setingkat | 1. satu tingkat (tingkatan); 2. = ~ dgn sama tingkatnya atau martabatnya dll (dgn), setaraf (dgn); ~ demi ~ sedikit demi sedikit (bertambah dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setingkat demi setingkat | sedikit demi sedikit (bertambah dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menatal | (Komp) menggerakkan paparan teks (baris demi baris atau halaman demi halaman) pd skrin paparan ke atas atau ke bawah secara beransur-ansur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengutip | 1. memungut benda kecilkecil (satu demi satu atau sebiji demi sebiji): ~ buah yg telah gugur; setiap pagi mereka ~ sampah sarap di keliling kawasan sekolah; 2. memetik (berita dll), mengambil (mencabut) perkataan-perkataan atau ayat-ayat (drpd sesuatu karangan, ucapan, dll): Clarita telah ~ beberapa potongan pidato Mussolini dlm akhbar-akhbar dan majalah-majalah; 3. mengumpulkan sesuatu dgn mengambil drpd berbagai-bagai sumber: ~ maklumat yg lengkap; ~ derma; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tatal II | menatal (Komp) menggerakkan paparan teks (baris demi baris atau halaman demi halaman) pd skrin paparan ke atas atau ke bawah secara beransur-ansur; penatalan perbuatan atau proses menatal (bkn paparan teks pd skrin paparan) | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kutip | ; mengutip 1. memungut benda kecilkecil (satu demi satu atau sebiji demi sebiji): ~ buah yg telah gugur; setiap pagi mereka ~ sampah sarap di keliling kawasan sekolah; 2. memetik (berita dll), mengambil (mencabut) perkataan-perkataan atau ayat-ayat (drpd sesuatu karangan, ucapan, dll): Clarita telah ~ beberapa potongan pidato Mussolini dlm akhbar-akhbar dan majalah-majalah; 3. mengumpulkan sesuatu dgn mengambil drpd berbagai-bagai sumber: ~ maklumat yg lengkap; ~ derma; kutipan 1. pungutan (derma dll): wang ~; 2. petikan (karangan, cerita, dll): ~ beberapa fasal drpd undang-undang hukum pidana; pengutipan perihal (perbuatan dsb) mengutip; pengutip orang yg mengutip, pemungut: ~ derma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
titis | titik air yg jatuh setitik demi setitik. menitis jatuh setitik demi setitik; menitikkan. menitiskan menjatuhkan (air dll) setitik demi setitik; menitikkan. titisan benda yg menitis. ~ darah a. darah yg menitis. b. keturunan. penitis ist alat yg digunakan utk memasukkan ubat ke dlm tubuh pesakit secara titisan yg terkawal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penatalan(scrolling) | Pergerakan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, atau ke kanan data paparan secara baris demi baris, atau halaman demi halaman, untuk mengisi tingkap paparan pada tempat pilihan pengguna. | Kamus Komputer |
demi | 1 dgn (atas) nama Tuhan dll utk bersumpah: ~ Allah, saya tidak melakukan pembunuhan itu. 2 lepas satu, satu: Direnungnya orang itu seorang ~ seorang utk mencari orang yg mencerobohi rumahnya. 3 kerana; untuk: ~ kepentingan rakyat, kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai projek. 4 sebaik-baik saja; selepas: Dia terus menangis ~ mendengar berita buruk itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
demi-finale | IB setengah (separuh) akhir (bkn pertandingan, perlawanan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |