Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ras] | درس

Definisi : 1. cepat (laju) sekali (aliran air, sesuatu gerakan, dsb): arus sungai itu sangat ~; 2. lekas (perbuatan), cepat: katalah ~, saya nak tahu; tolong ambilkan aku songkok ~ sedikit; 3. lebat (hujan): hujan semakin ~ turun; 4. Kd kuat (bunyi, suara): “Mengapa sampai berkata begitu ...?” sergah Masri agak ~ drpd biasa; ~ datang dalam kena prb membuat sesuatu dgn tergesa-gesa akan mendatangkan ke­rugian; ~ spt anak panah terlalu cepat; sederas 1. sama deras (laju, cepat), selaju, secepat: dia berjalan tidak ~ kawannya; 2. dgn kelajuan atau kecepatan (tertentu me­ngikut masa), selaju: dia memandu keretanya ~ 80 kilometer sejam; menderas 1. bergerak (mengalir, berjalan, dsb) dgn deras: Ros mengesat-ngesat air matanya yg keluar ~; 2. turun dgn derasnya (lebatnya): hujan ~ dan guruh sahut-menyahut; menderaskan, memperderas 1. membuat supaya deras bergerak (mengalir, berjalan, dsb), mempercepat: senaman boleh ~ denyutan jantung; kerja yg elok diperderas, kerja yg buruk diperlambat; 2. memperkuat (bunyi, suara, dsb); kederasan 1. perihal deras, kelajuan, ke­cepatan: oleh sebab ~ Tun Hamzah me­nga­muk, lalu pecahlah perang orang-orang Pasai itu; 2. kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu), kelajuan, kecepatan: lori itu dipandunya dgn ~ 60 kilometer sejam; penderasan 1. perbuatan menderaskan (me­lajukan, mencepatkan), pencepatan, pe­la­juan; 2. perbuatan menderaskan (bunyi, suara, dsb), penguatan; 3. ark bahagian yg deras arusnya (sungai); penderas 1. alat (perkakas) utk menderaskan (mencepatkan gerakan dll), pencepat, pelaju; 2. lekas hilang pertimbangan, keburu nafsu, terburu-buru: engkau memang ~, jika hatimu tersinggung, lupalah engkau membezakan antara yg benar dgn yg salah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ras] | درس

Definisi : ; menderas 1. mengulang membaca Quran (utk memahirkan pembacaan); 2. mengulang kaji (pelajaran): tiap-tiap hari selepas sekolah, dia ~ segala apa yg di­pelajarinya di sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ras] | درس

Definisi : bunyi spt bunyi orang memijak sampah atau pasir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ras] | درس

Definisi : 1 cepat atau laju sekali (bkn aliran air, sesuatu gerakan dll); lekas: Bukan main ~ dia berlari dlm perlumbaan itu. Air sungai itu mengalir begitu ~. 2 lebat (bkn hujan): ~ sungguh hujan petang semalam. menderas bergerak (berjalan, mengalir) dgn derasnya. menderaskan membuat supaya deras (mengalir, berjalan, bergerak dll); mencepatkan; melajukan: Dia ~ perjalanan air dgn membuang sampah sarap yg ada di dlm tali air itu. memperderas membuat supaya lebih deras (mengalir, berjalan, bergerak dll); menjadikan lebih deras; mempercepat; memperlaju: Dia ~ keretanya kerana dia telah terlambat. kederasan 1 keadaan deras; kelajuan; kecepatan: ~ air sungai itu menyebabkan sampan yg dinaiki mereka terbalik. 2 kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu); kelajuan; kecepatan: Ali dpt membaca 4 halaman dlm masa 10 minit, berapa lamakah ia dpt membaca 50 halaman dgn ~ yg sama? penderasan perbuatan atau hal menderaskan; pencepatan; pelajuan. penderas alat (perkakas) utk mencepatkan gerakan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deras

Puisi
 

Air pasang deras ke hulu,
     Bila tenang dimandi budak;
Kami datang pulang dahulu,
     Bila senang mari pulak.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Deras datang dalam kena.

Bermaksud :

Pekerjaan yang terburu-buru itu kelak akan mendatangkan kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memancarkan1. memancutkan atau me­mancurkan deras-deras (air, minyak, dll): di sana sini mata air ~ air yg jernih; 2. mengeluarkan sinar (cahaya): bulan mulai mengambang di langit sebelah timur dan ~ cahayanya yg gemilang; 3. mengirim atau menyiarkan (haba, bunyi, cahaya, dll), menge­luarkan (sesuatu): bunyi hanya boleh dipancarkan melalui jirim; nyanyian yg dipancarkan oleh Radio Malaysia; 4. melahirkan, memperanakkan, menurunkan (keturunan);Kamus Dewan Edisi Keempat
memacu1. menggesa (kuda) dgn menusuk­kan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumba­kan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (eko­nomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat, memesatkan: beberapa strategi utk ~ pertumbuhan ekonomi negara; mereka berjaya menggunakan pengetahuan dan pengalaman utk ~ perniagaan masing-masing;Kamus Dewan Edisi Keempat
pancur1 = pancuran hal atau keadaan keluar dr sesuatu dgn deras (bkn air dsb): bunyi ~ air. 2 = pancuran saluran yg mengalirkan air dgn deras; tempat air disalurkan supaya mengalir dgn deras: Emak masih di ~ membasuh kain. 3 = pancuran paip air. 4 alat utk menyalurkan susu getah ke dlm mangkuk; sudu getah. memancur keluar mengalir ke bawah dgn derasnya; memancar ke luar: Dr mulut patung itu, ~ air yg jernih. memancurkan mengalirkan ke bawah; mencucurkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
deras1 cepat atau laju sekali (bkn aliran air, sesuatu gerakan dll); lekas: Bukan main ~ dia berlari dlm perlumbaan itu. Air sungai itu mengalir begitu ~. 2 lebat (bkn hujan): ~ sungguh hujan petang semalam. menderas bergerak (berjalan, mengalir) dgn derasnya. menderaskan membuat supaya deras (mengalir, berjalan, bergerak dll); mencepatkan; melajukan: Dia ~ perjalanan air dgn membuang sampah sarap yg ada di dlm tali air itu. memperderas membuat supaya lebih deras (mengalir, berjalan, bergerak dll); menjadikan lebih deras; mempercepat; memperlaju: Dia ~ keretanya kerana dia telah terlambat. kederasan 1 keadaan deras; kelajuan; kecepatan: ~ air sungai itu menyebabkan sampan yg dinaiki mereka terbalik. 2 kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu); kelajuan; kecepatan: Ali dpt membaca 4 halaman dlm masa 10 minit, berapa lamakah ia dpt membaca 50 halaman dgn ~ yg sama? penderasan perbuatan atau hal menderaskan; pencepatan; pelajuan. penderas alat (perkakas) utk mencepatkan gerakan dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
deras IV; ~ malam sj tumbuhan (pokok renek), akar keremak, Ruellia repens.Kamus Dewan Edisi Keempat
deras IIIbunyi spt bunyi orang memijak sampah atau pasir.Kamus Dewan Edisi Keempat
deras II; menderas 1. mengulang membaca Quran (utk memahirkan pembacaan); 2. mengulang kaji (pelajaran): tiap-tiap hari selepas sekolah, dia ~ segala apa yg di­pelajarinya di sekolah.Kamus Dewan Edisi Keempat
pancur1 = pancuran hal atau keadaan keluar dr sesuatu dgn deras (bkn air dsb): bunyi ~ air. 2 = pancuran saluran yg mengalirkan air dgn deras; tempat air disalurkan supaya mengalir dgn deras: Emak masih di ~ membasuh kain. 3 = pancuran paip air. 4 alat utk menyalurkan susu getah ke dlm mangkuk; sudu getah. memancur keluar mengalir ke bawah dgn derasnya; memancar ke luar: Dr mulut patung itu ~ air yg jernih. memancurkan mengalirkan ke bawah; mencucurkan.Kamus Pelajar
pacu1. besi tajam atau bulat bergigi-gigi yg dilekatkan pd tumit kasut (dipakai utk men­cepatkan kuda berlari); 2. (Komp) tindakan menggerakkan atau melaksanakan perisian atau perkakasan; 3. (Komp) tindakan menya­lurkan data atau isyarat dr satu titik ke titik yg lain; berpacu 1. ada pacunya, memakai pacu; 2. digertak dgn pacu supaya berlari deras; 3. berlumba lari dll; ~ kuda berlumba kuda; memacu 1. menggesa (kuda) dgn menusuk­kan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumba­kan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (eko­nomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat, memesatkan: beberapa strategi utk ~ pertumbuhan ekonomi negara; mereka berjaya menggunakan pengetahuan dan pengalaman utk ~ perniagaan masing-masing; pacuan 1. perlumbaan (kuda, sapi, dll); anak ~ penunggang kuda lumba, joki; kuda ~ kuda lumba; 2. tempat atau padang perlumbaan (kuda dll); 3. yg dipacu oleh: kenderaan ~ empat roda; ~ empat roda sistem kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya berkuasa menggerakkan kenderaan; pemacuan perihal (proses, perbuatan, tin­dakan dsb) memacu: penguasaan teknologi maklumat serta ~ pertumbuhan ekonomi negara; ~ kuda; pemacu 1. faktor (unsur dsb) yg memacu (memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dsb): hasrat kerajaan utk menjadikan pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara; syarikat itu diiktiraf sbg kuasa ~ yg membawa banyak kemajuan teknologi; 2. (Komp) perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian lain: jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dalamnya; ~ cakera peranti perisian ingatan komputer yg diguna­kan utk menyimpan dan mendapatkan kem­bali data pd cakera.Kamus Dewan Edisi Keempat
deras1. cepat atau laju sekali (bkn aliran air, sesuatu gerakan dll); lekas: Bukan main ~ dia berlari dlm perlumbaan itu. Air sungai itu mengalir begitu ~. 2. lebat (bkn hujan): ~ sungguh hujan petang semalam. menderas bergerak (berjalan, mengalir) dgn derasnya. menderaskan membuat supaya deras (mengalir, berjalan, bergerak dll); mencepatkan; melajukan: Dia ~ perjalanan air dgn membuang sampah sarap yg ada di dlm tali air itu. memperderas membuat supaya lebih deras (mengalir, berjalan, bergerak dll); menjadikan lebih deras; mempercepat; memperlaju: Dia ~ keretanya kerana dia telah terlambat. kederasan 1. keadaan deras; kelajuan; kecepatan: ~ air sungai itu menyebabkan sampan yg dinaiki mereka terbalik. 2. kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu); kelajuan; kecepatan: Ali dpt membaca 4 halaman dlm masa 10 minit, berapa lamakah ia dpt membaca 50 halaman dgn ~ yg sama? penderasan perbuatan atau hal menderaskan; pencepatan; pelajuan. penderas alat (perkakas) utk mencepatkan gerakan dll.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas