pati II | ; denda ~ denda kerana membunuh orang (melanggar adat): melanggar undang-undang dan adat ini maka akan dihukum denda ~; kerap ~ membunuh orang dgn sembunyi-sembunyi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
denda pati | denda kerana membunuh orang (melanggar adat): melanggar undang-undang dan adat ini maka akan dihukum denda ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjatuhkan denda | mengenakan denda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
denda | 1. hukuman berupa wang, sejumlah wang yg (mesti) dibayar (kerana telah melakukan sesuatu kesalahan spt melanggar peraturan, undang-undang, dll): setelah membayar ~, orang itu dilepaskan; 2. hukuman (biasanya berkaitan dgn kesalahan yg agak kecil): ~ atas murid yg datang lambat; mendenda 1. menjatuhkan (mengenakan) denda, menghukum dgn memutuskan supaya yg bersalah membayar sejumlah wang: mahkamah berkuasa menghukum atau ~ orang-orang yg didapati bersalah; 2. menghukum (biasanya berkaitan dgn kesalahan yg agak kecil): ayahnya ~nya kerana kecuaiannya itu; didenda dgn emas yg habis, dipancung dgn pedang yg hilang prb denda pd nama sahaja, yg dikehendaki hanyalah perdamaian; dendaan 1. hukuman berupa wang, denda: ~ hakim itu sangat berat; 2. wang yg dibayar sbg memenuhi hukuman, wang dr denda: tiap-tiap ~ yg dikutip dijadikan sebahagian drpd hasil negeri; pendendaan perihal (perbuatan) mendenda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fidyah | 1. denda sebab tidak mengerjakan sesuatu fardu: ~ utk puasa; 2. denda atau ganti rugi yg mesti dibayar kerana melukai atau membunuh orang, diat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setrap | IB, bp hukuman atau denda (di sekolah), dera; setrapan hukuman, denda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangun III | sl denda, ganti rugi (kerana membunuh atau merugikan orang);membangun membayar denda atau ganti rugi, mengganti kerugian: membunuh tidak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pampas I | denda atau ganti rugi (kerana melukai orang dll): membayar ~ yg patut; memampas membayar denda atau ganti rugi (kerana melukai orang dll); memampasi membayar pampasan (ganti rugi) kpd seseorang (kerana mengalami kemalangan, kerugian dsb): kerajaan akan ~ setiap tuan tanah yg tanah mereka terlibat dlm projek pelebaran jalan itu; pampasan 1. wang (barang dll) yg dibayar sbg ganti rugi: wang ~; ~ perang; 2. = pemampasan perihal membayar ganti rugi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fidyah | 1 denda atau tebusan yg dikenakan kpd seseorang kerana meninggalkan sesuatu fardu atau kerana melanggar syarat ibadat tertentu. 2 denda atau ganti rugi yg mesti dibayar kerana mencederakan atau membunuh orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dendaan | 1. hukuman berupa wang, denda: ~ hakim itu sangat berat; 2. wang yg dibayar sbg memenuhi hukuman, wang dr denda: tiap-tiap ~ yg dikutip dijadikan sebahagian drpd hasil negeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |