derung I | ; menderung menderum (gajah dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
derung II | derum (bunyi spt bunyi guruh); berderung-derung berderum-derum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berderung-derung | berderum-derum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
congcong hari | sj tumbuhan (rumpai), cenderung hari, condong hari, jenduang hari, rumput sepagi, rumput tahi babi, Vernonla cinerea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
congcong | ; ~ hari sj tumbuhan (rumpai), cenderung hari, condong hari, jenduang hari, rumput sepagi, rumput tahi babi, Vernonla cinerea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terum | sl perbuatan merendahkan badan dgn berlutut (gajah dll), derung, derum; menerumkan menyuruh merendahkan badan dgn berlutut (gajah dll), menderungkan, menderumkan: gajah itu diterumkan orang-lah di hadapan balai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemilihan alamiah | (Bio) teori tentang evolusi organisma (dipelopori oleh Darwin) yg menyatakan bahawa individu sesuatu spesies yg dapat menyesuaikan diri dgn persekitaran akan dapat hidup dlm persekitaran itu dan cenderung membiak dgn banyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemilihan | hal atau perbuatan memilih: suara merdu sesuatu biola kecil adalah bergantung pd ~ kayu yg istimewa; ~ yg dijalankan itu tidak begitu adil; ~ alamiah (Bio) teori tentang evolusi organisma (dipelopori oleh Darwin) yg menyatakan bahawa individu sesuatu spesies yg dapat menyesuaikan diri dgn persekitaran akan dapat hidup dlm persekitaran itu dan cenderung membiak dgn banyak; ~ bertingkat (berjenjang) ark Id pemilihan wakil parlimen yg tidak langsung oleh rakyat; ~ buatan (Bio) pemilihan tumbuhan atau haiwan yg mempunyai ciri terbaik utk dikacukkan; ~ langsung Id pemilihan wakil parlimen yg langsung oleh rakyat; ~ umum Id pilihan raya umum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pilih | ; ~ bulu memandang kedudukan, bangsa, keturunan, dsb; ~ kasih mengasihi (memihak) sesuatu pihak, berat sebelah dlm membuat keputusan dll; berpilih-pilih 1. pilih dgn amat teliti; 2. susah didapat, sedikit saja (yg), tidak sebarang (orang dll): ~ orang yg boleh menjadi pemimpin perkumpulan itu; raja-raja dan menteri-menteri yg banyak itu ~ yg tahu akan bahasa Nigrama itu; memilih 1. menunjukkan (menentukan) barang (orang dll) yg disukai: ia ~ Mak Haji menjadi teman hidupnya ini ialah semata-mata kerana memandang hartanya; mereka tidak dapat ~ nasi yg lain drpd jenis yg dimakan di rumah masing-masing; kami bariskan orang-orang tu, tentu kakak boleh ~ yg mana satu; tidak ~ = tidak memilih-milih tidak memandang orang (tempat dll), tidak menghiraukan orang (tempat dll); 2. mencari atau memisah-misahkan mana yg baik (besar, kecil, dll): ~ beras; ~ kopi; 3. menentukan calon (orang dll) dgn menyatakannya: ahli-ahli persatuan ini telah ~ Encik Amdun sbg pengerusinya; 4. = memilih-milih sangat teliti memilih, berpilih-pilih; pilih-pilih ruas, terpilih buku prb kerana berharap sangat mendapat yg baik, akhirnya menerima yg buruk; memilihkan memilih (barang, jodoh, dll) utk orang lain; terpilih 1. dapat dipilih, telah dipilih: wakil PAS yg tunggal dlm Parlimen pernah ~ dr Kerian; 2. memilih dgn tidak sengaja; pilihan 1. yg telah dipilih, hasil memilih: siapalah yg tahu agaknya di sana telah sedia ada anak gadis ~ ayah As sendiri; 2. yg terbaik (terpilih, terkemuka, dll): dihantarnya beberapa orang ~; pemilihan hal atau perbuatan memilih: suara merdu sesuatu biola kecil adalah bergantung pd ~ kayu yg istimewa; ~ yg dijalankan itu tidak begitu adil; ~ alamiah (Bio) teori tentang evolusi organisma (dipelopori oleh Darwin) yg menyatakan bahawa individu sesuatu spesies yg dapat menyesuaikan diri dgn persekitaran akan dapat hidup dlm persekitaran itu dan cenderung membiak dgn banyak; ~ bertingkat (berjenjang) ark Id pemilihan wakil parlimen yg tidak langsung oleh rakyat; ~ buatan (Bio) pemilihan tumbuhan atau haiwan yg mempunyai ciri terbaik utk dikacukkan; ~ langsung Id pemilihan wakil parlimen yg langsung oleh rakyat; ~ umum Id pilihan raya umum; pemilih 1. orang yg memilih; 2. terlalu memilih-milih: ia sangat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |