kepialu I | pening (sakit) kepala; demam ~ demam serta pening kepala (ada berbagai-bagai jenis); ~ berlat demam yg menyebabkan kepala berasa sakit dan panas; ~ disumbat demam yg menyebabkan peluh tidak keluar; ~ kelabu kambing demam yg menyebabkan badan berasa sejuk; ~ kemudian demam kerana kena panas; ~ kura demam yg keras dan berlanjutan (menyebabkan mulut terasa pahit); ~ radang demam yg menyebabkan tubuh menjadi panas dan orang yg menghidapinya meracau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelih | limpa; demam ~ demam yg disebabkan oleh sakit limpa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panas | 1. lwn sejuk (dingin), hangat; air ~ air yg dimasak (dihangatkan); 2. demam, gerah, palak; demam ~ penyakit demam dgn suhu badan yg sangat panas (tinggi); sakit ~ demam; 3. sinar atau cahaya (matahari): apabila kena ~ matahari, bernyala rupanya; matanya itu selalu pula terkejip-kejip, terutama apabila menentang ~; hujan ~ hujan pd waktu matahari bersinar; 4. ki sangat marah, sangat sakit hati: dgn perasaan hati yg ~, ia bangun segera; bagaimana hendak menyudahkannya kerana hati terlampau ~; 5. ki hebat, genting, tegang: pertentangan semakin ~; 6. masih baharu (peristiwa dll): semalam ia mendapat berita ~ utk akhbarnya; 7. tidak kurang tetapi lebih pula sedikit (timbangan): timbang ~; 8. tidak memberi keuntungan, mendatangkan bala, sial; ilmu ~ ilmu yg membuat orang yg memakainya susah (mahal rezeki dll); ~ baran (bara, darah) cepat marah, sangat pemarah; ~ hati sangat marah (benci); ~ kering panas dan kering; ~ pedih tidak tetap (senang) duduk; ~ radang panas badan (kerana berpeluh dll), palak; ~ rezeki mahal rezeki; ~ sengangar sangat panas (hawa); ~ terik = ~ jantan Pr = ~ ngetek Kl sangat panas (matahari); ~ setahun hujan sehari, liput tanjung dgn pulau = ~ setahun dihapuskan oleh hujan sehari prb jasa atau kebaikan yg banyak boleh hilang oleh kesalahan yg sedikit; bagai ~ mengandungi hujan prb walaupun dibawa ketawa, nampak juga kesusahannya (orang dlm kesusahan); disangka ~ sampai petang, kiranya hujan tengah hari prb disangka senang (baik dll) selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan (bahaya dll); memegang besi ~ prb melakukan sesuatu dgn kebimbangan (kekhuatiran dll); menyeladang bagai ~ di padang prb sesuatu hal (perbuatan dll) yg mengenai semuanya; redup atau ~ keras prb hidup atau mati, untung atau rugi, beradu nasib sahaja; sudah ~ berbaju pula prb sudah susah ditambah lagi dgn kesusahan; tak ~ punggung Kl prb sebentar sahaja; tidak lekang dek (oleh) ~; tidak lapuk dek (oleh) hujan prb tiada berubah-ubah, tetap selamalamanya (bkn adat); panas-panas masih baharu, hangat-hangat; berpanas berada dlm panas matahari, berjemur: nelayan yg ~ dan berhujan di laut; berpanas-panasan berjemur dlm panas matahari utk bersuka-suka: mereka yg sedang ~ di pantai itu; memanasi 1. menghangatkan: periuk yg masih dipanasi bara; 2. menambah panas; memanaskan menyebabkan (menjadikan) panas, menghangatkan: makanan-makanan itu adalah utk ~ tubuh badan kita; ~ hati menimbulkan (membangkitkan) marah (benci); ~ kerusi memegang sesuatu jawatan (kedudukan dsb) tanpa melakukan atau mencapai sesuatu; memperpanas menjadikan lebih panas: matahari semakin ~ dirinya; kepanasan 1. perihal panas, kehangatan: ada alat penetap suhu yg mengawal ~; ~ hati kemarahan hati; 2. tersangat panas; 3. kena panas; pemanasan perihal memanasi (memanaskan): tindakan kimia bertambah cepat dgn ~; pemanas 1. yg memanasi (memanaskan): kuasa ~ ; alat ~ ; 2. alat utk memanaskan: ~ elektrik; 3. (orang yg) lekas panas atau marah, pemarah, tidak penyabar: bapanya ~ dan pembengis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
demam kura | a. demam malaria. b. demam kerana limpa penghidapnya bengkak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
malaria | = demam ~ penyakit demam yg disebabkan oleh kuman melalui gigitan nyamuk tiruk; demam kura. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
demam | 1. penyakit yg menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa; 2. kenaikan suhu tubuh yg melebihi suhu biasa: semalam saya ~, saya tidak pergi kerja; 3. ki keghairahan utk sementara waktu: ~ pop enam puluhan; ~ berselang (berlat, berganti hari) demam yg tidak terus-menerus; ~ cupak Kl demam tubuh tetapi pesakit masih berselera utk makan; ~ denggi demam akibat virus yg disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes; ~ denggi berdarah demam denggi yg berbahaya (boleh membawa maut); ~ dingin (gigil, ketar, sejuk) demam kerana penyakit malaria (menyebabkan badan terasa sejuk dan menggigil); ~ kepialu demam kerana sj penyakit yg disebabkan oleh kuman dlm makanan atau air yg kotor; ~ ketulangan demam yg disertai oleh rasa sengal-sengal tulang; ~ kuning sj penyakit berjangkit yg menyebabkan warna badan penghidapnya menjadi kekuning-kuningan (kerana sakit pd hempedu); ~ merah sj penyakit berjangkit yg disebabkan bakteria Streptococcus pyogenes yg dicirikan dgn demam, sakit kerongkong, sakit kepala dan bintik-bintik merah pd kulit; ~ panas demam dgn suhu badan yg tinggi; ~ puyuh demam pura-pura (bukan sebenarnya demam); ~ reumatik penyakit yg menyebabkan demam serta bengkak dan rasa sakit pd sendi; ~ selesema (sesa-sesa) demam yg menyerang saluran-saluran pd paru-paru dan menyebabkan pesakit berasa kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus, influenza; ~ skarlet demam merah; mendemamkan menyebabkan (menjadikan) demam, membuat (seseorang) demam: esoknya Jamilah bertandak-tandak pula sambil memomokkan mukanya herot-merot, ~ budak-budak yg memandang; terdemam, terdemam-demam menjadi (kena) demam: kanak-kanak itu ~ selepas menonton filem cerita hantu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
denggi | /dénggi/, = demam ~ penyakit berjangkit yg dibawa oleh nyamuk aedes (melalui gigitan): (demam) ~ berdarah (demam) denggi yg berbahaya dan dpt membawa maut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepialu | ; demam ~ penyakit demam serta pening kepala. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
demam panas | a. demam kerana suhu badan yg tinggi. b. demam malaria ketika panasnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
demam malaria | penyakit demam yg disebabkan oleh kuman melalui gigitan nyamuk tiruk; demam kura. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |