komunikasi data(data communication) | 1. Sistem dan kaedah penghantaran dan penerimaan maklumat terkod antara sistem komputer dengan persisiannya dengan menggunakan kaedah elektronik atau optik. 2. Bidang ilmu yang berkaitan dengan penghantaran dan penerimaan maklumat terkod di antara peranti | Kamus Komputer |
ujian pukal(volume test) | Kaedah untuk menyemak keberkesanan perjalanan atur cara dengan mengujinya dengan data sebenar yang besar jumlahnya. | Kamus Komputer |
pengesahsahihan(validation) | Pemeriksaan yang dilakukan terhadap rekod untuk menentukan kesahihan atau ketepatannya dengan membandingkannya dengan rekod yang terdapat dalam fail utama. | Kamus Komputer |
pembanding alamat(address comparator) | Peranti yang mengesahkan alamat yang dibaca adalah sama dengan alamat rujukan dengan membandingkan kedua-dua alamat. Alamat rujukan ini terdapat dalam penumpuk atau daftar khas. Pemproses dengan itu boleh mengimbas ruang ingatan sehingga kedudukan yang ingin dicapai ditemui. | Kamus Komputer |
cerah l | 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sama dengan | serupa dengan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diagnosis ralat(error diagnostics) | Diagnosis yang dilakukan dengan mencetak bahagian atur cara yang mengandungi ralat untuk membantu pengesanan punca ralat. Ralat yang dikesan ditandakan dengan jelas bersama dengan butir-butir yang berkaitan. | Kamus Komputer |
suap balik(feedback) | Kaedah penyambungan litar yang mengaitkan bahagian output dengan bahagian input melalui gelung tertutup. Ini membolehkan sistem menyelaraskan pengendalian litar secara berterusan dengan membandingkan isyarat output dengan isyarat input. Jika pengendalian sistem tidak lagi sejajar, suatu perbezaan akan wujud daripada perbandingan isyarat dan perbezaan isyarat ini akan digunakan untuk menyelaraskan litar supaya sistem menjadi sejajar semula. | Kamus Komputer |
log masuk(log in, log on) | Tindakan menjalinkan perhubungan rasmi dengan sistem komputer dengan mendaftarkan nama dalam log sistem komputer sebelum dibenarkan menggunakan sistem. | Kamus Komputer |
pemahaman bahasa tabii(natural language understanding) | 1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memahami bahasa tabii manusia dan dengan demikian membolehkan komputer berkomunikasi dengan manusia dalam bahasa tabii. 2. Proses memahami kandungan dan bentuk bahasa tabii amnusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLU. | Kamus Komputer |