produktiviti | daya pengeluaran: beliau menggesa kakitangannya membaharui azam dan tekad utk bekerja keras bagi meningkatkan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
PDPN | kep Pusat Daya Pengeluaran Negara, di Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peningkatan | perbuatan (usaha dsb) meningkatkan atau mempertingkatkan: ~ daya pengeluaran; ~ hasil jualan; ~ mutu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengautomatan pejabat(office automation) | Penggunaan teknologi komputer dan sistem telekomunikasi untuk meningkatkan daya pengeluaran kerja pejabat. | Kamus Komputer |
ukuran kerja(work measurement) | Kaedah untuk menentukan kaitan di antara jumlah kerja yang dijalankan dengan tenaga manusia atau mesin, atau kedua-duanya sekali, yang digunakan bagi penentuan nilai daya pengeluaran proses atau sistem. | Kamus Komputer |
input | 1. sumber yg diperlukan utk pengeluaran: ~ pengeluaran elektronik kebanyakannya diimport oleh Malaysia utk diproses; 2. (Komp) perisian atau data yg dibawa ke dlm sistem utk diproses; 3. sumber yg berupa maklumat, pengetahuan dsb yg berguna: sidang itu bertujuan memberikan ~ kpd penggiat teater; penceramah agama dr luar negara turut dijemput bagi membolehkan masyarakat Islam mendapat ~ yg lebih meluas; 4. (Fiz) daya penggerak atau isyarat yg dikenakan terhadap suatu litar, peranti atau mesin; menginput (Komp) memasukkan data, maklumat dsb ke dlm komputer: ~ data ke dlm komputer; pengguna juga bertanggungjawab ~ data urusan melalui pangkalan data yg disediakan; penginputan (Komp) perihal menginput data dsb ke dlm komputer: ~ data ke dlm komputer sedang giat dijalankan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meningkatkan | meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daya I | 1. kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan: ~ pengangkutan lori itu dua tan sahaja; usaha-usaha utk meninggikan ~ pengeluaran; ~ berfikir; 2. akal, ikhtiar, jalan (utk sesuatu); habis segala ~ habis ikhtiar; seribu ~ bermacam-macam akal (ikhtiar); 3. muslihat, tipu; tipu ~ tipu muslihat; ~ batin kekuatan batin; ~ cipta keupayaan (kebolehan) mencipta; ~ fikir kekuatan atau keupayaan utk menggunakan akal fikiran; ~ ghaib kuasa ghaib (spt kesaktian dsb); ~ gerak kekuatan utk bergerak; ~ ingatan kekuatan atau keupayaan fikiran utk mengingat sesuatu atau seseorang; ~ juang kemampuan utk berjuang atau memperjuangkan sesuatu dgn gigih; ~ kuda (Fiz) unit utk mengukur tenaga (enjin dll), kuasa kuda; ~ penarik (tarik) kekuatan (kebolehan) utk menarik sesuatu (benda, orang, dll); ~ tahan kemampuan utk mempertahankan diri atau bertahan drpd sesuatu ancaman (bahaya, penyakit dsb); ~ usaha = ~ utama kegiatan (usaha) utk memelopori sesuatu; sedaya = sedaya upaya; berdaya 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan (keupayaan): aku tidak ~ membalas budinya; tujuannya supaya kita berdisiplin, bersistem dan ~ menyelesaikan sesuatu persoalan yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); memperdaya, memperdayakan, mendaya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan; mendayai 1. menipu, mengakali; 2. mempengaruhi; 3. memberi tenaga (kekuatan dsb); terdaya termampu, bertenaga, berkemampuan, berkeupayaan: jangan-jangan dia tidak ~ hendak menjalankan kerjanya nanti; hanya lima sen minyak utk pelita itu sahaja yg ~ oleh mereka setiap petang; terperdaya terkena tipu daya (muslihat), tertipu; kedayaan kebolehan membuat sesuatu; perdayaan tipu daya, tipu muslihat: tidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti; pendayaan perihal (perbuatan) mendayai atau mendayakan, penipuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tingkat | 1. lapis drpd sesuatu benda (binaan dll) yg berbentuk bersusun-susun (bertindih-tindih, berlapis-lapis), lantai ketinggian, lenggek (bangunan), tumpuan (tangan dll): bangunan enam ~ itu akan siap hujung tahun ini; mangkuk ~ bekas yg bertindih-tindih dan dirangkaikan oleh pemegangnya, mangkuk tepen, siya; ~ peraduan lantai yg lebih tinggi letaknya utk tempat tidur; 2. = tingkatan taraf kedudukan (jawatan, kemajuan, dll), darjat, kelas, pangkat, peringkat: jawatannya sekarang lebih tinggi ~nya drpd jawatan sebelumnya; kemajuan ekonomi negeri ini sudah mencapai tingkatan yg agak tinggi; ~ hidup taraf hidup; 3. = tingkatan batas waktu, perenggan sesuatu kejadian (proses), takat: rancangan itu masih dlm ~ permulaan; setingkat 1. satu tingkat (tingkatan); 2. = ~ dgn sama tingkatnya atau martabatnya dll (dgn), setaraf (dgn); ~ demi ~ sedikit demi sedikit (bertambah dll); tingkat-tingkat Mn pemijak kaki; tetingkat kepingan papan dsb tempat me-letakkan buku (pakaian, kasut, dsb), rak, para; bertingkat ada tingkatnya, mempunyai tingkat; bertingkat-tingkat 1. berlenggek-lenggek, bersusun-susun, bertindih-tindih: bangunan-bangunan lama dirobohkan dan pd tempatnya didirikan bangunan yg ~; 2. berkelas-kelas, berpangkat-pangkat, bertaraf-taraf: kebolehan kanak-kanak dlm pelajaran mereka ~ antara seorang dgn yg lain; kedudukan manusia dlm sesuatu masyarakat lazimnya ~; 3. makin tinggi (naik, sukar, dll) sedikit demi sedikit: dlm tempoh sepuluh tahun pangkatnya naik ~ drpd askar biasa menjadi kapten; meningkat 1. menginjak (tangga dll) utk naik ke atas, memanjat (pokok dll), menaiki (basikal dll): sedang mentuanya membawa perian dan labu ke pancuran, Basanai ~ pintu itu; 2. mencapai tingkat (angka dll), naik (meninggi, mengatas, dll), bertambah banyak (hebat, penting, dll): perbelanjaan utk pendidikan ~ dr setahun ke setahun; dgn ini jumlah kematian telah ~ ke angka 79 orang; keriangannya ~ dan ia berdiri memberi pidato tanpa rancangan; 3. berubah dlm keadaan (masa dll) yg lain: apabila ~ dewasa anak itu menjadi seorang pahlawan muda yg gagah berani; meningkat-ningkat 1. terus meningkat (ber-tambah dll): keuntungan yg diperolehnya ~; 2. menjadikan bertingkat-tingkat (berlapis-lapis, bersusun yg satu di atas yg lain); meningkatkan meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memper-hebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri membesarkan (mengangkat) diri; mempertingkatkan menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka; tingkatan tingkat, kelas, peringkat, perenggan, takat; ~ gaji peringkat (tingkat) gaji; orang ~ atasan orang kelas (golongan) atasan; peningkatan perbuatan (usaha dsb) meningkatkan atau mempertingkatkan: ~ daya pengeluaran; ~ hasil jualan; ~ mutu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggang I | (ténggang) 1. tempoh atau waktu (yg diberikan utk berfikir, berikhtiar, berusaha, dll), batas waktu; 2. daya upaya (utk melepaskan diri dr bahaya dll), ikhtiar, usaha; 3. ark sama bahagiannya; ~ daya tempoh atau waktu yg diberikan utk berikhtiar (berusaha dll); ~ hati, ~ rasa menjaga hati (perasaan) orang lain supaya tidak tersinggung; ~ tangguh waktu yg diberikan utk bertangguh, tempoh; ~ waktu Id batas waktu (dlm perjanjian dll); habis ~ dan (dgn) kelakar prb Mn habis akal dan budi bicara; bertenggang 1. berdaya upaya (utk mendapatkan pinjaman wang, pertolongan, dll), berikhtiar, berusaha: dia menjadi bodoh dan tidak dapat ~ sendiri; 2. bertolak ansur (dgn kawan), ingat-mengingati, bermuafakat, berunding: dia dapat ~ dgn kawan-kawannya; 3. beringat-ingat (dlm hal membelanjakan wang), berhemat, berjimat; bertenggang-tenggangan = tenggang-menenggang saling mengingati (perasaan, kepentingan, dll orang), hormat-menghormati, bertolong-tolongan, bantu-membantu: masing-masing ingin lekas-lekas dan dahulu-mendahului saja dgn tidak ada tenggang-menenggang lagi;menenggang, menenggangkan 1. mem-pedulikan (perasaan, kepentingan, dll orang lain), mengendahkan: si isteri sudah pandai membawakan perangai dan kelakuan suami, tahu ~ hatinya; 2. mengingat atau meman-dang (akan), menimbangkan, memikirkan: pelacur juga adalah manusia yg ~ nasib dan takdirnya; mempertenggangkan 1. mengendah akan, mengambil tahu akan, mempedulikan, mem-pertimbangkan: segala-galanya harus diper-tenggangkan sebelum dibuat keputusan; 2. mencermatkan perbelanjaan dll, menyesuai-kan pendapatan dgn pengeluaran, meng-hematkan, menjimatkan: kalau pendapatan itu kecil perbelanjaan hendaklah diper-tenggangkan; 3. menjaga perasaan (hati orang) supaya jangan tersinggung: anak dipangku, kemanakan dibimbing, orang kampung dipertenggangkan; tertenggang diikhtiarkan atau diusahakan, ditimbangkan atau difikirkan baik-baik; tidak ~ lagi habis ikhtiar dan budi bicara (tidak dapat berbuat apa-apa lagi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |