Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata debaran 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
degup1. bunyi spt bunyi benda jatuh ke tanah; 2. bunyi spt bunyi denyutan jantung yg keras; berdegup berbunyi degup: Haji Ibrahim juga cuba menguasai kegusaran Ahmad walau­pun dlm dirinya sendiri ~ debaran-debaran bimbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
debardenyut (jantung, nadi): ~ jantungnya makin cepat; berdebar, berdebar-debar berdenyut-denyut atau bergerak-gerak agak pantas (bkn jantung, kerana seseorang itu terperanjat, ketakutan, dsb): ketika hendak sampai di perkuburan, hatiku pun ~; mendebarkan menjadikan atau menyebab­kan (jantung, nadi) berdenyut agak pantas (kerana timbul perasaan cemas, takut, dsb): penulis itu pandai benar mengarang cerita-cerita yg ~ jantung hati; saya baru saja mendapat berita yg ~; debaran 1. debar: ~ jantung saya ber­kurang selepas mendengar pen­jelasan­nya; 2. (Ubat) denyutan jantung yg terlalu laju dan kuat, sehingga dirasai pesakit, palpitasi; perdebaran denyutan (jantung, nadi) yg agak kencang, debaran.Kamus Dewan Edisi Keempat
debaran1. debar: ~ jantung saya ber­kurang selepas mendengar pen­jelasan­nya; 2. (Ubat) denyutan jantung yg terlalu laju dan kuat, sehingga dirasai pesakit, palpitasi;Kamus Dewan Edisi Keempat
kendur1. tidak tegang (bkn tali, rantai, dsb yg direntang), tidak regang (bkn kulit pd gendang, tambur dsb), lentur: dawai ampaian itu terlalu ~; bunyi gendang kurang baik kalau kulitnya ~; 2. tidak tegang (bkn kulit atau daging pd muka dsb), lentur, (agak) berkedut: mukanya sudah mulai ~ dan menampakkan kesan drpd usianya; 3. tidak kedap, tidak terik (tegang): jahitan jangan terlampau tegang atau ~; 4. tidak teguh atau erat (ikatan dll), tidak terik, longgar: ikat hamba ~-~; 5. (menjadi) tidak genting (te­gang atau mencemaskan, bkn sesuatu keadaan, krisis, dsb): keadaan darurat sekarang sudah ~; ketegangan antara kedua-dua buah negara itu ~ sedikit selepas perundingan; 6. tidak ketat atau keras (bkn peraturan, pemerintahan, pengawasan, dsb), longgar; 7. tidak keras atau kencang lagi (bkn tiupan angin, serangan, dll), menjadi reda, kurang hebat; 8. tidak keras (kuat atau lantang): suaranya ~; 9. lembap, meleset: perniagaan kini ~ dan harga barang jatuh sedikit; berkendur-kendur tidak keras (erat, tegang); mengendur menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dll): debaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih; dawai kabel yg terentang itu ~ sedikit; keadaan tegang yg boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~; mengendurkan menjadikan atau menye­babkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dll): tujuan senaman ini ialah utk ~ urat-urat yg telah menjadi tegang; ~ hutang mengurangkan hutang; ~ ikat pinggang melonggarkan ikat pinggang; ~ keadaan yg tegang menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan; ~ tekanan kikir melemahkan tekanan kikir; ~ radio memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya; ~ syarat-syarat yg dikenakan melonggarkan syarat-syarat; terkendur menjadi atau berada dlm keadaan kendur (tidak tegang dll): dawai itu dipasang ~ sedikit; kekenduran perihal kendur; pengenduran perihal (perbuatan) mengen­dur atau mengendurkan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas