desingan | bunyi yg mendesing (berdesing). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
desing | bunyi spt bunyi angin yg kencang (peluru yg ditembak, baling-baling yg dilempar, dll); berdesing, mendesing 1. berbunyi spt bunyi angin yg kencang dll: angin ~ di sela-sela daun kelapa; suara keridik dan belalang sahaja yg kedengaran mendesing memecah kelengangan itu; 2. ki = ~ telinga timbul rasa marah (sakit hati dsb apabila mendengar kata-kata yg mencabar, mencerca, dsb): ~ telinga si Kotot mendengar cabaran Tudin, lalu dicabutnya keris, dan terus meluru menerkam Tudin; berdesing-desing, mendesing-desing 1. berdesing (mendesing) berulang-ulang atau berterusan; 2. ki masih terngiang-ngiang (terdengar-dengar) di telinga (bkn kata-kata dsb), teringat-ingat: “Aku tahu ibu, umur perajurit tidak panjang”, ~ kata itu di telinga ibu tua, spt angin mendesing-desing di daun kayu; desingan bunyi yg mendesing (berdesing). | Kamus Dewan Edisi Keempat |