bagi | 1. a) untuk, buat, guna: buku ini sebenarnya ~ adikmu; b) untuk (drpd pihak): ~ kami, itu yg sesenang-senangnya; c) untuk, sebagai: ia menerangkan ini ~ menjawab desakan-desakan pihak pembangkang; ~ kali pertama, Amerika Syarikat telah melancarkan kapal angkasa; 2. = bahagi penggal atau belahan drpd sesuatu benda;membagi bp 1. memberi izin: tidak dibaginya saya balik ke kampung; 2. membelahkan (memecahkan menjadi beberapa bahagian);membagikan, membagi-bagikan memberi, mengagih-agihkan; terbagi dibagi; habis ~ Id (bilangan) yg apabila dibagi tidak ada sisanya;bagian bp hasil membagi; kebagian Jk 1. mendapat bahagian; 2. bp bagai, seperti; ® bahagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
desakan | 1 permintaan atau tuntutan yg keras (seolah-olah memaksa): Dia membeli basikal itu oleh sebab ~ anaknya yg tidak mahu bertolak ansur lagi. 2 tekanan yg kuat: Akhirnya pintu pondok itu roboh kerana ~ orang ramai dr luar. 3 dorongan (yg kuat): Dia belajar sungguh-sungguh kerana ~ ingin berjaya dlm hidupnya | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
desakan | 1. tekanan (tolakan) yg kuat: pintu itu pecah kerana ~ orang ramai dr luar; 2. permintaan (tuntutan) yg keras (seolah-olah memaksa): dia membuat kenyataan itu atas ~ barisan bertindak baru-baru ini; 3. dorongan (hajat, kasad) yg sungguh-sungguh: ~ utk mencari adikku yg lari itu telah surut kembali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
desakan | 1. permintaan atau tuntutan yg keras (seolah-olah memaksa): Dia membeli basikal itu oleh sebab ~ anaknya yg tidak mahu bertolak ansur lagi. 2. tekanan yg kuat: Akhirnya pintu pondok itu roboh kerana ~ orang ramai dr luar. 3. dorongan (yg kuat): Dia belajar bersungguh-sungguh kerana ~ ingin berjaya dlm hidupnya. | Kamus Pelajar |
santai | dlm keadaan rehat dan bebas, bebas drpd tekanan (desakan, ketegangan): sesuai benar utk tempat berbincang tentang perkara-perkara yg rumit secara ~ tetapi mendalam; bersantai, bersantai-santai berbuat apa sahaja dgn bebas tanpa ketegangan, bersenang-senang (tidak mengalami tekanan atau desakan): apabila persediaan sudah cukup, saya bekerja kadang-kadang ada ~-santai juga, bermalas-malas juga; menyantaikan menyebabkan atau menimbul-kan rasa santai: pemandangan di situ amat ~; kesantaian keadaan santai, keadaan sedang berehat-rehat dan bebas drpd tekanan: setiap kali anak mahu berbual mesra dgn mereka, ini dianggap sbg gangguan terhadap ~ diri mereka itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdesak-desakan | berasak-asakan; berebut-rebut (tempat dll): Dlm masa ~ mencari tempat, loket berliannya direnggut orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berdesak-desakan | bersesak-sesak, berasak-asakan, berebut-rebut (tempat dll): seorang perempuan muda pengsan terbaring kerana ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdesak-desakan | berasak-asakan; berebut-rebut (tempat dll): Dlm masa ~ mencari tempat, loket berliannya direnggut orang. | Kamus Pelajar |
paksa I | tidak dpt dibantah lagi kerana dimestikan; tidak dgn kemahuan sendiri melainkan kerana desakan: Mereka pergi ke sana bukannya kerana suka melainkan kerana ~. memaksa menyuruh orang melakukan sesuatu dgn tidak boleh tidak; menyuruh dgn paksa: Kita tidak boleh ~ orang melakukan sesuatu yg tidak disukainya. memaksakan menjadikan sesuatu diterima dgn perasaan tidak rela; memberikan sesuatu dgn paksa kpd: Pihak berkuasa tidak boleh ~ peraturan itu kpd orang ramai. terpaksa tidak ada pilihan lain; tidak boleh tidak; mesti: Pd zaman dahulu, orang-orang yg pergi naik haji ~ menunggang unta dr Judah ke Mekah. paksaan hal dipaksa atau dipaksakan; yg dipaksakan; desakan: Ia membantah ~ ke atas dirinya. pemaksaan perbuatan atau hal memaksa: ~ tidak selalunya mendatangkan keburukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
paksa I | tidak dpt dibantah lagi kerana dimestikan; tidak dgn kemahuan sendiri melainkan kerana desakan: Mereka pergi ke sana bukannya kerana suka melainkan kerana ~. memaksa menyuruh orang melakukan sesuatu dgn tidak boleh tidak; menyuruh dgn paksa: Kita tidak boleh ~ orang melakukan sesuatu yg tidak disukainya. memaksakan menjadikan sesuatu diterima dgn perasaan tidak rela; memberikan sesuatu dgn paksa kpd. terpaksa tidak ada pilihan lain; tidak boleh tidak; mesti: Pd zaman dahulu orang-orang yg pergi naik haji ~ menunggang unta dr Judah ke Mekah. paksaan hal dipaksa atau dipaksakan; yg dipaksakan; desakan: Ia membantah ~ ke atas dirinya. pemaksaan perbuatan atau hal memaksa: ~ tidak selalunya mendatangkan keburukan. | Kamus Pelajar |