desiran jantung | frasa perubatan desir jantung | Kamus DBP versi dalam Talian |
desiran | bunyi yg berdesir (mendesir): derauan hujan berselang-selang dgn ~ daun kayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergeseran | bergeselan, bergosokan, bersentuhan: derauan hujan berselang-selang dgn bunyi desiran daun-daun kayu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergeser | 1. = bergeseran bergeselan, bergosokan, bersentuhan: derauan hujan berselang-selang dgn bunyi desiran daun-daun kayu ~; 2. berengsot, beralih tempat: dia tidak ~ dr tempatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geser | (gésér); bergeser 1. = bergeseran bergeselan, bergosokan, bersentuhan: derauan hujan berselang-selang dgn bunyi desiran daun-daun kayu ~; 2. berengsot, beralih tempat: dia tidak ~ dr tempatnya; menggeser menggesel, menggosok: lututnya luka kerana ~ simen; menggeserkan mengalih, menolak (menarik) supaya berengsot: ~ kerusi sedikit ke belakang; tergeser tergesel; ~ kena miangnya, terlanggar kena rebasnya prb sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya); geseran 1. geselan, gesekan; 2. (Lin) bunyi desis yg dihasilkan apabila udara melalui ruang yg sempit (spt [s]); pergeseran 1. pergesekan; 2. perselisihan, pertelingkahan: sebarang ~ dlm parti tidak boleh dianggap sbg jalan ke arah keretakan; di sini terjadi pula ~ makna sesuatu kata; 3. pertukaran tempat, peralihan tempat; penggeseran perihal (perbuatan dsb) menggeserkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
derauan | 1. bunyi yg berderau (menderau): di luar hujan turun mencurah-curah ~nya berselang-selang dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. cetusan (ketawa) yg berpanjangan, deraian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berselang-selang | 1. saling berganti, berganti-ganti, lepas satu yg lain pula: di luar, hujan mencurah-curah, deruannya ~ dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. tidak terus-menerus, ada jarak atau antaranya, berlat: maka adalah pekerjaanku itu ~ hari, pd sehari pergi menyalinkan kpd bahasa Melayu dan sehari pergi mengarangkan dia dlm tempat cap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
desir | bunyi spt bunyi daun kayu ditiup angin (wap yg keluar dr cerek, pasir ditiup angin, dll): angin laut mulai bertiup dan terdengarlah ~ daun kayu di tepi pantai; berdesir, mendesir berbunyi spt bunyi daun kayu ditiup angin (wap keluar dr cerek dll): daun buluh ~ ditiup angin petang; desiran bunyi yg berdesir (mendesir): derauan hujan berselang-selang dgn ~ daun kayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selang I | 1. lat (waktu, tempat, dll): ~ beberapa lama dr itu, permaisuri pun hamillah pula; meriam ditembak ~-~ satu minit; 2. = selangan sesuatu yg letaknya di antara benda lain: tanaman ~; ~ surup Jk salah faham; berselang 1. berantara (waktu), ada antaranya: tiap-tiap hari dia menghantar susu kpd ibu dan bapanya dgn tidak pernah ~; 2. ada selangnya (antaranya): temilang dua ~; sudut yg ~; berselang-selang 1. saling berganti, berganti-ganti, lepas satu yg lain pula: di luar, hujan mencurah-curah, deruannya ~ dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. tidak terus-menerus, ada jarak atau antaranya, berlat: maka adalah pekerjaanku itu ~ hari, pd sehari pergi menyalinkan kpd bahasa Melayu dan sehari pergi mengarangkan dia dlm tempat cap; berselangan menggunakan sesuatu sbg selang: kemahiran orang Mesir menyusun tulang-tulang kecil yg ~ dgn pasak kayu utk mengukuhkannya; menyelang 1. mencelah dgn sesuatu (dlm membuat pekerjaan dll), mencelah (menyela, menyampuk) percakapan orang: di muka pintu, gugup kedengaran diketuk orang dan diselang dgn bunyi suara orang memanggil; ~ perkataan wazir menteri itu dgn perkataan yg lemah lembut; 2. menghalang (menegah, menyela) perbuatan orang; menyelangi mencelah dgn sesuatu: bunyi guruh sayup-sayup dgn diselangi angin menderu; kawasan yg tidak ramai penduduknya ini kadang-kadang diselangi oleh kampung-kampung nelayan; selangan 1. sesuatu yg letaknya di antara benda lain; 2. lat atau jarak (bkn waktu): bunyi itu terdengar dgn ~ masa yg sama; berselangan ada selangnya, tidak terus-menerus: sekalian hulubalang memegang tombak benderang hingga tiada ~ lagi; perselangan 1. perihal berselang; 2. selang: apabila kita mainkan filem itu, ~ gelap di antara gambar-gambar tidak kelihatan pd layar; penyelangan perihal (perbuatan atau proses) menyelang atau menyelangi; penyelang sesuatu yg menyelang (mengantarai). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
derau I | bunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll); berderau, berderau-derau, menderau, menderau-derau 1. berbunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll): kemudian kedengaran ombak menderu-deru dan berderau-derau bunyi riaknya; 2. ki tersentak (perasaan), tersirap (darah): ~ darahnya apabila terlihat Bedah sedang membasuh udang di atas pelantar; 3. tercetus dan berpanjangan bunyinya (bkn ketawa), berderai: tiba-tiba terdengar ketawa ~ dr dlm bilik guru; derauan 1. bunyi yg berderau (menderau): di luar hujan turun mencurah-curah ~nya berselang-selang dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. cetusan (ketawa) yg berpanjangan, deraian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |