dengar-dengar(nya) | bp menurut khabar yg didengar (diketahui, diterima): ~, dia sudah naik pangkat | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dengar-dengar | menurut khabar yg diterima, menurut yg diketahui: ~nya Idah selalu bergaduh di sana; ~ angin menurut khabar angin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dengar-dengar(nya) | bp menurut khabar yg didengar (diketahui, diterima): ~ dia sudah naik pangkat. | Kamus Pelajar |
dengar | ; panggil tak ~ ki jauh (sekali); corong ~ Id corong alat mendengar; salah ~ salah menangkap (percakapan, kata-kata yg dituturkan, dll); dengar-dengar menurut khabar yg diterima, menurut yg diketahui: ~nya Idah selalu bergaduh di sana; ~ angin menurut khabar angin; engar-dengaran 1. mempedulikan, mengendahkan, mendengar (menerima, menurut, percaya, dsb): jangan tuanku ~ akan sembah orang yg tiada sebenarnya; 2. perasaan seolah-olah mendengar (sesuatu), perasaan spt terdengar-dengar: cuma ~ saya sahaja agaknya; berdengar Mn didengar(kan), dipedulikan, diturut(kan); mendengar 1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll), mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; 3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk mengikutnya, mempertimbangkannya, dsb), mempedulikan, mengikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~, mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan dgn) proses membuat sesuatu keputusan (resolusi); dengar cakap enggang, makan buah beluluk, dengar cakap orang, terjun masuk lubuk prb hendaklah berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan, jangan mendengar cakap orang; didengar ada, dipakai tidak prb tidak mengikut nasihat; mendengarkan, mendengari 1. mendengar akan (sesuatu): fikiran Khatijah semakin terang apabila ~ suara takbir memuji Tuhan; kemudian Datuk Ujang menceritakan kisah yg pernah didengarinya drpd seorang komunis yg ditawan; 2. mengendahkan, mempedulikan, mengikutkan (nasihat, bujukan, dll): jangan kamu dengarkan sangat cakap orang; memperdengarkan 1. melakukan sesuatu (spt memainkan alat muzik, menyanyikan lagu, dsb) supaya didengar oleh orang lain, menyiarkan (lagu dsb) melalui radio: Hamzah sering diundang utk ~ gesekan biolanya dlm majlis yg besar-besar; 2. menyiarkan (mengemukakan dsb) supaya diketahui umum atau orang lain: keluhan para isteri tentang kelakuan suami yg keterlaluan banyak sekali diperdengarkan menerusi majalah; terdengar 1. (sudah) didengar: apabila ~ oleh Pak Pandir bunyi itu, ia pun lari lintang-pukang; 2. dapat (boleh) didengar: sebelum dia masuk, ~ olehnya bunyi orang mencuci baju; 3. ki sanggup (tahan) didengar: tenarlah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir, hingga tiada ~ oleh anjing dan kucing; 4. didengar, diketahui: berita itu sudah ~ merata-rata; terdengar-dengar seolah-olah (masih) mendengar, seolah-olah belum luput dr telinga; kedengaran 1. (dapat) didengar, terdengar: dr jauh ~ bunyi loceng sayup-sayup dibawa angin; 2. diperoleh berita, diketahui: setelah ~lah ke benua Siam, maka paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah; pendengaran 1. pancaindera utk mendengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga): kalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi; 2. perihal mendengar(kan), apa yg dapat didengar: Kak Bedah mengangkat kepalanya utk menjelaskan ~nya; pendengar 1. alat (perkakas, benda) utk mendengar(kan); 2. orang yg mendengar (bunyi, percakapan, dsb): ~ radio; 3. = pendengaran pancaindera utk mendengar; 4. Id mahasiswa tidak berdaftar tetapi mengikuti (mendengar sahaja) kuliah-kuliah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dengar | ; mendengar 1 dpt menangkap atau menanggap bunyi (suara dll) dgn telinga: Saya ~ suara orang meminta tolong dr pondok itu. 2 mendapat berita (khabar dll): Saya baru ~ berita sedih dr kampung. 3 mengikut kata, suruhan, tegahan dll; mempedulikan: Dia tidak mahu ~ nasihat guru. dengar-dengar(nya) bp menurut khabar yg didengar (diketahui, diterima): ~, dia sudah naik pangkat. mendengarkan memasang telinga utk mendengar; mendengar dgn sungguh-sungguh: Dia melekapkan telinganya ke dinding utk ~ perbualan ayahnya. memperdengarkan menyebabkan sesuatu dpt didengar; mengeluarkan bunyi (suara) supaya didengar orang: Dia ~ suaranya yg lemak merdu itu kpd orang-orang kampung. terdengar 1 sudah didengar: Apabila ~ suara orang bang, dia pun pergi ke surau. 2 dpt didengar; boleh didengar: Suara orang bang tidak ~ kerana masjid agak jauh dr sini. terdengar-dengar seolah-olah masih atau dpt didengar: ~ olehnya bunyi tangisan anaknya yg ditinggalkan di kampung. kedengaran terdengar; didengar: Pd musim padi berbuah, ~ suara orang bersorak bersahut-sahutan menghalau burung. pendengaran 1 pancaindera utk mendengar; kuasa atau daya utk mendengar: Kebanyakan binatang mempunyai ~ yg tajam. 2 hal mendengar atau mendengarkan: Pd ~ saya, ia hendak pulang ke Manila minggu hadapan. 3 apa-apa yg dpt didengar: Ani mendekati tempat perbualan itu utk menjelaskan ~nya. pendengar 1 orang yg mendengar: ~ radio. 2 alat atau perkakas utk mendengar: Budak-budak yg cacat pendengarannya menggunakan alat ~ utk belajar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dengar | ; mendengar 1. dpt menangkap atau menanggap bunyi (suara dll) dgn telinga: Saya ~ suara orang meminta tolong dr pondok itu. 2. mendapat berita (khabar dll): Saya baru ~ berita sedih dr kampung. 3. mengikut kata, suruhan, tegahan dll; mempedulikan: Dia tidak mahu ~ nasihat guru. dengar-dengar(nya) bp menurut khabar yg didengar (diketahui, diterima): ~ dia sudah naik pangkat. mendengarkan memasang telinga utk mendengar; mendengar dgn sungguh-sungguh: Dia melekapkan telinganya ke dinding utk ~ perbualan ayahnya. memperdengarkan menyebabkan sesuatu dpt didengar; mengeluarkan bunyi (suara) supaya didengar orang: Dia ~ suaranya yg lemak merdu itu kpd orang-orang kampung. terdengar 1. sudah didengar: Apabila ~ suara orang bang, dia pun pergi ke surau. 2. dpt didengar; boleh didengar: Suara orang bang tidak ~ kerana masjid agak jauh dr sini. terdengar-dengar seolah-olah masih atau dpt didengar: ~ olehnya bunyi tangisan anaknya yg ditinggalkan di kampung. kedengaran terdengar; didengar: Pd musim padi berbuah, ~ suara orang bersorak bersahut-sahutan menghalau burung. pendengaran 1. pancaindera utk mendengar; kuasa atau daya utk mendengar: Kebanyakan binatang mempunyai ~ yg tajam. 2. hal mendengar atau mendengarkan: Pd ~ saya ia hendak pulang ke Manila minggu hadapan. 3. apa-apa yg dpt didengar: Ani mendekati tempat perbualan itu utk menjelaskan ~nya. pendengar 1. orang yg mendengar: ~ radio. 2. alat utk perkakas utk mendengar: Budak-budak yg cacat pendengarannya menggunakan alat ~ utk belajar. | Kamus Pelajar |
terdengar-dengar | seolah-olah (masih) mendengar, seolah-olah belum luput dr telinga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dengar-dengaran | 1. mempedulikan, mengendahkan, mendengar (menerima, menurut, percaya, dsb): jangan tuanku ~ akan sembah orang yg tiada sebenarnya; 2. perasaan seolah-olah mendengar (sesuatu), perasaan spt terdengar-dengar: cuma ~ saya sahaja agaknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lolongan I | bunyi suara yg keras dan panjang, jerit, raung (anjing dll): dia mendengar ~ anjing yg semakin kuat; melolong meraung (anjing), menjerit, memekik (spt perempuan meratap): anjing itu ~ semalam-malaman; ia ~ apabila mendengar berita buruk itu; terlolong-lolong menangis terjerit-jerit, terpekik-pekik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lolong I | bunyi suara yg keras dan panjang, jerit, raung (anjing dll): dia mendengar ~ anjing yg semakin kuat; melolong meraung (anjing), menjerit, memekik (spt perempuan meratap): anjing itu ~ semalam-malaman; ia ~ apabila mendengar berita buruk itu; terlolong-lolong menangis terjerit-jerit, terpekik-pekik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |