desau | bunyi spt bunyi ombak memecah di pantai (hujan lebat menimpa daun-daun dll); berdesau, mendesau berbunyi spt bunyi ombak memecah di pantai dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gesau | ®desau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lesau | bunyi spt bunyi daun-daun ditimpa hujan dll, desau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sau I | bunyi spt bunyi angin bertiup pd daun-daun kayu, desau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
deru | bunyi spt bunyi tiupan angin yg kuat (ribut, guruh, dll): ~ desau ombak menghempaskan diri pd batu karang terdengar dgn jelas; berderu, menderu, menderu-deru 1. berbunyi spt bunyi angin bertiup (ribut, guruh, dll): tidak lama kemudian menderulah kereta api tiba; 2. berduyun-duyun (datang, pergi, dsb): menderu-deru orang ramai keluar menonton pertunjukan itu; deruan deru: bunyi ~ enjin motokar di jalan raya mengganggu fikirannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
redup | 1. berawan (langit), tidak terang (cuaca), mendung: hari pun ~, tiadalah tampak akan cahaya matahari; 2. agak gelap kerana dilindungi awan, tidak panas terik: matahari ~; 3. berasa panas (kerana cuaca mendung); 4. ki kurang cahayanya, suram (mata, wajah, dll), kurang terang atau hampir padam (nyala api); 5. berkurang, merosot (kemegahan, kemuliaan, dll); 6. mulai berhenti, tenang kembali, reda (angin, hujan, kasih, dll): ribut itu pun ~; 7. sayup-sayup (bunyi-bunyi): gemercik air sayup-sayup dan desau angin ~; 8. tidak gembira, susah hati (perasaan dll): ia menyahut dgn ~; ~-~ alang = ~-~ bahasa agak redup (gelap, suram) sedikit; meredup menjadi redup (tidak terang); meredupkan menjadikan redup, menyuramkan, dll; keredupan perihal redup: ~ petang menambahkan kesunyian di ladang itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |