[de.ria] | دريا
Definisi : alat perasa (pencium, pendengaran, pelihatan, dll): ~ bau; ~ dengar; menderia mengesan (bau, rasa, dsb): hidung ialah alat ~ bau di bahagian kepala; kederiaan peralatan tubuh yg berkaitan dgn fungsi organ deria, spt saluran kederiaan, saraf kederiaan: maklumat itu diperoleh dr dunia luar melalui berbagai-bagai saluran ~; deriaan kesan drpd menderia; penderia alat yg dapat mengesan perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dsb, sensor: cahaya yg keluar dr lampu itu akan dihitung oleh ~ kuasa automatik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[de.ria] | دريا
Definisi : kemampuan utk mengetahui keadaan melalui sentuhan, penglihatan, pendengaran, penciuman dan kecapan. penderia alat yg dpt mengesan atau mengukur perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dsb; sensor: Cahaya yg keluar dr lampu itu akan dihitung oleh ~ kuasa automatik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)