori yg dikemukakan oleh Einstein; mengilhami memberi (seseorang) ilham, membisik di dlm hati: aku diilhami oleh kata-kata ini utk pergi mengembara; mengilhamkan memberikan ilham kpd, menggerakkan hati: rancangan itu ialah usahanya sendiri, tiada sesiapa pun yg ~nya; Angkatan Sasterawan 50 yg ~ penubuhan badan tersebut; pengilham orang (sumber dsb) yg memberikan ilham: guru sbg ~ cita-cita yg besar, cekap menyampaikan falsafah mengenai nilai dan makna diri kpd pelajar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mahakarya | karya agung yg dihasilkan oleh pujangga (ahli falsafah dll) pd sesuatu zaman, karya terbaik yg gemilang atau karya yg dicipta drpd daya intelek dan daya kreativiti yg tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekreatifan | kemampuan (kebolehan) mencipta, kreativiti, daya kreatif: komputer boleh mengembangkan ~ pelukis hingga ke satu peringkat yg hampir tiada hadnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kreatif | (kréatif) mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; kekreatifan kemampuan (kebolehan) mencipta, kreativiti, daya kreatif: komputer boleh mengembangkan ~ pelukis hingga ke satu peringkat yg hampir tiada hadnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cipta | angan-angan (khayalan), cita, fikiran, renungan; daya ~ kebolehan fikiran utk mereka sesuatu (karya seni dll); mencipta menerbitkan atau menghasilkan sesuatu dgn daya fikiran atau imaginasi (khayalan): utk dapat ~ cerita yg baik, diperlukan fantasi; guru hendaklah menggalakkan kebolehan ~ di kalangan kanak-kanak; menciptakan 1. mewujudkan (mengadakan, membuat, menjadikan) sesuatu dgn fikiran (kekuatan batin): dunia diciptakan oleh Tuhan dgn kuasanya yg Maha Besar; 2. mewujudkan (melahirkan, membuat, menjadikan) sesuatu yg baru: Karl Marx bercita-cita ~ masyarakat yg sama rata; 3. membuat (menjadikan) sesuatu drpd bahan-bahan yg lain: drpd keledek pula ia ~ hasil-hasil spt sebatian getah yg berharga, kanji, halia tiruan, perekat, dll; 4. menghasilkan karya seni (mengarang sajak, menggubah lagu, dll): hanya dgn bakat sahaja sasterawan tidak dapat ~ novel yg bernilai; kalau mahu mendapat penghargaan, seniman mestilah ~ karya yg mengagumkan manusia; tercipta sudah diciptakan (dibuat, dijadikan), terwujud; ciptaan sesuatu yg diciptakan, hasil kesenian: lagu-lagu ~ seniman agung P.Ramlee;ia tidak mengharapkan siapa-siapa punmembeli atau memuji ~nya yg tergantung di bilik pameran itu; penciptaan perihal (usaha dsb) mencipta(kan); pencipta (orang) yg menciptakan (menjadikan, membuat, mewujudkan): ~ fesyen pakaian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daya | 1 tenaga; kekuatan; kemampuan: Dia kehabisan ~ utk mendaki bukit itu. 2 akal; ikhtiar; muslihat: Dia mencari ~ hendak menipu orang itu. ~ cipta kebolehan mencipta. ~ fikir keupayaan atau kekuatan utk menggunakan akal fikiran. ~ ghaib kuasa ghaib. ~ graviti kuasa (tarikan) antara dua benda, terutamanya kuasa yg menarik benda-benda ke bumi. ~ guna kemampuan utk mendatangkan hasil atau faedah: Peladang dan pesawah berusaha utk meningkatkan ~ guna tanah mereka. ~ ingatan keupayaan atau kekuatan utk mengingat sesuatu atau seseorang. ~ juang kemampuan utk mempertahankan atau mencapai sesuatu dgn sungguh-sungguh. ~ kuda satuan utk mengukur tenaga enjin dll. ~ penarik a. kebolehan utk menarik sesuatu. b. kebolehan utk menarik hati orang lain. ~ sawat kuasa atau tenaga yg dikeluarkan (dihasilkan) oleh sesuatu pesawat. ~ utama (usaha) kegiatan atau usaha utk memulakan sesuatu. berdaya bertenaga; berupaya; mampu: Samad tidak ~ hendak mengangkat peti itu. Dia tidak ~ hendak membayar hutang-hutangnya. mendayai 1 memberi daya (kekuatan) kpd. 2 mengenakan pengaruh pd; mempengaruhi. 3 mengenakan tipu helah pd; mengakali. memperdaya melakukan tipu helah (muslihat); menipu: Dlm cerita kanak-kanak, sang kancil selalu ~ binatang-binatang hutan yg lain. terdaya berkemampuan membuat sesuatu; berupaya; bertenaga; terbuat: Tidak ~ olehnya mengangkat tong yg berat itu. terperdaya tertipu: Perempuan itu telah ~ oleh rayuan dan pujukan lelaki yg tidak bertanggungjawab itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |