dek | /dék/ lantai kapal atau perahu; geladak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dek | /dék/ lantai kapal atau perahu; geladak. | Kamus Pelajar |
kaya I | 1. banyak harta (wang dsb): bak kata adat, tuah dek sisik, ~ dek pendapatan; ia berasal drpd keluarga yg ~ juga; orang ~ a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; 2. = Maha K~ Maha Besar, Maha Berkuasa (bkn Tuhan): Tuhan yg Maha K~; 3. = ~ dgn (sesuatu) banyak mempunyai atau mengandungi (dlm berbagai-bagai erti): buah betik ~ dgn vitamin A dan C; negeri yg ~ dgn sumber alam; seorang lelaki tua yg ~ dgn pengalaman; bahasa yg ~ bahasa yg banyak kata-katanya (ungkapannya dll); ~ anak banyak anak; ~ hati (orang yg) mulia hatinya, dermawan, pemurah; ~ hutang (orang yg) banyak hutangnya; ~-raya kaya sekali (besar), sangat kaya; (orang) ~ baru (orang yg) baru menjadi kaya; hendak ~ berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani; kalau ibu ~, anak jadi puteri, kalau anak ~, ibu jadi budak prb perihal perbezaan antara kesayangan ibu dgn kesayangan anak; orang baru ~ jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi prb sia-sialah mengerjakan perbuatan yg tidak mendatangkan faedah; orang ~ suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia prb orang hartawan yg selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (utk puji-pujian); tak ~ oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang prb hendaklah berusaha sendiri utk mencapai kemuliaan dlm hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang; mengayakan menjadikan kaya (berharta atau berwang banyak); memperkaya 1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyaknya (luasnya dsb), memperbanyak atau memperluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera; terkaya kaya sekali, paling kaya; kekayaan 1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya; mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah SWT; pemerkayaan perbuatan (proses) menjadikan sesuatu bertambah (makin) kaya: kemasukan pengaruh bahasa asing memang memainkan peranan penting dlm ~ bahasa Indonesia; pengayaan perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan: pelajaran kesusasteraan secara tidak langsung mencepatkan proses ~ dan penguasaan bahasa; ~ atau peluasan perbendaharaan kata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dek III | (dék) kerana, oleh: lalu gegak gem-pitalah seluruh isi bumi Malaysia ~ kegigihan pendiayah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dek II | (dék) 1. geladak: selepas jam tiga petang, aku duduk di ~ sambil melunjurkan kaki bermalas-malas; 2. (Hut) pelantar tempat kayu balak diturunkan dr lori atau kereta api, biasanya di sisi kilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dek I | (dék) Id, bp kain selimut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemat | bp hikmat; kalah adat dek muafakat, kalah ~ dek bergeseng prb, NS persahabatan antara laki-laki dgn perempuan itu lebih mesra jika mereka bercampur hari-hari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dek pita(tape deck) | Peranti atau mekanisme yang berfungsi memegang dan mengawal pergerakan pita. | Kamus Komputer |
dek(deck) | Kumpulan kad tebuk yang tersusun dalam satu tindan. | Kamus Komputer |
lapuk I | 1. bercendawan kerana buruk atau terlalu lama (kayu dll), reput: koyak penjuru kain itu bukan kerana telah lama atau ~, tetapi kerana tersangkut; 2. ki terlalu lama atau tua, tidak berguna lagi, usang; tidak ~ dek hujan, tidak lekang dek panas kekal dan tidak dipinda-pinda (adat dll); ~ oleh kain sehelai prb sejak mulanya beristeri atau bersuami hanya seorang sahaja; ~-~ diganti, usang-usang dibarui = usang dibarui, ~ dikajangi prb adat atau kebiasaan lama yg jarang dipakai dihidupkan kembali; berlapuk bercendawan (kerana buruk, terdedah, tua, dll), tumbuh cendawan: barang yg lekas ~ hendaklah dijemur selalu; melapukkan menyebabkan jadi lapuk, mereputkan; kelapukan perihal lapuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |